Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!


Buffet Ramadan : Asap Steambot Grill x Nurul Izzah Catering


Salam Ramadhan!

Siapa pernah datang ke restoran Asap Steambot & Grill yang terletak di Puchong?


Itu memang restoran yang Iday nak pergi sangat, lagi-lagi bila tengok video review dari Vitdaily di facebook. Ingat nak datang la sebelum puasa, sekali ada hal dan tak sempat. 



Tapi takpe, sebab baru-baru ini Iday sempat berbuka puasa di Asap Steambot & Grill. Kalau semasa hari biasa iaitu bukan bulan puasa, kita akan grill dan steambot di meja masing-masing. Bila bulan puasa, diorang buat konsep buffet makanan, semuanya dihidang. Ada staff yang akan tolong kita grill dan steambot. Kita datang, pilih dan makan je. Hehehe

So, Iday nak share sikit lah apa yang best kalau berbuka puasa di Asap Steambot & Grill x Nurul Izzah Catering ni. 

Asap Steambot & Grill x Nurul Izzah Catering bertemakan menikmati makanan "Under the Stars". Para pengunjung akan berbuka puasa di bawah khemah lutsinar. Memang cantik!



Buffet Ramadan ini bermula pada hari raya ketiga iaitu 29 Mei 2017 hingga 21 Jun 2017 dan dari pukul 6 petang hingga 10 malam. Kiranya start hari ini(2 June), ada lagi 20 hari. So, memang sempat sangat. Hehehe 

Iday suka dengan lokasi dan struktur restoran Asap Steambot & Grill. Restoran terletak di kawasan kampung yang terletak di tengah-tengah bandar Puchong dan USJ Subang Jaya. 




Restoran Asap Steambot & Grill sendiri juga unik iaitu cafe kontena yang dilengkapi dengan tempat makan, tandas awam dan surau yang selesa. Best kan? Hehe 




Siap ada buaian and kawasan lapang untuk anak-anak bermain. Memang betul-betul suasana kampung dan rasa macam berada di rumah sendiri. Gitu. 



Buffet Ramdan ini mampu menempatkan sehingga 400 pengunjung dalam satu masa dan lebih dari 150 juadah akan disediakan. Harga untuk pengunjung dewasa ialah RM 55 seorang dan untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun ialah RM26/seorang.



Yang penting sangat memenuhi selera pengujung yang datang. Antara hidangan yang disediakan adalah Kambing Bakar, aneka jenis mi dan sup seperti Laksa Johor dan Bihun Sup, Ayam Percik, Ikan Bakar, Nasi Berlauk dan aneka jenis kerabu. 












Kuih muih Melayu, tamar dan buah-buahan turut disediakan. 







Paling best, buffet ini juga menyediakan makanan kegemaran Islam(suami Iday) iaitu Lok-Lok Steamboat dan Yong Tau Fu. 







Kalau korang nak rasa sendiri suasana kampung dengan harga buffet yang berbaloi, boleh la datang berbuka puasa di Asap Steambot & Grill. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi : 

Asap Steambot & Grill 
94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 
47100 Puchong, Selangor. 
013-485 8944/013-340 8944


13 comments:

  1. Replies
    1. Pergi la jue, sempat lagi ni. Hehe

      Delete
  2. Wow... menarik dan tertarik... Kena cuba nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bro, seronok sebab open space. Makan bawah bintang kononnya. Hehe

      Delete
  3. wahhh.. menarik nya...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.

    Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.

    - Mia Liana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mia, nanti kita singgah terjah semua blogger tu ๐Ÿ˜€

      Delete
  4. Hi Ucing singgah dari segmen mia liana (^_^).Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ucing! Selamat berpuasa jugak ๐Ÿ˜€

      Delete
  5. Sekarang ni dah banyak juga yang pakai konsep kontena untuk buat premis kedai makan ya
    Ada kelainan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang orang bukan tngok rasa makanan je, lokasi and bentuk restoran pon boleh jadi tarikan. Hehe

      Delete
  6. Sedapnya juadah juadah ni

    Memang terliur mama di buatnya

    Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mama ๐Ÿ˜€ paling suka sebab ada daging salai. Hehehe

      Delete
  7. Kalau pergi lepas puasa ada lagi ke lauk pauk yang sama ni

    Alang alang puasa, diet sekali

    Iman sihat badan pun slim

    ReplyDelete

Blog Archive

My Blog List