Street Churros Malaysia @ MyTown Cheras

4

Siapa suka makan churros?

Isi dalam luar tapi dalam rangup. Biasanya kalau dekat negara luar, diorang makan semasa breakfast tapi kadang-kadang sebagai dessert atau snack. Sekarang dah memang popular dekat Malaysia.

Lokasi best kalau nak makan churros yang selalu Ida pergi adalah Street Churros dekat IOI City Mall sebab dekat dengan rumah. Favorite Ida adalah Filling Churros Chocolate. Serious sedap!


Then bila Ida dapat tahu tentang Street Churros yang baru buka dekat mall baru iaitu MyTown Cheras, Ida memang happy sangat sebab lokasi dekat dengan office. During lunch or balik kerja, boleh la Ida singgah beli my favorite churros. Hehehe

Kalau tengok gambar header post Ida ni, Ida highlight 2 menu baru churros yang available sekarang. Eh menu baru? Ida dah try and memang kena dengan selera Ida. Jom Ida share dulu dekat korang apa menu or jenis churros yang ada dekat sini. Senang nanti korang nak beli. Hehehe



Street Churros di MyTown Cheras terletak di Lot No, B1.046 Basement 1 Floor. Level tu memang level food court. Kalau korang first time datang MyTown, boleh tanya guard dekat situ. Hehehe

Dulu Islam(my husband) selalu tanya, best ke churros? Sebab dia cakap rasa macam cakoi. Tapi bila dia try yang Street Churros ni baru dia tahu macam mana sedap churros ni. Sekarang ni pon, paling dia suka Churros Fries.

Bestnya dekat sini, korang order baru diorang goreng. So, makan panas-panas lagi best. Lagi satu dekat Street Churros ni ada macam-macam perisa, topping dan filling. Bentuk pon ada macam-macam. Memang puas hati. Hehe

Kalau dekat sini, ada tempat duduk. So, sambil-sambil tunggu churros siap, boleh la selfie. Hehe



Kalau korang datang sini, korang boleh pilih antara menu di bawah:

Mula-mula Ida nak share menu baru dekat sini iaitu Churros Fries dan Stick Churros. Ida dah cuba dua-dua and suka dua-dua. Haha

Churros Fries

Churros fries ni bentuk dia macam fries, panjang-panjang dan kecil sedikit dari churros biasa. Then dia mix dengan 3 jenis perasa yang korang boleh pilih iaitu Sour Cream, Tomato dan Seaweed.



Stick Churros

Stick Churros ni besar sikit dari Churros Fries. Size lebih kurang macam Street Churros(basic) tapi dia buat panjang-panjang macam ni. Ada 3 seasoning juga iaitu Choco, Cinnamon dan Cheese. Paling banyak sambutan adalah Cinnamon. Isi dalam lembut, luar rangup. sedap!



Dua menu di atas ini adalah menu terbaru la, kalau nak check menu lain adalah seperti berikut :

Street Churros

Yang ni kira basic churros dekat sini. Ada 3 perisa iaitu chocolate, cheese dan cinnamon. Nampak warna pon dah tahu kan. Ada beza. Hehehe Yang paling Ida suka adalah chocolate.



Filling Chu


Ini favorite Ida! Churros yang ada filling dekat tengah-tengah. Makan panas-panas memang sedap. Ada 3 jenis filling iaitu chocolate, cream cheese dan custard.


Tak perlu dip dengan mana-mana sauce, dah ada siap-siap dekat tengah-tengah churros. Tunggu masuk mulut je. Hehehe

Ah-Chu

Ice cream churros! Churros + Ice cream, i can't ask more! Hehehe Siapa la tak suka makan aiskrim kan. Then makan pula dengan churros, memang layan. Ada 3 jenis perisa iaitu Choco-choco, Choco Berry dan Mango.



Minuman/Beverages

Selain dari churros, dekat sini pon ada pelbagai jenis minuman. Antaranya adalah :

Fruit Ade - Lemon, Passion Fruit dan Korean Citron. Seriously ketiga-tiga minuman ini adalah favorite Ida. Memang best digandingkan dengan menu churros. Korang kena try taw!



Spanish Latte - Chocolate, Green Tea Latte dan Milk Tea. Islam suka green tea and Ida pula suka milk tea.



Shake - O’My Mango dan O’My Coconut. Kalau korang suka minuman blended, korang patut try. Kalau O’My Mango tu memang pure rasa mango. 



Memang kick la. Then siap ada topping mango sauce. Sedap-sedap hehehe



Sayaiday Review

Outlook: 5/5
Creativity: 5/5
Taste: 4.5/5
Price: 4/5 ($$)
Overall: 4.6/5

Ambiance :
Lokasi best dan luas, selain dari tempat duduk yang disediakan, ada tempat duduk mall berhadapan dengan outlet.

Service :
Self service, kena queue untuk order dan kemudian tunggu nombor dipanggil. Staff layan dengan baik.

Food Service Speed :
Cepat tetapi bergantung kepada crowd customer. Churros digoreng bila dapat order.

Will revisit? :
Mestilah, boleh jadi tempat lepak every week. Hehehe


Outlet  Details

Lokasi untuk dapatkan Street Churros, akan update jika ada sebarang perubahan

One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama City Centre,
Bandar Utama,
47800 PJ
Contact : 03-89592110

IOI City Mall
LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall,
62500 IOI Resort City,
Putrajaya.
Contact : 03-76810710


Sky Avenue
Lot No. T2-12, Level T2, Sky Avenue,
Genting Highland Resorts,
69000 Genting Highland,
Pahang Darul Makmur.
Contact : 03-61013110

Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor,
Berjaya Times Square,
No. 1 Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur.
Contact : 03-21106210

MyTown
Lot No. B1.046, Basement 1 Floor,
MyTown Shopping Centre 6,
Jalan Cochrane, Seksyen 90,
Taman Maluri, Cheras,
55100 Kuala Lumpur.
Contact : 03-92011099

Facebook

Instagram

Website


Berita Baik Untuk Pembaca Blog Ida Yang Suka Atau Nak Cuba Churros!

Iday ada 10 voucher untuk dimenangi, voucher 20% Street Churros di outlet MyTown Cheras. Kalau korang menang, korang kena pickup dekat office Iday dekat Bukit Bintang atau jumpa dekat MyTown Cheras.

Nak menang voucher ni? Cuma komen di ruangan komen dibawah ye :)



All the best!

Tags

Post a Comment

4Comments
  1. cam best je..boleh try la kot next time

    ReplyDelete
  2. Sedapnya dapat makan curos masa berbuka

    dalam tu ada kayu manis

    Bagus untuk kawal gula

    ReplyDelete
  3. Churos ni memang sedap makan panas panas

    cecah dengan sos coklat

    ReplyDelete
  4. Omg churos! I love the cinnamon and their cheese filling one. It's so crunchy at the same time chewy.

    ReplyDelete
Post a Comment