Enter your keyword



Video Dan Lirik Lagu Ali, Ah Kao and Muthu - #NegarakuSehatiSejiwa

Monday, July 31, 2017



Siapa dah tengok video lagu Ali, Ah Kao dan Muthu dari Namawee, Dato’David Arumugam dan Aniq?


Lagu ni sebenarnya sempena Malaysia menyambut kemerdekaan ke 60 - gambarkan macam mana 3 orang yang berlainan bangsa, hidup bersama-sama. 

Sepanjang video tu akan ada montaj yang menunjukkan bagaimana Malaysia dari dulu hingga sekarang, mereka-mereka yang mengharumkan nama Malaysia dan banyak lagi. 


Kenapa guna nama "Ali", "Ah Kao" dan "Muthu"? 

Menurut Namawee, nama tersebut agak biasa dalam buku teks yang kita pelajari di sekolah rendah-menengah. So, nama-nama tersebut diambil dari buku teks. Kreatif betul. Hehe

Iday terkejut yang Dato' David Arumugam pon ada dalam video ni. Lagenda kot. Kata beliau lagi "“I love the song, the lyrics, and it’s beautiful for the nation."

So, kalau korang belum dengar lagi, boleh check di video atas. Ini pula lirik lagu penuh lagu Ali, Ah Kao dan Muthu. 

Ali Ah Kao dan Muthu
Tiga budak yang nakal
Cikgu dan guru besar
Semua orang tak suka

Selalu ponteng sekolah
Pergi pantai makan rojak
Ibu bapa pon sakit kepala
Budak yang kurang ajar

Dah enam puluh tahun kemudian
Mereka sudah jadi orang tua
Sahabat karib macam saudara
Tetap tidak retak 
Menyanyi kuat-kuat lah

Korus :
Ali, Ah Kao and Muthu bersama 
Kawan selama-lamanya 
Satu hati, satu jiwa 
Kita semua rakyat Malaysia 
Tak kira darah dan warna 
Hanya satu impian satu negara

Ali, Ah Kao and Muthu
SPM pon hancur semua
Pergi bandar bersama-sama
Nak cari makan pon susah

Berkali-kali dipecat
Selalu bertukar kerja
Makan roti putih campur gula
Berkongsi apartment murah

Dah enam puluh tahun kemudian
Mereka sudah ada keluarga
Sahabat karib macam saudara
Pastu takkan retak 
Menyanyi kuat-kuat lah

Ulang korus 2x


Lagu and lirik simple je tapi macam melekat dekat kepala. Elok nyanyi lagu ni dari dok nyanyi lagu Ayammee ayamme tu. Hahaha

Sebenarnya lagu ini sedikit sebanyak mengingatkan zaman nakal iday dulu. Selalu ponteng sekolah, then bukan ponteng sorang-sorang. Wajib ada bawak kawan hehehe

Alhamdulillah, dah besar ni, dah start jadi orang. Hehehe

So, apa pandangan korang dengan lagu ni?






Woman Of Dignity : Kisah Suami Curang | Drama Korea

Friday, July 28, 2017

Siapa dah tengok drama Woman Of Dignity ni? Hati kena kental kalau tengok drama ni sebab korang akan menyampah dekat suami watak utama dalam drama ni. 


Isteri dah cukup baik dan cantik tetapi curang dan tidur dengan wanita lain. Paling menyakitkan hati bila si suami taknak ceraikan isteri dan juga berpisah dengan wanita simpanan tersebut. Memang gila. 

Ini scene yang paling menyampah, boleh pulak suami dia cakap macam ni dekat isteri dia sebab isteri dia marah dia curang.


Iday sebenarnya cukup tak faham dengan perempuan yang nak kacau hubungan rumah tangga orang. Sendiri dah ada boyfriend kacak katanya, tapi masik bermanja dengan suami orang. Apa entah dia fikir. 

Itu la yang Iday rasa bila tengok drama Woman Of Dignity ni.

Sinopsis Drama Woman Of Dignity

Drama ini mengisahkan Woo A-Jin yang hidup mewah kerana kekayaan ayam-mertuanya. Tetapi tidak kekal lama setelah suaminya mula curang. Hidup Woo A-Jin mula kucar-kacir. Park Bok-Ja seorang wanita misteri dan muncul dalam hidup Woo A-Jin dan mengajar Woo A-Jin untuk jadi terus tabah.

Info Drama Woman Of Dignity

Network: JTBC 
Episodes: 20 
Release Date: June 16, 2017
Runtime: Fridays & Saturdays / 11 malam
Language: Korean 
Country: South Korea

Pelakon Utama Drama Woman Dignity

Kim Hee-Seon sebagai Woo A-Jin


Kim Sun-A sebagai Park Bok-Ja



Video Woman 0f Dignity

Iday ada jumpa satu video yang memang scene paling best dalam drama ni, cuba korang tengok, memang padan muka perempuan tu.



Drama ni memang best. Lakonan diorang memang menjadi. Ada jugak scene sedih iaitu part bila anak dia tahu yang parents diorang nak berpisah. 

Okay, enough with the spoiler, korang kena tengok sendiri!

Kalau nak tengok, boleh check link di bawah. Iday listkan website yang korang boleh secara online :

→ Woman Of Dignity 

Last but not least,


Jangan marah, bye!


My Darling Inspektor Daniel - Drama Baru Aaron Aziz, Elizabeth Tan dan Erra Fazira

Friday, July 28, 2017
Eh, ada drama baru lakonan Aaron Aziz la! Drama My Darling Inspektor Daniel akan mula ditayangkan pada 31 Julai 2017. Iday sendiri tak sabar nak tengok lakonan Aaron Aziz. 



Antara barisan pelakon dalam drama ini adalah Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Siti Elizad, Erra Fazira, Dazrin Kamarudin, Shahir, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

Erra Fazira pon ada! Heroin dia for sure bukan Erra Fazira tapi Elizabeth Tan. Kan? Haha

Drama ini adalah terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan diarahakan Aziz M. Osman serta skrip dari Ayuni Zamani.

Gadingan Elizabeth Tan dan Aaron Aziz adalah pertama kali dan Iday memang tak sabar nak tengok. Yang penting, drama ini bukan adaptasi mana-mana novel (ni kena check balik) Hahaha

Menurut Elizabeth Tan, 

"Sudah semestinya saya gementar. Aaron merupakan pelakon senior manakala saya pula kurang berpengalaman dan sangat baharu dalam bidang lakonan. Kadangkala wujud perasaan risau kalau-kalau saya melakukan kesilapan atau tidak dapat menghayati watak dengan baik. Namun, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga drama ini akan ‘meletup’ dan berjaya menjadi fenomena supaya potensi lakonan saya akan menjadi lebih luas."



Siap ada shahir lagi? hehe


Drama 20 episode ni bakal ditayangkan bermula 31 Julai di Astro Ria HD pada pukul 10 malam hingga 11 malam.


Untuk maklumat lanjut tentang drama ini, korang boleh check IG rasmi di link bawah :

https://www.instagram.com/mydarlinginspdanielofficial/


Technology Advancing in Sports

Thursday, July 27, 2017


Technology surrounds us in almost every area of our lives. From transportation to our workplaces, to our homes; technology has made great strides. It is to the point now that we could not live without technology. We are always in search of the next best, faster, more efficient item or process. We want that instant gratification.

Sports and Technology

In the world of sports, technology is about design, materials, and electronics. Take the snowboard for example. It evolved from two skis attached together, to the modern snowboard. Snowboarding became an Olympic & Paralympic sport. Snowboarding has also divided into several subcategories including freestyle, alpine, boarder-cross and others. Each of these has their own specific twist on the sport.



Snowboard on Wheels

Further technology a little more by adding wheels and a small engine, and you have the mountain board. Think snowboard on wheels. You may think this is a new sport, but it actually came into being in the 1990s in Europe and has since gone global. With mountain boarding, you get the rush of snowboarding without the snow. You also can use a mountain board on a variety of terrains such as flat land, hills, valleys, grass, gravel, and so forth. Wherever you find mountain biking you can find mountain boarding. It is actually much more versatile than a snowboard.

What Makes it Work?

A mountain board includes a motor, power source and controls. The controls are for acceleration and braking. It is always fun to go faster, but it is also safer to have brakes. For those who have boarding skills, you will find mountainboarding very easy. For those with no prior skill, it is simple to learn to ride making mountain boarding a sport for everyone.

Rules of the Ride

There are a few rules you need to know to mountain board. Gravity will pull you down hill. Friction, which comes from the brake will control the speed and stop you. A lower center of gravity will help you keep your balance; in other words, squat low. To turn right, put pressure on the left side. To turn left put pressure on the right side. Voila! The simple rules to mountain boarding!

Try Before You Buy

There are many different styles of mountain boards. The best thing you can do is try the sport out before you buy your own board. There are mountain boarding centers where you can try it out. As you perfect your boarding techniques you will be better prepared to buy your own board. Ask questions and gain knowledge about boarding. There are some stores that sell second-hand boards. This could be a middle step to buying the exact board you want.

Fame and Culture

Beyond the technology, mountain boarding has developed its own sports culture. Much like snowboarding, there are avid mountain boarders. They have put together a strong competition scene as well.

Conclusion

Technology is dominant in boarding sports. The evolution from the snowboard, to skateboard, to mountain board is a good one. It allows boarders to have a year around season - snow or no snow. A search on the internet will get you lined up with the sport of mountainboarding. This is a sport for individuals, families and groups. Get out and enjoy it!



Jualan Warehouse Clearance Produk Apple - Daftar Jadi Member Machines+?

Thursday, July 27, 2017


"Jualan Warehouse Clearance Barangan Apple la, paling murah Ipad Mini 2 berharga RM549!"


Terkejut Iday, bila Lana(kawan office) bagitahu yang Machine ada buat jualan clearance barangan Apple. Harga memang kaw-kaw rendah. 

Jualan ini bermula pada 27 Julai 2017 untuk ahli Machines+, dan akan dibuka kepada umum dari 28 hingga 30 Julai 2017. 

Ia akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang di Tingkat 4, Avenue K, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Antara barangan apple yang akan ada sale kaw-kaw adalah :



Apple Watch hanya RM1799 - harga asal RM3799



Ada juga unit ex-demo,maksudnya yang dijadikan display di outlet. Itu pon ada dijual dengan harga yang jauh lebih murah.

Iday memang berkenan sangat dengan Macbook dan iMac. Iday ada laptop tetapi baru-baru je rosak sebab disiram air. So,memang nak sangat pakai macbook baru. Itu rasa nak pergi usha jualan clearance ni.


Beats pon ada and diskaun sehinga menjadi RM399 dari RM1200. Gile kentang dia punya less. Confirm mesti ramai orang datang ni.



27 July 2017, pada pukul 10 pagi hanya untuk Machine's member. So, kalau bukan member terpaksa datang 28-30 July ni. 

Nak jadi member Machine?

Syaratnya, korang kena beli dekat Machine dulu. Iday tak sure Iday member Machine ke tak, tapi pernah beli Macbook dekat Machine IOI Puchong. Agaknya Iday lupa nak daftar. Sayangnya kan. 

Ini antara step yang ada dalam website Machine untuk aktifkan member :

1. Semasa korang beli barangan di Machine, diorang akan bagi kad beserta Login ID dan Password sementar.

2. Selepas 24 jam, boleh mula aktikan kad member

3. Pergi ke website ini : member.machines.com.my/membership

4. Pilih Login

5. Pilih First Time Login

6. Masukkan Login ID dan Invoice number

7. Tukar password

8. Dah siap aktifkan member Machine

Untuk info lanjut, korang boleh singgah ke outlet-outlet Machine di seluruh Malaysia ni. 

Kalau tak dapat jadi member, datang je la 28 Julai sehingga 30 Julai. Harap-harap masih ada stok la ye. Hehehe

Untuk info lanjut, korang boleh check website Machine sendiri di sini : https://machines.com.my/





Tony Roma's Value Lunch Promo Bermula RM16.90

Wednesday, July 26, 2017


Nak makan kat mana?

Soalan wajib hari-hari ketika waktu tengahari kan? Nak lunch mana? 

Apa kata korang pergi Tony Roma's sebab sekarang diorang tengah ada promosi makan tengahari serendah RM16.90! 

Islam's favorite!

Tony Roma's antara restoran yang selalu Iday pergi kalau teringin nak makan western food. Diorang punya rib eye memang terbaik. Selalu range harga adalah RM30-RM100+.  

Mahal? Sebenarnya harga diorang memang  berbaloi dengan rasa dan kualiti makanan yang dihidang. Confirm puas hati hehe

Tapi jangan risau, sekarang Tony Roma's bawakan promosi  Value Lunch Deals serendah RM 16.90. 

Value Lunch Deals ini bermula dari pukul 11 pagi hingga 3 petang setiar hari berkerja iaitu Isnin hingga Jumaat di rangkaian restoran terpilih

Ada 12 jenis menu popular di Tony Roma's yang korang boleh pilih dan setiap menu datang dengan sup dan air berkarbonat pilihan.


Antara menu Value Lunch Deals Kegemaran Iday adalah :

Mojo Chicken (RM16.90) 


- Grilled chicken breast bersama sos citrus Tony Roma's dan sos cendawan. 
- Pineapple salsa
- Nasi
- Fresh vegetable

Fire Grilled Harvest  Valley Chicken (RM 16.90)


- Chicken grilled bersama sos citrus dan potongan epal hijau. 
- Sayur yang di grill
- Nasi

New York Steak

Ini memang favorite Islam setiap kali datang Tony Roma's. Memang asyik nak order ni je. Kalau hari bukan promo, harga asal adalah RM70+ tapi kalau Value Lunch Deals ni hanya RM38.90. Banyak less kot. 



Ini antara kegemaran Iday and Islam. Kalau korang nak cuba makanan paling popular dekat Tony Roma's, korang boleh pilih Bountiful Beef Ribs (RM33.50). 

Kalau korang suka masakan ayam, boleh try White Barbeque Chicken (RM18.90), Fire Grilled Harvest  Valley Chicken (RM 16.90) atau Chicken Caprese Pasta (RM19.90)




Kalau nak diet, nak jaga badan kononnya, boleh try menu salad iaitu Tony's Asian Salad with Grilled Chicken atau Chicken Caesar Salad (RM18.90)



Banyak dan menarik kan menu Value Lunch Deals ni. Ini namanya Tony Roma's nak belanja makan. Hehehe

 Tapi kena ingat yang Value Lunch Deals ini :

- Hanya available ketika hari bekerja Isnin hingga Jumaat.
- Bermula pada pukul 11 pagi hingga 3 petang.
- Available di semua outlet Tony Roma's kecuali IOI City Mall dan Komtar JBCC.
- Setiap menu dihidangkan bersama sup dan soft drinks.


Untuk info lanjut dan lokasi outlet Tony Roma's, boleh check maklumat di bawah :

Website : www.tonyromas.com.my 
Facebook : Tony Roma’s Malaysia
Instagram : @trmalaysia
Twitter : @TRMalaysia1


Lokasi Outlet Tony Roma's

Sunway Pyramid 
LG 1.43, Lower Ground One Bandar Sunway, Petaling Jaya 
Tel: 603-7492 1188

eCurve eCurve, 
G-32 & G-33, Ground Floor Mutiara Damansara, Petaling Jaya 
Tel: 603-7728 7833

Pavilion KL 
Lot No. 1.15, Level 1 Bukit Bintang, Kuala Lumpur 
Tel: 603-2143 3278

The Gardens 
Lot No. LG 217, The Gardens Mall Mid Valley City, Kuala Lumpur 
Tel: 603-2282 8243

Setia City Mall 
Lot UG-29, Setia City Mall Setia Alam, Shah Alam 
Tel: 603-3358 3047

Citta Mall 
Lot G-46, Citta Mall Petaling Jaya 
Tel: 603-7859 9068

NU Sentral 
L5.01, Level 5, Nu Sentral Brickfields, Kuala Lumpur 
Tel: 603-2276 5593

Komtar JBCC 
Lot 203, 2nd Floor, KOMTAR JBCC Bandar Johor Bahru, Johor Bahru 
Tel: 607-2200 895

IOI City Mall 
LG-64, Lower Ground Floor Putrajaya 
Tel: 603-8939 9697

Vivacity Megamall 
G-066, G-067 & G-068, Ground Floor, Kuching 
Tel: 6082-263 637

Mahkota Parade 
Lot G04, Ground Floor, 1, Jalan Merdeka, Melaka 
Tel: 606-281 0962

AEON Mall Tebrau City 
G112, Ground Floor, No. 1, Jalan Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor. 
Tel: 607-351 0749



So, nanti boleh la datang makan tengahari dekat Tony Roma's bersama rakan sekerja.

Till then, bye! 







Kalau suka artikel ni, jangan lupas share ye!




Lazada Big Baby Fair : Promosi Huggies Dan Senarai Voucher

Wednesday, July 26, 2017
Yes, Ibu-Ibu Bapa-Bapa di seluruh Malaysia! 

Ada berita baik yang Iday nak share, sekarang Lazada Malaysia tengah mengadakan jualan Big Baby Fair bermula 26 Julai sehingga 30 Julai dengan promosi diskaun sehingga 80%!

Promosi diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi. 



Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi. 






Bukan sahaja akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas tetapi juga boleh mengharapkan penghantaran percuma apabila membeli produk terpilih!




Promosi Huggies - RM79.90 

Iday ada tengok ada 1 promosi best dekat Lazada Big Baby Fair iaitu harga untuk Huggies Dry Pants L50 x 3 Super Jumbo pack hanya ada RM79.90. 


Siap ada extra 4 keping setiap satu pack tu. Then dapat pula free gift iaitu Huggies Baby Wipes. 




Iday ada buat perbandingan harga dekat website Watson untuk jenama dan jenis yang sama. 

Harga untuk 1 pack adalah RM35.82 . Itu pon takde free 4 keping. 




Harga 3 pack adalah RM107.65 . So korang sebenarnya dah jimat RM27.75. Banyak tu! So cepat-cepat korang beli dengan check link dibawah ni :

http://www.lazada.com.my/huggies-dry-pants-l504-x-3-super-jumbo-pack-16553686.html

atau korang boleh check official page diorang di link ini :

http://www.lazada.com.my/huggies-official-store/


Sebenarnya banyak kelebihan kalau korang guna produk Huggies ni, antaranya adalah :

1. 360 Comfort Fit Waistband
2. Overnight Protection
3. Clinically Proven
4. 100% Breathable Outer Cover
5. Blue Quick Dry Layer
6. Double Leak Barriers.



Selain dari promo Huggies ni ada promo dari brand lain jugak, yang tu korang just check page di link ini : http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/



Kalau korang nak shopping and nak guna voucher, boleh check senarai voucher di bawah :


Voucher lain boleh check page sini : http://www.lazada.com.my/big-baby-fair-voucher/


So, korang dah start shopping barang baby belum? Jangan lepaskan peluang ni okay! 






Sekeping Jugra - Lokasi Staycation KL & Selangor | Review

Monday, July 24, 2017




Sekeping Jugra menjadi lokasi staycation Iday sempena menyambut hari jadi Islam baru-baru ini. Sebenarnya plan asal nak ke Sekeping Serendah. Tapi dah penuh, kebetulan Sekeping Jugra adalah sekeping retreat yang terbaru.

So, artikel kali ini Iday akan buat sedikit review dan pengalaman Iday sepanjang tinggal di Sekeping Jugra yang terletak di Jalan Jugra, Off Jalan Klang Lama.



Semoga artikel ini membantu korang untuk menginap di sini.


Info & Lokasi Sekeping Jugra

Sekeping Jugra merupakan lokasi penginapan terbaru dari Sekeping Retreats dan baru lagi beroperasi. Terletak di Jalan Jugra, 18 minute perjalanan dari Seputeh train station. 

Sekeping Jugra adalah sebuah guesthouse yang asalnya sebyah bangunan yang dibina pada tahun 1950. Memang struktur lama rumah ini masih ada tetapi diperbaharui untuk nampak lebih menarik. Kawasan taman yang luas serta kolam yang besar jadi tarikan. 



Segenap ruang ini dipenuhi pokok dan tumbuhan.


Iday sendiri pon kagum semasa mula-mula jejak kaki ke Sekeping Jugra. Tempat ini memang sesuai dijadikan office sementara dan tempat penginapan bersama keluarga atau rakan-rakan. 

Facilities/Kemudahan Sekeping Jugra

Antara sebab Iday pilih Sekeping Jugra adalah kerana mempunyai kolam dan open kitchen. Iday kan nak celebrate birthday Islam, Islam ni memang pantang kalau tempat ada kolam, dia memang suka sangat. 



Open kitchen tu untuk Iday masak something simple tapi special untuk dia. Hehehe Dekat dapur ni ada peti ais, oven toaster dan alat memasak. Tapi masak berat-berat tak boleh la, ringan-ringan like breakfast tu okay. 


Antara kemudahan lain yang ada dekat sini adalah :

- Free Wifi
- Free Parking
- Air Conditioning
- Pool
- Hot water
- Buku-buku dan majalah

Sekeping Jugra ada sediakan ruang lepak dan meja makan yang besar. Memang sesuai kalau korang menginap di sini untuk program bersama keluarga atau kawan-kawan. Semua lengkap. 



Galeri Gambar Sekeping Jugra

Korang boleh tengok gambar-gambar lain di sekitar Sekeping Jugra di bawah. Memang cantik dengan dekorasi simple. Yang penting banyak pokok-pokok dan kawasan sekitar Sekeping Jugra memang bersih. 


Sempat Iday pusing-pusing dalam Sekeping Jugra tu dan jumpa beberapa ruang courtyard. Memang luas. 


Kolam sangat luas dan tak terlalu dalam. 


Tingkat atas ada ruangan bersantai. Siap ada tanaman sayur-sayuran dan herba. 



Dekorasi dekat Sekeping Jugra pon unik dan santai.


Brick wall dan tangga ke tingkat atas iaitu ruang santai di atas bumbung.




Rak buku dan sofa besi yang menarik.


Dekat Sekeping Jugra n memang banyak courtyard.





Dekat sini pon ada kolam ikan.



Room & Rates Sekeping Jugra

Terdapat 4 jenis bilik yang boleh disewa disini iaitu :

1. Mini Courtyard Room (1 double bed)


Bilik ini ada toilet yang lain dari yang lain. Hehehe


Kreatif?

2. Medium Courtyard Room (1 double bed)


3. Maxi Courtyard Room (2 Single Bed)


4. Courtyard Room With Kitchen - Ini bilik yang Iday pilih. Memang sebelah kitchen. Iday pilih bilik ni pon sebab nak sebelah dengan dapur and boleh masak. 


Tapi, kurang privacy sebab dapur tu dikongsi dengan orang lain.


Ada 2 katil dalam bilik ni. Tiada tv tapi ada meja, air masak, cofeee dan cawan. 


Bilik dia agak open, ada air sejuk dan air panas. Siap ada pokok lagi. Memang betul-betul nature ni. hehehe





Harga untuk semua keempat-empat bilik ini adalah sama iaitu RM200 untuk 1 malam.

Sewa 1 Rumah

Selain bilik, korang juga boleh sewa 1 rumah ni untuk event atau apa-apa function. Yang ini korang kena email diorang untuk tanya berapa rate.

Tempat ini juga disewa mengikut hour untuk trainings, creative brainstorming, Offsite meetings, gatherings, product launches dan art exhibitions. 


Kapasiti tempat ini boleh memuatkan 60+ orang. 


Iday ada check dari website www.8spaces.co/sekeping-jugra/ yang sewaan untuk sehari adalah RM2800/ half day RM1500. 

Kalau berminat, korang boleh check link website tersebut. 

Macam Mana Nak Ke Sekeping Jugra? (How To Get There)

Grab dan Uber kan ada! Hehe Okay-okay, kalau korang drive, cuma naik kereta dan gps alamat dibawah :

No.3 Jalan Jugra, Off Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur atau waze Sekeping Jugra.

Laluan train paling dekat dengan tempat ini adalah KTM Seputeh. Boleh naik grab/uber dari situ.

Korang boleh check map di bawah :



Overall

Kelebihan tempat ini adalah pool dan lokasi yang sunyi. Tiada breakfast atau restoran di dalam tempat penginapan ini. Tapi korang boleh ke kawasan sekitar and tempat ni pon tak jauh dari Mid Valley.

Tempat ini memang cantik untuk gambar. Instagrammer mesti suka. Hehe

Revisit? Maybe tak kalau berdua dengan Islam, tapi dengan kawan-kawan, yes. Rasa macam nak plan buat aktiviti lepak dekat sini in future.

Sesuai ke untuk anak-anak? Jujur Iday cakap, kolam dia memang takde untuk kanak-kanak. Sebesar kolam tu memang dalam untuk orang dewasa, kira boleh menyelam ke dasar. Kalau pakai pelampung, mungkin boleh.

Bilik pula, ada 2 jenis je yang ada katil double. Tapi itu lah, kalau ada -ada pertanyaan tentang isu ni, boleh terus contact pihak Sekeping Jugra. Diorang lebih arif :)


Contact & Booking

Booking dari website : http://sekeping.com/jugra/booking/
Tel : 017-2075977
Email: manager@sekeping.com

Nota :

- Check-in selepas pukul 2 pm, check-out sebelum 12 tengahari.
- Maximum 2 persons per room.
- No meals included.
- Children ages 5 years and above to be charged as adult.
- Visitors are not allowed in the rooms.
- RM50 fine for lost key.
- Smoking is prohibited inside the room (only allowed outside).
- No pets are allowed. 

*Call hours from 8am to 7pm (Mon-Sat) After 7pm or Sunday, please email us (state enquiry for Sekeping Jugra)


So, macam mana? Okay tak tempat ni? Atau korang pernah pergi? Kongsikan di ruangan komen di bawah ye :)

Kalau korang suka artikel ini boleh share :)

Till then, Bye!



Follow My Instagram

Blog Archive