Enter your keyword

Sayaiday's Categories








Jualan Warehouse Clearance Produk Apple - Daftar Jadi Member Machines+?




"Jualan Warehouse Clearance Barangan Apple la, paling murah Ipad Mini 2 berharga RM549!"


Terkejut Iday, bila Lana(kawan office) bagitahu yang Machine ada buat jualan clearance barangan Apple. Harga memang kaw-kaw rendah. 

Jualan ini bermula pada 27 Julai 2017 untuk ahli Machines+, dan akan dibuka kepada umum dari 28 hingga 30 Julai 2017. 

Ia akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang di Tingkat 4, Avenue K, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Antara barangan apple yang akan ada sale kaw-kaw adalah :



Apple Watch hanya RM1799 - harga asal RM3799



Ada juga unit ex-demo,maksudnya yang dijadikan display di outlet. Itu pon ada dijual dengan harga yang jauh lebih murah.

Iday memang berkenan sangat dengan Macbook dan iMac. Iday ada laptop tetapi baru-baru je rosak sebab disiram air. So,memang nak sangat pakai macbook baru. Itu rasa nak pergi usha jualan clearance ni.


Beats pon ada and diskaun sehinga menjadi RM399 dari RM1200. Gile kentang dia punya less. Confirm mesti ramai orang datang ni.



27 July 2017, pada pukul 10 pagi hanya untuk Machine's member. So, kalau bukan member terpaksa datang 28-30 July ni. 

Nak jadi member Machine?

Syaratnya, korang kena beli dekat Machine dulu. Iday tak sure Iday member Machine ke tak, tapi pernah beli Macbook dekat Machine IOI Puchong. Agaknya Iday lupa nak daftar. Sayangnya kan. 

Ini antara step yang ada dalam website Machine untuk aktifkan member :

1. Semasa korang beli barangan di Machine, diorang akan bagi kad beserta Login ID dan Password sementar.

2. Selepas 24 jam, boleh mula aktikan kad member

3. Pergi ke website ini : member.machines.com.my/membership

4. Pilih Login

5. Pilih First Time Login

6. Masukkan Login ID dan Invoice number

7. Tukar password

8. Dah siap aktifkan member Machine

Untuk info lanjut, korang boleh singgah ke outlet-outlet Machine di seluruh Malaysia ni. 

Kalau tak dapat jadi member, datang je la 28 Julai sehingga 30 Julai. Harap-harap masih ada stok la ye. Hehehe

Untuk info lanjut, korang boleh check website Machine sendiri di sini : https://machines.com.my/




2 comments:

  1. bestnya,kalau skrg dkt mesia,,dah pegi dah ni,

    ReplyDelete
  2. ooookay yang Beats tuuu sangatlaaaaah menggoda !!

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive