Pemilik Produk Kecantikan Saman Blogger RM 3 Juta?



Isu yang tengah hangat sekarang di kalangan blogger. Ada satu founder kecantikan telah silap saman blogger sebanyak 3 juta. Bukan satu nilai yang sikit ye. Tapi kena Iday cakap "silap"? 

Sebab founder tersebut saman blogger tersebut padahal terang-terang apa yang dikatakan blogger tersebut adalah benar mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai. 

Kenyataan dari blogger tersebut :

"April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka. Berita tersebut bukan sahaja di sebarkan di media sosial, blog, page2 popular malah berita TV & radio juga menyiarkan berita tersebut. Bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan produk tersebut merbahaya malah Kementerian kesihatan 2 negara jiran (Singapura & Brunei) terlebih dahulu mengharamkan produk tersebut dari di jual di negara mereka kerana mengandungi bahan yang bahaya kepada kesihatan manusia. 

Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara 'OutSpoken' saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog saya dengan lampiran bukti akhbar & bukti pengakuan pengguna. Penulisan saya sememangnya berbentuk santai & tidak formal."

Apa yang Iday faham adalah blogger tersebut menulis tentang bahayanya produk tersebut kepada pengguna berdasarkan maklumat dari KKM sendiri. So, apa yang salah dari tindakan tersebut.

Hello, bukan semua nak kena tulis review baik-baik dekat blog. Even Iday kalau buat review, and produk tersebut mendatangkan masalah serta ada sumber yang sahih yang mengesahkan maklumat tersebut. Iday akan share. 

Yang Iday tak faham, kenapa dia nak saman blogger tersebut je? Kenapa bukan nama-nama besar, TV & radio yang turut menyiarkan berita yang sama? Kenapa tak saman diorang je?

Contohnya, terang-terang dikeluarkan di Sinar Online : 

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tiga-produk-kosmetik-beracun-dikesan-1.657891



Lagi satu, dah terang-terang ada press release dari website rasmi Bahagian Regulator Farmasi Negara tentang isu ini. Siap ada larangan dan gambar produk tersebut. Boleh check link bawah :

http://npra.moh.gov.my/index.php/archives/press-release/1159-kenyataan-akhbar-kpk-11-april-2017-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual



So, bagi Iday memang tidak adil. Ke nak kena tanya KKM. Kenapa blogger yang buat ulasan dan review berdasarkan kenyataan press release KKM disaman oleh pemilik produk? Atau memang tak boleh beri komen atau ulasan tentang kenyataan yang dikeluarkan KKM? 

Lagi kenyataan dari blog blogger tersebut :

"Saya ingin membela diri & saya boleh membuat permohonan untuk menukar mahkamah namun semua itu tetap memerlukan kos. Ini adalah salah satu usaha saya mencari bantuan bukan mengaibkan mana mana pihak. Saya berharap ada mana2 pihak sudi membantu."

Ida sebenarnya memang tak faham tentang kes ni. Kenapa pemilik produk tersebut boleh saman blogger tersebut atas ulasan yang dituliskan berdasarkan sumber yang sah, KKM sendiri kot? Memang pelik. Ada yang boleh terangkan dengan lebih jelas tentang isu ni?

Produk apa? Iday tak nak mention dalam artikel ini, korang boleh check sendiri di google. Ramai yang buat post tentang isu ini. Rata-rata tidak setuju dengan tindakan pemilik produk tersebut. 

Iday harap ada pihak yang sudi beri bantuan kepada blogger tersebut. 

Korang boleh check artikel blogger tersebut di sini : 

http://www.lekatlekit.com/2017/04/kkm-sahkan-produk-tati-skincare-moleek.html

Korang boleh nilai sendiri, patut ke blogger ni kena saman? Kalau ada apa-apa komen tentang isu ni, boleh komen dibawah ye :)







Others Post




5 comments:

  1. ada terbaca kat wall fb blogger suria lekatlekit . hurm kesian dia .moga Allah permudahkan segala urusan di mahkhamah nanti

    ReplyDelete
  2. Hari terbaca juga hal ni, pelik kenapa blogger yg kena saman...
    Ada sesiapa tahu bab undang2, sila sharekan knowledge please ...

    ReplyDelete
  3. pelik kan org xbersalah pun nk kena saman...kuasa duit zmn skrg!

    ReplyDelete
  4. Harap harap ramai yang membantu dan tampil membuat laporan produk yang bermasalah itu dimuka pengadilan.

    ReplyDelete
  5. Semoga dipeemidahkan semua urusan blogger suria

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive