Enter your keyword


Sayaiday x NMD R1 Primeknit Black Pink


Iday sebenarnya memang suka pakai sportwear shoes. Tak kisah la pergi kerja atau keluar lepak dengan Islam and family. Sebab sangat comfortable and nampak proper. So, Iday memang suka tengok-tengok sneakers dari pelbagai jenis brand. 

Iday bukan jenis stick to satu brand. Nampak cantik, Iday akan spend duit and beli. After all, it's kind like reward myself for working hard. Hehehe

So, baru-baru ni Iday ada beli kasut Adidas iaitu NMD Black Pink. Sebenarnya dari dulu Iday memang nak beli NMD tapi yang blue red. Tapi tak terbeli-beli lagi. Dekat store memang dah tak available kasut tu. 


Then bila hari tu check email, ada kasut NMD dekat Adidas store dekat Pavi. Terus ajak Lana pergi tengok. Nasib la Pavi tu dekat dengan office je. Hehehe Iday pergi waktu lunch hour. 


and yes, Iday beli NMD Black Pink tu. Yang bestnya, itu kasut yang last dekat situ. Masa tu ada customer lain yang datang and asyik tengok2 kasut yang Iday pegang. Haha 

Review NMD R1 Primeknit Black Pink


Iday akan bahagikan review ini dalam 4 perkara iaitu :

1. Harga
2. Kualiti/Material
3. Overall look
4. Keselesaan


Harga

Iday sebenarnya lupa harga kasut ni masa Iday beli hari tu. Tapi Iday check dekat Adidas store online pon dah habis. Dekat JD ada, tapi bukan yang sama dengan Iday beli ni,tapi corak and warna lain. 


So, rasanya harga dia RM760. 

Memang sesetengah orang akan mempersoalkan la, kenapa beli kasut harga macam tu. Kenapa tak beli dekat IG or seller yang jual dengan harga lagi murah, iaitu copy design gred AA? Sebenarnya, ini untuk kepuasan hati Iday. Iday memang dah lama nak kasut NMD. 

Lagi pon bukan selalu. And yes, kasut NMD biasanya agak mahal sebab ada certain kasut memang limited edition. Sampai ada yang beli and jual dengan harga yang lebih mahal. 

Kualiti/Material

Salah satu sebab Iday suka beli kasut ori adalah quality. Kita nak pakai lama so memang titikberatkan kualiti. Iday dah pakai almost 3 bulan. Iday pakai pergi office and lepak keluar dengan Islam. 



Primeknit material memang buat kaki rasa selesa especially untuk kaki yang cepat berpeluh. Oh, walaupon jenis kasut ni macam pakai stokin, still kena pakai stokin okay. Kalau tak nanti bau. Hahaha


Tapi yes, 3 month pakai dalam keadaan lasak, sepak macam-macam. Kasut ni tetap okay. Hehe

Overall Look

Pink! of course la gadis-gadis seperti saya memang suka warna pink. Okay sebenarnya memang tak plan  nak belik NMD pink pon. Memang aim blue red sebab sumpah yang tu memang smart. Tapi not bad apa NMD R1 Primeknit Black Pink ni, ekslusif sikit sebab jarang-jarang orang pakai. Hahaha


Satu lagi, design NMD memang smart. Antara kasut yang bagi Iday memang stunning. Kalau pakai, mesti rasa ada orang pandang kaki aku ke. Hahahaha Mangkuk punya perangai. 


Kasut NMD sebenarnya dia punya trademark adalah panel disisi kasut. Kalau Iday punya kasut, warna grey and shock pink. Pink yang terang tu. Warna primeknit material pula adalah grey+dark blue. Bagi memang Iday memang cantik. 

Keselesaan

Kalau beli kasut, bukan sekadar cantik. Tapi kena selesa juga. Iday ada mention dalam point 2 yang kasut ni material primeknit iaitu jenis kain yang bagi kaki orang bernafas which is sangat selesa. 



Paling best, sangat ringan. Sangat berbeza dengan Bounce. Bounce macam berat sikit. Tapi kasut ni, rasa nak terbang pon ada. Hahaha



Iday rasa antara kasut yang sangat selesa pernah Iday ada. Kasut ni sebenarnya boleh dibawah bersukan which is running ke ape ke. Tapi Iday kan sejenis manusia malas, so kita bawak jalan-jalan je. Hahaha

Where to buy?
Sejujurnya Iday tak rasa kasut ni available lagi ke tak, tapi korang boleh check store adidas di Pavi atau korang check website Adidas online. Korang juga boleh beli di website JD Sports Online dan Sole What. Nanti check website diorang and lokasi store diorang dekat Malaysia. 


Okay itu saja la review amatur dari Iday. Iday bukan pro pon tentang kasut-kasut ni. Iday suka beli untuk reward diri sendiri and share la apa yang Iday suka tentang kasut ni. 

Maybe akan datang, Iday akan buat lagi review macam ni. Hehe



Till then, Bye!



oh, hari tu selamat kasut ni berenang dalam lumpur HAHA





Others Post




14 comments:

  1. halamak part masuk lumpur tu hehe.. CT kasut sukan ada spasang tapi suka sneakers.. pantang betul hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tu la masuk lumpur tu pon dah mcam nak menangis dah. hahaha sneakers ni selesa kann hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehe tula, suka warna dia, boleh pakai dengan macam2 jenis kasut.

      Delete
  3. Bila baca review rasa teringin nak rembat sepasang kasut NMD mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe boleh boleh, sekali sekala merasa. tapi kualiti puas hati hehehe

      Delete
  4. Kalau dah minat harga bukan persoalan kan iday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul, tapi kalau mahal sangat, simpan je kot minat tu. hehehe

      Delete
  5. wahhh mahalnya kasut. Tapi ia satu kepuasan kan. Sygnya dh msuk lumpur. heheheh

    ReplyDelete
  6. gred AAA tak akan sama dengan yg ori... hehe

    ReplyDelete
  7. Cantiknya..suka color dia. Tapi kalau sis beli terperap je dlm lemari..hehhee

    ReplyDelete
  8. Saya pernah nampak kasut sukan yang berharga RM1K.. Pergh.. Nak pegang pun tak berani dah

    ReplyDelete
  9. Saya pun suka jugak sportwear shoes, lebih lagi ketika pergi event.

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive