Video Dan Lirik Lagu Ali, Ah Kao and Muthu - #NegarakuSehatiSejiwa





Siapa dah tengok video lagu Ali, Ah Kao dan Muthu dari Namawee, Dato’David Arumugam dan Aniq?


Lagu ni sebenarnya sempena Malaysia menyambut kemerdekaan ke 60 - gambarkan macam mana 3 orang yang berlainan bangsa, hidup bersama-sama. 

Sepanjang video tu akan ada montaj yang menunjukkan bagaimana Malaysia dari dulu hingga sekarang, mereka-mereka yang mengharumkan nama Malaysia dan banyak lagi. 


Kenapa guna nama "Ali", "Ah Kao" dan "Muthu"? 

Menurut Namawee, nama tersebut agak biasa dalam buku teks yang kita pelajari di sekolah rendah-menengah. So, nama-nama tersebut diambil dari buku teks. Kreatif betul. Hehe

Iday terkejut yang Dato' David Arumugam pon ada dalam video ni. Lagenda kot. Kata beliau lagi "“I love the song, the lyrics, and it’s beautiful for the nation."

So, kalau korang belum dengar lagi, boleh check di video atas. Ini pula lirik lagu penuh lagu Ali, Ah Kao dan Muthu. 

Ali Ah Kao dan Muthu
Tiga budak yang nakal
Cikgu dan guru besar
Semua orang tak suka

Selalu ponteng sekolah
Pergi pantai makan rojak
Ibu bapa pon sakit kepala
Budak yang kurang ajar

Dah enam puluh tahun kemudian
Mereka sudah jadi orang tua
Sahabat karib macam saudara
Tetap tidak retak 
Menyanyi kuat-kuat lah

Korus :
Ali, Ah Kao and Muthu bersama 
Kawan selama-lamanya 
Satu hati, satu jiwa 
Kita semua rakyat Malaysia 
Tak kira darah dan warna 
Hanya satu impian satu negara

Ali, Ah Kao and Muthu
SPM pon hancur semua
Pergi bandar bersama-sama
Nak cari makan pon susah

Berkali-kali dipecat
Selalu bertukar kerja
Makan roti putih campur gula
Berkongsi apartment murah

Dah enam puluh tahun kemudian
Mereka sudah ada keluarga
Sahabat karib macam saudara
Pastu takkan retak 
Menyanyi kuat-kuat lah

Ulang korus 2x


Lagu and lirik simple je tapi macam melekat dekat kepala. Elok nyanyi lagu ni dari dok nyanyi lagu Ayammee ayamme tu. Hahaha

Sebenarnya lagu ini sedikit sebanyak mengingatkan zaman nakal iday dulu. Selalu ponteng sekolah, then bukan ponteng sorang-sorang. Wajib ada bawak kawan hehehe

Alhamdulillah, dah besar ni, dah start jadi orang. Hehehe

So, apa pandangan korang dengan lagu ni?










Others Post




2 comments:

  1. nama Ah Kou baru pertama kali saya mendengarnya..

    ReplyDelete
  2. Nama ah kau Ali dan muthu digunakan dlm buy teks 70an dan 80n.. masa tu message dgn panggilan macam tu. Mgkin ramai yg lahir era 90an tak berapa tahu mengenainya

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive