Enter your keyword

Sayaiday's Categories









Resepi Butter Chicken Mudah Dan Sedap

Monday, August 21, 2017
Kisahnya,


Minggu lepas, kawan iday pergi Bali untuk honeymoon. So, dia ada makan dekat 1 kedai ni hidangkan Ayam Goreng Telur Masin. Bila tengok gambar, alahai sedapnya! Terus rasa nak buat. Hehehe



Update : Kalau taknak salted egg/telur masin and nak resepi butter chicken je. Jangan letak telur masin tu. Resepi sama je okay :)


So, iday google resepi Ayam Goreng Telur Masin. Rupanya senang je nak buat. Bahan-bahan pon tak rumit. Hehehe So iday ajak Islam untuk shopping barang masak. Iday kan suka masak. Before ni dah banyak jugak resepi yang iday dah try. Boleh click link bawah untuk resepi lain :


Sukan SEA 2017 : Kedudukan Dan Kutipan Terkini Pingat | Daily Update

Friday, August 18, 2017



Sukan SEA 2017 - Kedudukan dan Carta  Pungutan Terkini Pingat Sukan SEA 2017 - Update Setiap Hari


Hi Malaysian!


Nak tahu kedudukan pingat antara negara di Sukan SEA 2017 dan jumlah kutipan pingat terkini Malaysia? Jangan risau, Iday akan update kedudukan terkini pingat Sukan SEA 2017 setiap hari.





Update Tekini


Jumlah Pingat Malaysia Terkini : 89 Pingat


→ Welson Sim, berjaya menjuarai acara 400m Freestyle dgn catatan masa 3:50.26s, rekod baharu Sukan SEA!
→ Emas & perak dari Benjamin Khor & Abraham Eng Wei Jin menerusi acara Menembak, Men's Double Trap Individual.
→ Boling Double Lelaki menang 2 pingat iaitu Emas dan Perak dan Harrif Saleh berjaya pertahankan pingat emas dalam acara Men's Criterium




Kedudukan Terkini Pingat Sukan SEA 2017



Iday dapt info tentang kedudukan pingat dari website rasmi Kuala Lumpur 2017 dan juga twitter rasmi Kuala Lumpur 2017 untuk memudahkan korang check sendiri kedudukan pingat setiap hari. So, memang sumber yang boleh dipercayai. Boleh check kedudukan terkini antara negara dibawah :


Last update Medal Tally : 22/8/2017 (10 malam)

Link asal keputusan pingat : Keputusan Pungutan Pingat Emas, Perak Dan Gangsa Sukan SEA 2017






Iday juga akan update acara sukan yang berjaya membawa pingat untuk Malaysia dibawah 


Update : 22/8/2017 || sumber : Twitter Kuala Lumpur 2017

Malaysia memperolehi pingat untuk acara berikut :

Jumlah Pingat Malaysia Terkini : 89 Pingat

EMAS (39 Pingat)

1. Sepak Takraw - Chinlone Acara 3 (Linking) Lelaki 
2. Memanah Compound Berpasukan Wanita
3. Memanah Compound Berpasukan Lelaki
4. Renang Berirama Rutin Solo Teknikal  - Gan Hua Wei
5. 10km Renang Perairan Terbuka Lelaki - Kevin Yeap
6. 10km Renang Perairan Terbuka Wanita - Heidi Gan
7. Memanah Compound Berpasukan Campuran
8. Sultan Mizan Zainal Abidin (Endurance Individu)
9. Endurance Berpasukan
10. Wushu Optional Jianshu Lelaki
11. Aquatics - Synchronised Swimming
12.Wushu Optional Taijijian Lelaki - Loh Jack Chang
13. Bola Jaring
14. Wushu Optional Nanquan Wanita - Diana Bong
15. Ragbi 7's Lelaki
16. Boling Individu Lelaki - Rafiq Ismail
17. Wushu Optional Qiangshun Lelaki - Yeap Wai Kin
18. Memanah Wanita Team Recurve
19. Memanah Lelaki Team Recurve 
20. Boling Men's Doubles - Alex & Syafiq
21. Criterium Lelaki - Harrif Saleh
22. Menembak Double Trap Individu Lelaki - Benjamin Khor
23. Renang 400m Gaya Bebas Lelaki - Welson Sim
24. Gimnastik Artistik Berpasukan Wanita
25. Wushu Men's Optional Nanquan - Ho Mun Hua
26. Wushu Men's Campulsory Taijiquan - Loh Jack Chang
27. Men's Team Time Trial.
28. Equestrian Team Dressage
29. Gimnastik Artistik Kekuda Berpelana Lelaki - Tan Fu Jie
30. Gimnastik Artistik Kekuda Berpelana Lelaki - Jeremiah Loo
31. Gimnastik Artistik Melombol Wanita - Tan Ing Yueh
32. Menembak 25m Pistol Wanita - Alia Sazana Azahari
33. Lempar Cakera Lelaki - Muhammad Irfan Sham
34. Petanque Perseorangan Lelaki - Muhamad Hafizudin Mat Daud
35. Karate Kata Individu Wanita - Celine Lee
36. Karate Kata Individu Lelaki - Lim Chee Wei 
37. Karate Kumite Bawah 60kg Lelaki - S. Senthil Kumaran
38. Pelayaran Optimist U16 Berpasukan Campuran
39. Tenpin Boling Beregu Campuran

PERAK (29 Pingat)

1. Memanah Compound Individu Lelaki
2. Renang Berirama Rutin Solo Bebas - Lee Yhing Huey
3. Sepak Takraw Chinlone Acara 1
4. Renang Berirama Rutin Duet Teknikal - Hua Wei & Yhing Huey
5. Wushu Optional Jianshu Lelaki - Wai Kin Yeap
6. Wushu Optional Jianshu Wanita - Eyin Phoon
7. Wushu Optional Gunshu Wanita - Ying Ting Loh
8. Endurance - Mohd Bulkhari Rozali
9. Bowling Wanita - Sin Li Jane
10. Memanah Recurve Individu Lelaki - Khairul Anuar Mohamad 
11. Boling Individu Lelaki - Adrian Ang
12. Renang Berirama Rutin Bebas Berpasukan
13.Gimnastik Artistik Berpasukan Lelaki
14. Wushu Optional Qiangshu Lelaki - Wong Weng Son
15. Wushu Optional Qiangshu Wanita - Eyin Phoon
16. Sepak Takraw Wanita
17. Criterium Wanita - Jupha Somnet 
18. Boling Men's Doubles - Adrian & Rafiq
19. Menembak Double Trap Individu Lelaki - Abraham Eng Wei Jin
20. Mixed Team Recurve - Khairul Anuar & Aliya Ghapar
21. Gimnas Floor Exercise - Zul Bahrin Mat Asri 
22. Gimnastik Artistik Palang Bertingkat - Tracie Ang  
23. Menembak 50m Pistol Lelaki - Johnathan Wong Guanjie 
24. 20,000 meter Jalan Kaki Lelaki - Lo Choon Sieng 
25. Karate Kumite Atas 68kg Wanita - Pressy Misty Philip 
26. Tenpin Boling Beregu Campuran
27. Renang 50m Kuak Dada Wanita - Jinq En Phee 
28. Renang 200m Kuak Kupu-Kupu Lelaki - Faang Der Tiaa
29. 4 x 100m Gaya Bebas Lelaki

GANGSA (21 Pingat)

1. Memanah Compound Individu Wanita
2. Sepak Takraw - Chinlone Acara 2 (Same Stroke) Lelaki
3. Sepak Takraw - Chinlone Acara 4 (Non-Repetition Secondary)
4. Marathon Lelaki - Muhaizar M.
5. Sepak Takraw Regu Berpasukan Lelaki 
6. Aquatics - Water Polo Lelaki
7. Bowling Wanita - Shalin Zulkifli
8. Wushu Optional Daoshu + Gunshu Lelaki - Jun Lim Khaw
9. Memanah Individu Wanita - Nur Aliya Ghapar
10. Ragbi 7's Wanita
11. Wushu Optional Daoshu + Gunshu Lelaki - Khaw Jun Lim
12. Triathlon Wanita - Irene Chong
13. Women's Optional Taijijian - Audrey Chan
14. Men's Optional Nandao & Nangun - Ho Mun Hua 
15. Gimnastik Artistik Melombol Wanita
16. Lempar Cakera Lelaki - Abdul Rahman Lee
17. Petanque Perseorangan Wanita - Suhartisera Zamri
18. 20,000 meter Jalan Kaki Lelaki - M Khairil Harith 
19. Sepak Takraw Beregu Berpasukan Lelaki 
20. Renang 200m Kuak Dada Lelaki - Daniel Jun Liang Lim 
21. Lontar Peluru Lelaki - Muhd Ziyad Zolkefli 

Khairul Hafiz takes SEA Games 100m crown



Tahniah Malaysia! I'm so proud! Harap Malaysia akan menang jumlah keseluruhan pingat nanti. Iday akan sentiasa update senarai pingat dan acara yang menyumbang pingat kepada Malaysia di artikel ini.


Korang juga boleh check artikel lain yang berkaitan dengan KL2017 Sukan SEA di link bawah :


Jadual Sukan SEA 2017

→ Bola Sepak Malaysia vs Brunei | Sukan SEA KL 2017
→ Bola Sepak Malaysia vs Singapura | Sukan SEA KL 2017


Apa sukan pilihan korang?


Cadangan Lokasi Makanan Dan Aktiviti Di Vietnam

Friday, August 18, 2017


Vietnam antara negara dalam “bucket wishlist” Iday sebab banyak lokasi yang menarik untuk dilawati. Kaya dengan sejarah kebudayaan, landskap dan panorama semula jadi yang memukau, pantai indah memukau, keperbagaian cita rasa juadah tempatan dan penduduk yang ramah, tidak hairanlah mengapa Vietnam berjaya menarik ramai pelancong setiap tahun!



Iday memang rancang untuk ke Vietnam and lokasi pilihan Iday adalah kota Ho Chi Minh. Iday ada senaraikan di bawah apa yang best yang boleh korang cuba apabila melawat ke Ho Chi Minh. Senarai ini sebagai panduan kepada Iday dan juga mereka yang rancang perjalanan ke sana. 

Nikmati juadah lazat Vietnam 

Penggemar makanan pastinya seronok dengan juadah-juadah Vietnam. Tidak tahu hendak pilih daripada pilihan yang begitu banyak makanan jalanan di Ho Chi Minh City? Nak cari makanan halal di bandar Ho Chi Minh

Sebenarnya banyak pilihan makanan halal di Ho Chi Minh antaranya Kampung Pandan Restoran yang terletak di jalan Thu Khoa Huan. Kalau nak sarapan dekat sini pon boleh kerana di buka pada pukul 9 pagi hingga 10 malam. Korang boleh cuba Pho (beef/chicken), spring rolls (favorite!) dan banyak lagi.

sumber imej : https://foursquare.com/v/salima-halal-restaurant/51babb38498e54a17bbc8fc5?openPhotoId=53f0932c11d22cfc50290c41

Bila tiba masa makan tengah hari, korang boleh ke Salima Halal Vietnamese Restaurant yang terletak berhampiran pasar Ben Thanh. Korang kena try fresh spring rolls, Pho Ga and Bun Thit Nuong. 



Untuk non-muslim, kawan-kawan office yang pernah ke sana cadangkan beberapa tempat antaranya Banh Xeo 46A di daerah 3 yang terkenal dengan penkek goreng tradisional Vietnam dengan adunan pork, bawang, dan daun saderi. Tempat ni memang popular di kalangan non-muslim.

Medan tawar-menawar di Pasar Ben Thanh 

Sebelum korang menjamu selera dengan makanan seterusnya, singgahlah di tempat tumpuan di Ho Chi Minh City untuk membeli-belah secara tawar menawar di pasar Ben Thanh. Di sini korang boleh berunding harga di banyak gerai yang menjual makanan, cenderahati, kesenian dan kraftangan, tekstil dan banyak lagi.


Seandainya bersendirian, korang memiliki masa untuk meninjau gerai-gerai mengikut masa dan mungkin korang menemui sesuatu unik yang korang sukai. Luangkan beberapa jam di sini kerana menjelang malam, ia bertukar menjadi hab sosial bagi orang tempatan dan pelancong, menjadikannya suatu pemandangan yang tidak boleh dilupakan. Keriuhan orang ramai berbual-bual dan bau rempah mencetuskan tenaga cergas di pusat bandar menjadikannya pengalaman amat berharga.

Kemudian, anda boleh merehatkan kaki dan nikmati pula semangkuk Pho yang hangat di The Daun Restaurant selepas seharian menjelajah.


Memaparkan cita rasa tradisional Vietnam, Pho adalah mi sup terkenal Vietnam yang mengandungi sup, mi, herba dan daging. Selain itu mereka juga ada menawarkan menu yang lain antaranya Bong Thien Ly Xao Bo, Banh Xeo (pankek goreng), Spring Roll dan Bo Hue.



Kopi Vietnam? 

Sebagai pengeluar kopi kedua terbesar di dunia, Vietnam pastinya tahu seperkara dua mengenai kopi. Tidak seperti segelas kopi yang biasa anda dapat di Starbucks, kopi Vietnam dikenali kerana susu pekat manis yang memberikannya keseimbangan sempurna bagi Cha Phe Sua Nong yang begitu keras – iaitu kopi hitam tradisional Vietnam. 

sumber imej : http://heavytable.com/wp-content/uploads/2010/02/VN-coffee1.jpg

Amat mudah mencari kedai kopi di setiap jalan di Vietnam. Langkah masuk ke mana-mana kedai kopi, minta secawan kopi, duduk dan nikmatinya sambil melihat orang atau kawasan sekitar!

Ini adalah sekadar beberapa alasan mengapa anda harus mencintai Vietnam tetapi senarai ini tentunya bukan gambaran sebenar apa yang ada di Ho Chi Minh City. Untuk merasai sendiri pengalaman di negara ini, anda boleh menaiki Vietjet, syarikat penerbangan era baru terkini Vietnam. Dengan penerbangan terus setiap hari dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Ho Chi Minh City, mengunjungi Vietnam kini menjadi lebih mampu dan mudah! 

Untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman perjalanan Vietjet yang menyeronokkan dan inovatif, korang boleh check details di bawah :

Applikasi :Vietjetair
Facebook : @vietjetairvietnam
Phone numberr (24/7) : (+603) 2730 9887




nota SayaIday : Kalau korang pernah ke Vietnam, boleh la share aktiviti atau tempat makan best di sana di ruangan komen dibawah :)



Bola Sepak Malaysia vs Singapura | Sukan SEA KL 2017

Thursday, August 17, 2017
Hi korang! 

Yeay! Malaysia menang 2-1 dalam perlawanan menentang Singapura! Tahniah Malaysia! So proud! Emas makin hampir nampak gayanya. Hehehe


Kali terakhir kita menang pingat emas untuk bola sepak B-22 pada Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia. Iday masa tu tengok live dekat rumah and memang happy bila kita menang. Iday harap tahun ini kita berjaya bawa pingat emas untuk sukan bola sepak tahun ini.

Perlawanan ini adalah aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam. Gol pertama berjaya dijaringkan oleh pemain Singapura iaitu Mohd. Amiruldin pada minit ke-38. Kemudian Malaysia mendahului dengan jaringan dari Mohd Nor Azam Abdul Azim pada minit ke 67 dan N.Thanabalan pada minit ke 73

sumber gambar : Twitter Era.fm



Untuk mereka yang terlepas perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura semalam, boleh la tengok di video bawah ini ye :)



Syabas Team Malaysia. Tak sabar nak tengok aksi perlawanan yang seterusnya. Harap-harap dapat la tengok peringkat final dan menang pingat emas. Hehehe


Nanti kalau Malaysia ke final atau separuh akhir, boleh la tengok dekat Stadium Bukit Jalil. hehehe

Iday harap Malaysia jadi juara tahun ini! Semangat berkobar-kobar ni. Hehehe

Korang suka sukan apa?


4 Jenis Adik Beradik Yang Perlu Kita Tahu

Wednesday, August 16, 2017


Iday rasa ini antara ilmu/fakta yang semua orang kena tahu terutama pada mereka yang hadapi situasi ini. Iday sendiri pon memang ada adik beradik yang lain bapa. 

So, adik beradik Iday ni dikira tiri atau kandung? Muhrim atau tak? Wajib tutup aurat?




Nasib baik la, Iday ada jumpa video penerangan dari Ustaz Azhar Idrus. Memang jelas dan senang nak faham. Tetapi Iday akan tulis penerang dibawah untuk mereka yang kurang loghat Terengganu. Sebab Ustaz Azhar kalau bagi ceramah dalam loghat Terengganu. Hehe


Ada 4 jenis adik-beradik yang kita kena tahu iaitu :

1. Sama Ibu dan Sama Abah Adik beradik kandung




Ini  semua orang tahu. Kalau seIbu dan seBapa memang adik beradik kandung.

2. Lain Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik Beradik Sebapa

Contohnya Abah kahwin buat kali ke-2, anak-anak dari emak pertama hasil perkahwinan abah yang sama dengan anak-anak emak kedua yang juga hasil perkahwinan abah yang sama adalah adik beradik kandung. 

Muhrin dan tidak wajib tutup aurat.


3. Sama Ibu dan Lain Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik beradik seibu

Iday rasa yang ini paling ramai orang keliru. Even Iday dulu pon ingat adik beradik Iday tiri sebab kitorang lain abah. Sebab Abah Iday meninggal lepas Iday lahir and mak kahwin lagi masa Iday umur 4 tahun. 

Adik Iday sekarang adalah anak kepada Abah tiri Iday dan Mak Iday. Tapi diorang tetap adik beradik kandung Iday. 

Bukan main dulu, acah-acah batalkan air sembayang adik lelaki Iday yang bongsu sebab ingat kitorang adik beradik tiri. Haha


So, lepas ni jangan keliru pula ye. Masih dianggap adik beradik kandung yang mahram.

4. Lain Ibu dan Lain Abah → Adik beradik tiri

Contohnya, Ibu A kahwin dengan Bapa A dan masing-masing ada anak hasil perkahwinan sebelum ni. Anak-anak Ibu A dan Anak-anak Bapa A adalah adik beradik tiri. 


Batal air sembahyang kalau tersentuh, bukan mahram dan boleh kahwin.


Kalau nak dengar penjelasan dari Ustaz Azhar sendiri, boleh tengok video dibawah :


Boleh faham kan?

Ingat ye, 3 jenis adik beradik yang pertama dikira sebagai adik beradik kandung.

Itu je Iday nak share dekat korang. Iday rasa ramai yang kurang pasti tentang kenyataan ni. Even tadi Iday jumpa dekat social media yang ramai belum tahu jenis adik beradik. 

Ramai yang buat andaian sendiri. Apa pon, Iday harap artikel ini dapat bantu korang yang masih keliru dengan jenis adik beradik ni. 

Update : 7.8.2017 - Disebabkan ramai yang masih keliru tentang isu adik beradik seibu tetapi lain bapa, Iday terus mesej Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).




So, Iday check link tersebut dan search "Adik Beradik"



Iday jumpa soalan "Adik Beradik Satu Mak Tapi Berlainan Bapa, Batal Wuduk Tak?" dan jawapan diberikan adalah :




Then, Iday ada tanya JAWI juga, Alhamdulillah, diorang reply Iday punya soalan dan ini jawapan mereka. 






Okay, kalau faham dan suka artikel ini, jangan lupa share ye! Kalau ada pandangan lain, boleh komen dibawah.

Till then, Bye!



Bola Sepak Malaysia vs Brunei | Sukan SEA KL 2017

Tuesday, August 15, 2017
Hi korang! 

Tahun ni kan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, semestinya Iday sebagai rakyat Malaysia memberi sokongan 100% terhadap Malaysia terutama sukan bola sepak. 


Kali terakhir kita menang pingat emas untuk bola sepak B-22 pada Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia. Iday masa tu tengok live dekat rumah and memang happy bila kita menang. Iday harap tahun ini kita berjaya bawa pingat emas untuk sukan bola sepak tahun ini.

Keputusan undian bola sepak kali ini menempatkan Malaysia di kumpulam A bersama-sama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Saat ini pon tengah berlangsungnya perlawanan antara Malaysia dan Brunei. Saat iday update artikel ini, Malaysia menang 2-1! Tahniah team Malaysia!



Untuk mereka yang terlepas perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Brunei tadi, boleh la tengok di video bawah ini ye :)



Syabas Team Malaysia. Tak sabar nak tengok games yang seterusnya. Harap-harap dapat la tengok peringkat final dan menang pingat emas. Hehehe

Nanti kalau Malaysia ke final atau separuh akhir, boleh la tengok dekat Stadium Bukit Jalil. hehehe

Oh, pasukan Netball Malaysia pon menang dengan Thailand tadi! Tahniah sekali lagi #TeamMalaysia

Iday harap Malaysia jadi juara tahun ini! Semangat berkobar-kobar ni. Hehehe

Korang suka sukan apa?


Rose Face Serum Zeeta - Produk Hilangkan Jerawat/Jeragat Cepat 2017

Thursday, August 10, 2017


Hi Korang, 

Hari ni Iday nak share satu produk yang dipercayai boleh menghilangkan bekas jerawat dan jeragat dengan berkesan dan selamat. Baru-baru ni kan kulit Iday makin teruk, naik jerawat kecil di pipi dan meninggalkan parut jerawat. Memang stress. Ada kawan Iday yang sarankan untuk guna ROSE FACE SERUM ZEETA dari Zeeta. 



ROSE FACE SERUM ZEETA ini berasaskan Rose Organik No.1 di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan untuk hilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari.

Serum muka berasaskan Rose Organik No.1 Di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan untuk menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari. Sembur-sembur je, dah boleh hilangkan parut. 


Apa bahan-bahan yang ada dalam Rose Face Serum Zeeta ni? Bagaimana nak hilangkan parut jerawat? Apa kelebihan Rose Face Serum Zeeta?


Kelebihan Rose Face Serum Zeeta adalah :



Mengandungi Vitamin E,Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi kulit dari kesan panas cahaya matahari. 
Semburan yang halus untuk serapan maksimun,menyamai teknologi nano.
Vitamin E 30,000 iu
Serum semburan NO.1 tidak meleleh dan tidak melekit. 
Parut jeragat hilang seawal 7 hari

Ingat ye, kalau nak kelihatan cantik, makeup cantik mestilah dari kulit yang sihat.




Iday memang mengamalkan pakai serum dalam rutin skincare Iday. Serum ni memberikan perlindungan yang maksimum pada kulit. Iday pilih Rose Face Serum Zeeta kerana 4 nutrisi hebat yang terkandung dalam serum ini. 


Vitamin E

→ Anti oxidant yang melambatkan proses penuaan dan menjaga sel kulit muka supaya sentiasa nampak muda. 

Vitamin C

→ Mengaktifkan sel muka untuk menghasilkan collagen iaitu molekul penting untuk kulit yang sihat.
→  Melindungi atau merawat kulit dari sinar UV

Omega 3

→ Mengekalkan kelembapan, normalkan pengeluaran minyak untuk menjadikan kulit sentiasa sihat dan tegang.
→ Melindungi kulit dari photodamahe dan kesan sunburn

Omega 6 

→ Mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka kita dan mengurangkan sel kulit dari mengelupas.

Iday suka betul dengan serum ni kerana ianya spray/semburan dengan teknologi nano. Bila spray/sembur dekat muka,  akan meresap ke dalam kulit dengan baik dan tak meleleh. Paling penting, ianya tidak melekit. 


Iday rasa ini antara produk terbaik untuk hilangkan jerawat dan jeragat tahun 2017. Korang setuju tak? 


Bukan apa, banyak feedbacak yang positif dari pengguna Rose Face Serum Zeeta. Rata-rata memberikan respon yang positif. Produk ini juga di jamin halal dan mendapat kelulusan KKM


Korang boleh check testimoni produk di link ini : Testimoni Rose Face Serum Zeeta


Berapa harga Rose Face Serum ni? 


Penggunaan sehingga 2 bulan, harga RFS hanyalah RM 50.  Wahh, ingatkan mahal sangat. Memang berbaloi la. Memang mampu milik. hehe


So kalau korang berminat, boleh check social media dan no phone mereka dibawah :



Facebook page: ZEETA PAKAR MAWAR 
Instagram: @zeetaofficial 
Whatsapp untuk order: 019-2209069 




Keyword :



Terima kasih baca artikel Rose Face Serum Zeeta ini! Share jika suka dan tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan :)


ROSE FACE SERUM ZEETA

Follow My Instagram

Blog Archive