Enter your keyword


4 Jenis Adik Beradik Yang Perlu Kita Tahu




Iday rasa ini antara ilmu/fakta yang semua orang kena tahu terutama pada mereka yang hadapi situasi ini. Iday sendiri pon memang ada adik beradik yang lain bapa. 

So, adik beradik Iday ni dikira tiri atau kandung? Muhrim atau tak? Wajib tutup aurat?




Nasib baik la, Iday ada jumpa video penerangan dari Ustaz Azhar Idrus. Memang jelas dan senang nak faham. Tetapi Iday akan tulis penerang dibawah untuk mereka yang kurang loghat Terengganu. Sebab Ustaz Azhar kalau bagi ceramah dalam loghat Terengganu. Hehe


Ada 4 jenis adik-beradik yang kita kena tahu iaitu :

1. Sama Ibu dan Sama Abah Adik beradik kandung




Ini  semua orang tahu. Kalau seIbu dan seBapa memang adik beradik kandung.

2. Lain Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik Beradik Sebapa

Contohnya Abah kahwin buat kali ke-2, anak-anak dari emak pertama hasil perkahwinan abah yang sama dengan anak-anak emak kedua yang juga hasil perkahwinan abah yang sama adalah adik beradik kandung. 

Muhrin dan tidak wajib tutup aurat.


3. Sama Ibu dan Lain Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik beradik seibu

Iday rasa yang ini paling ramai orang keliru. Even Iday dulu pon ingat adik beradik Iday tiri sebab kitorang lain abah. Sebab Abah Iday meninggal lepas Iday lahir and mak kahwin lagi masa Iday umur 4 tahun. 

Adik Iday sekarang adalah anak kepada Abah tiri Iday dan Mak Iday. Tapi diorang tetap adik beradik kandung Iday. 

Bukan main dulu, acah-acah batalkan air sembayang adik lelaki Iday yang bongsu sebab ingat kitorang adik beradik tiri. Haha


So, lepas ni jangan keliru pula ye. Masih dianggap adik beradik kandung yang mahram.

4. Lain Ibu dan Lain Abah → Adik beradik tiri

Contohnya, Ibu A kahwin dengan Bapa A dan masing-masing ada anak hasil perkahwinan sebelum ni. Anak-anak Ibu A dan Anak-anak Bapa A adalah adik beradik tiri. 


Batal air sembahyang kalau tersentuh, bukan mahram dan boleh kahwin.


Kalau nak dengar penjelasan dari Ustaz Azhar sendiri, boleh tengok video dibawah :


Boleh faham kan?

Ingat ye, 3 jenis adik beradik yang pertama dikira sebagai adik beradik kandung.

Itu je Iday nak share dekat korang. Iday rasa ramai yang kurang pasti tentang kenyataan ni. Even tadi Iday jumpa dekat social media yang ramai belum tahu jenis adik beradik. 

Ramai yang buat andaian sendiri. Apa pon, Iday harap artikel ini dapat bantu korang yang masih keliru dengan jenis adik beradik ni. 

Update : 7.8.2017 - Disebabkan ramai yang masih keliru tentang isu adik beradik seibu tetapi lain bapa, Iday terus mesej Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).




So, Iday check link tersebut dan search "Adik Beradik"



Iday jumpa soalan "Adik Beradik Satu Mak Tapi Berlainan Bapa, Batal Wuduk Tak?" dan jawapan diberikan adalah :




Then, Iday ada tanya JAWI juga, Alhamdulillah, diorang reply Iday punya soalan dan ini jawapan mereka. 






Okay, kalau faham dan suka artikel ini, jangan lupa share ye! Kalau ada pandangan lain, boleh komen dibawah.

Till then, Bye!





Others Post




4 comments:

  1. Perkongsian yang bagus.. semoga makin ramai yang alert pasal ini..

    ReplyDelete
  2. Entry ni sangat membantu...ye la mana tahu kawen lagi ke..hahaha

    ReplyDelete
  3. Tq pengkongsian memang ada dalam family ekin macam yg no 2 tu..

    ReplyDelete
  4. ooo baru tahuu . thanks for the info :)

    ReplyDelete

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive