Cadangan Lokasi Makanan Dan Aktiviti Di Vietnam

1



Vietnam antara negara dalam “bucket wishlist” Iday sebab banyak lokasi yang menarik untuk dilawati. Kaya dengan sejarah kebudayaan, landskap dan panorama semula jadi yang memukau, pantai indah memukau, keperbagaian cita rasa juadah tempatan dan penduduk yang ramah, tidak hairanlah mengapa Vietnam berjaya menarik ramai pelancong setiap tahun!



Iday memang rancang untuk ke Vietnam and lokasi pilihan Iday adalah kota Ho Chi Minh. Iday ada senaraikan di bawah apa yang best yang boleh korang cuba apabila melawat ke Ho Chi Minh. Senarai ini sebagai panduan kepada Iday dan juga mereka yang rancang perjalanan ke sana. 

Nikmati juadah lazat Vietnam 

Penggemar makanan pastinya seronok dengan juadah-juadah Vietnam. Tidak tahu hendak pilih daripada pilihan yang begitu banyak makanan jalanan di Ho Chi Minh City? Nak cari makanan halal di bandar Ho Chi Minh

Sebenarnya banyak pilihan makanan halal di Ho Chi Minh antaranya Kampung Pandan Restoran yang terletak di jalan Thu Khoa Huan. Kalau nak sarapan dekat sini pon boleh kerana di buka pada pukul 9 pagi hingga 10 malam. Korang boleh cuba Pho (beef/chicken), spring rolls (favorite!) dan banyak lagi.

sumber imej : https://foursquare.com/v/salima-halal-restaurant/51babb38498e54a17bbc8fc5?openPhotoId=53f0932c11d22cfc50290c41

Bila tiba masa makan tengah hari, korang boleh ke Salima Halal Vietnamese Restaurant yang terletak berhampiran pasar Ben Thanh. Korang kena try fresh spring rolls, Pho Ga and Bun Thit Nuong. 



Untuk non-muslim, kawan-kawan office yang pernah ke sana cadangkan beberapa tempat antaranya Banh Xeo 46A di daerah 3 yang terkenal dengan penkek goreng tradisional Vietnam dengan adunan pork, bawang, dan daun saderi. Tempat ni memang popular di kalangan non-muslim.

Medan tawar-menawar di Pasar Ben Thanh 

Sebelum korang menjamu selera dengan makanan seterusnya, singgahlah di tempat tumpuan di Ho Chi Minh City untuk membeli-belah secara tawar menawar di pasar Ben Thanh. Di sini korang boleh berunding harga di banyak gerai yang menjual makanan, cenderahati, kesenian dan kraftangan, tekstil dan banyak lagi.


Seandainya bersendirian, korang memiliki masa untuk meninjau gerai-gerai mengikut masa dan mungkin korang menemui sesuatu unik yang korang sukai. Luangkan beberapa jam di sini kerana menjelang malam, ia bertukar menjadi hab sosial bagi orang tempatan dan pelancong, menjadikannya suatu pemandangan yang tidak boleh dilupakan. Keriuhan orang ramai berbual-bual dan bau rempah mencetuskan tenaga cergas di pusat bandar menjadikannya pengalaman amat berharga.

Kemudian, anda boleh merehatkan kaki dan nikmati pula semangkuk Pho yang hangat di The Daun Restaurant selepas seharian menjelajah.


Memaparkan cita rasa tradisional Vietnam, Pho adalah mi sup terkenal Vietnam yang mengandungi sup, mi, herba dan daging. Selain itu mereka juga ada menawarkan menu yang lain antaranya Bong Thien Ly Xao Bo, Banh Xeo (pankek goreng), Spring Roll dan Bo Hue.



Kopi Vietnam? 

Sebagai pengeluar kopi kedua terbesar di dunia, Vietnam pastinya tahu seperkara dua mengenai kopi. Tidak seperti segelas kopi yang biasa anda dapat di Starbucks, kopi Vietnam dikenali kerana susu pekat manis yang memberikannya keseimbangan sempurna bagi Cha Phe Sua Nong yang begitu keras – iaitu kopi hitam tradisional Vietnam. 

sumber imej : http://heavytable.com/wp-content/uploads/2010/02/VN-coffee1.jpg

Amat mudah mencari kedai kopi di setiap jalan di Vietnam. Langkah masuk ke mana-mana kedai kopi, minta secawan kopi, duduk dan nikmatinya sambil melihat orang atau kawasan sekitar!

Ini adalah sekadar beberapa alasan mengapa anda harus mencintai Vietnam tetapi senarai ini tentunya bukan gambaran sebenar apa yang ada di Ho Chi Minh City. Untuk merasai sendiri pengalaman di negara ini, anda boleh menaiki Vietjet, syarikat penerbangan era baru terkini Vietnam. Dengan penerbangan terus setiap hari dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Ho Chi Minh City, mengunjungi Vietnam kini menjadi lebih mampu dan mudah! 

Untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman perjalanan Vietjet yang menyeronokkan dan inovatif, korang boleh check details di bawah :

Applikasi :Vietjetair
Facebook : @vietjetairvietnam
Phone numberr (24/7) : (+603) 2730 9887




nota SayaIday : Kalau korang pernah ke Vietnam, boleh la share aktiviti atau tempat makan best di sana di ruangan komen dibawah :)


Post a Comment

1Comments
  1. alamakk..sedap2 semua nya..suka tgk makanan vietnam more to healthy meal

    ReplyDelete
Post a Comment