Kenapa Tidak Ada Penjualan Tiket Final Bola Sepak Secara Online, Ini Jawapan KJ



Hi Korang, 


Korang mesti ada perasan beberapa post di social media tentang ramainya penyokong bola sepak yang sanggup beratur lama-lama dalam cuaca yang panas semata-mata ingin membeli tiket final Bola Sepak Sukan SEA 2017 nanti. 


kredit imej : the malay online

Then, ramai yang mempersoalkan kenapa tiket tidak dijual secara online. Even Iday sendiri pon pernah cakap dekat suami Iday(Islam), kenapa KJ tak buat sistem jual secara online. Lagi senang nak control ulat tiket. Dan orang ramai boleh membeli tiket dari smartphone atau laptop je. 



Tapi KJ ada jawapan untuk soalan tersebut. 


KJ sebenarnya memang ada plan supaya tiket tersebut di jual secara online. Malah tiket acara sukan lain pon memang di jual secara online.



Tetapi, KJ diberitahu yang kemungkinan sistem transaksi akan bermasalah apabila mempunyai banyak kunjungan dan traksaksi pembelian. 



Dan dikhuatiri ramai yang akan ada masalah sewaktu pembayaran dan ada yang mungkin gagal membeli tiket. Mereka yang bertanggungjawab dalam menjaga website tersebut tidak dapat memberi jamina kestabilan proses pembelian online tersebut.

So, kesimpulannya, KJ tidak ingin mengambil risiko jika ada penonton yang gagal membeli tiket secara online akibat jumlah penonton yang terlalu ramai. Keputusan dibuat dengan penjualan secara fizikal di Stadium Shah Alam. 

Tapi ada netizen tidak berpuas hati, lagi-lagi ada yang beratur lama, akhirnya tidak dapat beli tiket. Muncul pula penjual ulat tiket yang menjual dengan harga yang lebih mahal. 

Ada yang cadangkan tiket dijual di setiap negeri. 


Okay juga idea ni. Tidak tertumpu pada satu tempat sahaja sehingga menyebabkan queue terlalu panjang. Malah mereka yang bukan berada di KL boleh jimat kos dan masa. 

Mungkin boleh improve kaunter pembelian. Iday ada baca yang cuma 2 kaunter di buka. padahal sepatutnya 20 kaunter. Then ada rusuhan pula. Kalau ada perancangan yang betul, mungkin ini semua takkan jadi. 

Walau apa pon, Iday harap ada penyelesaian untuk isu ini. Lagi-lagi isu penjual ulat tiket yang tidak bertanggungjawab.

Iday memang akan sokong dari rumah je. Takut nak pergi dekat crowd yang ramai. Tapi semangat tu tetap sama kuat. Hehe


Korang pula macam mana? Ada yang dah berjaya beli tiket?







Others Post




4 comments:

  1. gigih haaaa ramai berjam2 bratur.. smangat kesukanan betul. in a way adalah sebab kenapa and KJ da explain pun. bukan saja2.. biar negara lain tengok betapa ramainyaaa fans nak serbu stadium malam nanti hihihi..

    ReplyDelete
  2. Diharap di masa-masa akan datang akan improve masalah ni..

    ReplyDelete
  3. hehe..sama la gan ciktie. kita sokong dari rumah ya. gud luck untuk malam ni

    ReplyDelete
  4. Akak sokong dari rumah ajer dik. Lagipun, balik kampung bercuti. Hehe..

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive