Enter your keyword


Anak Blogger Cik Epal Ada Youtube Channel?




Cik Epal sebenarnya antara blogger yang Iday follow sejak awal-awal Iday jadi blogger. Cara tulis yang santai di blog beliau yang buat Iday semangat nak jadi blogger dulu. Hehehe

Rasanya semua cerita di blog Cik Epal, Iday dah baca. Dari zaman bercinta, putus cinta, kahwin sampai la beranak pinak. 

Iday jadikan Cik Epal sebagai sumber inspirasi untuk terus berjaya dalam dunia blog. Tapi mampu ke jadi macam dia? Hahaha Cerita tu, kita tolak tepi. 



Sebenarnya Iday nak cerita tentang Han. Anak Cik Epal yang comel la sangat tu. Dah la nama unik. Seketul je nama dia. Hahaha

Then, tadi ada buka IG Cik Epal and Jo. Rupanya Han dah ada youtube channel sendiri. Oh akaun Instagram pon ada dengan nama oh_myhan. Sekarang ni pon dah ada 10 ribu follower. Hebat betul. Mesti banyak job lepas ni. Eh. Hahaha


Setakat ni ada 5 video iaitu teaser video trip diorang ke Jepun baru-baru ni. Iday dah jadi subscriber yang ke 112. 

Tadi tengok teaser pon dah tak sabar nak tengok full video. Serius memang cool sangat. 

Then boleh tengok Cik Epal dan Jo dalam video, macam travelog and program realiti tv pon ada. Serius best. 

Yang kelakarnya, cara hidup diorang dekat sana dah macam gaya orang menetap dekat sana. Hahaha

Snapshot dari Teaser #1

Snapshot dari Teaser #2

Siapa la diorang punya videographer. Shot-shot semua lawa. Tak sabar nak tengok full video. Tadi ada juga dengar sedikit kata-kata Jo di IG Cik Epal. Diorang akan share pengalaman diorang travel dengan anak kecil iaitu Han. 

Walaupon baru berusia 2 tahun, Han ni sangat petah bercakap dan aktif. Tak sangka baru 2 tahun. Ingat dah besar dah. Bijak betul budak ni. Hehehe

Korang boleh tengok teaser part 1 dibawah :


Atau korang boleh tengok semua video dekat Youtube Channel Oh My Han di url yang iday share ini : https://www.youtube.com/channel/UCo_hlEMJVGQTHDN9m4jZA6Q

Full video dah keluar! Boleh check video di bawah :


 


Nanti kalau ada rezeki anak, anak laki bagi nama Abu (Islam nak nama ni) , perempuan pula Orked. So, kalau nak buat Youtube Chanel, letak nama Oh My Abu and Oh My Orkid. HAHA

Okay la, bye!

Oh. ni gambar last dengan Cik Epal. Tahun 2014? Hahaha 







Others Post




4 comments:

  1. hahah comel je buat YouTube Channel untuk anak.

    ReplyDelete
  2. slalu tgk insta story diorg. mmg syok gila! aritu ada skodeng photog diorg ni punya ig. tp lupa da apa nama dia :p

    ReplyDelete
  3. Mummy pun suka tengok Cik Epal and family.. Nanti nak skodeng la IG Han tu..

    Anw nama Orked dan Abu tu memang klasik. I Like!

    ReplyDelete

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive