Enter your keyword


Shopee Online Shopping Day 2017 - Jualan Hebat 20 Hari Diskaun Sehingga 90%




Hi Korang!

Especially yang suka shopping online. Shopee sekali lagi akan mengadakan "Shopee's 9.9 Online Shopping Day" yang menjanjikan tawaran yang lebih besar dengan sokongan ribuan usahawan Shopee yang membariskan ribuan produk yang akan dipromosikan menerusi kempen Jualan Harga Terendah Shopee. 


Sebenarnya Shopee pernah mengadakan jualan ini tahun lepas dan berjaya mendapat sambutan yang hebat dari pembeli di Malaysia. Jadi tahun ini, Shopee akan menawarkan ribuan produk dari 20 kategori dan menjamin harga yang terendah di pasaran.

Jualan "Shopee's 9.9 Online Shopping Day" akan berlaku selama 20 hari bermula 23 Ogos 2017 sehingga 11 september 2017. Jutaan pembeli online boleh menikmati ribuan tawaran harga sehingga 90% lebih rendah daripada pelbagai jenama termasuk Nestle, Watsons, Super, Unilever, ESH2U dan Senheng, termasuk manfaat lain daripada rakan rasmi seperti Petronas, KFC, Digi, 20th Century Fox, B Infinite dan banyak lagi.


Ini yang berlaku sepanjang 20 hari jualan "Shopee's 9.9 Online Shopping Day" :

23 Ogos - 25 Ogos

Pelbagai jenis kempen, potongan harga dan hadiah istimewa ditawarkan setiap hari



28 Ogos - 31 Ogos
Jualan Murah Merdeka Shopee - potongan harga sehingga 60%



9 Sept - 11 Sept 
Kemuncak  "Shopee's 9.9 Online Shopping Day" dengan tawaran :
→ Best of 9.9 (potongan harga sehingga 90%)
→ Upsized Shocking Sale (harga terendah untuk pelbagai kategori)
→ Potongan harga dari pelbagai jenis brand (Unilever, Watsons, Senheng dan banyak lagi)

Apa lagi yang best?

→ Setiap pembelian ke Shopee dari 22 Ogos hingga 9 september, akan menerima KFC Nuggets percuma dengan setiap penghantaran KFC.
→ Petronas melancarkan Kad Hadiah Edisi Terhad Petronas x Shopee bernilai RM50 pada harga RM45 (3000 unit). Manakal 9000 unit dijual di stesen petronas seluruh negara pada harga RM50 dan disertakan dengan voucar Shopee percuma bernilai RM5
→ Pembeli yang membeli dari 1-4 September berpeluang memenangi 2 tiket tayangan perdana filem "Kingsman : The Golden Circle" dari 20th Century Fox
→ B Infinite beri ganjaran jumlah point bernilai 999 dan 9999, jumlah keseluruhan 57000 untuk dimenangi.
→ Digi akan menawarkan baucar tunai pada harga RM9.90
Spin Kaw Kaw - Spin the wheel and menang hadiah!




Iday turut hadir ke pelancaran Jualan "Shopee's 9.9 Online Shopping Day" hari ini (22 Ogos 2017). Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee :



"Tahun ini kami mensasarkan jualan sehingga 5 kali ganda dan 3 kali ganda jumlah trafik"

Iday rasa itu tidak mustahil kerana melihat pada usaha Shopee yang memberikan tawaran terhebat untuk pembeli online terutama program Penghantaran Percuma Seluruh Negara dan Bayar Waktu Terima (Cash-on-Delivery)


Berikut adalah gambar-gambar sekitar event pelancaran "Shopee's 9.9 Online Shopping Day". 



 ↪ Host event 9.9 Online Shopping Day


 Sedikit ucapan dari Ian Ho, Regional Managing Director of Shopee

Antara media dan blogger yang hadir

 Lokasi event di Glasshouse Seputeh

  Sedikit penerangan tentang apa yang menarik sepanjang 9.9 Online Shopping Day

  Human vendine machine - pengalaman merasa sendiri Shocking Deals Shopee

 Human Vendine machine

 Iday dapat Nivea :p


 Konsep Spin Kaw-Kaw yang diterangkan oleh staff Shopee

  9 Days of unlock - hadiah menarik! Check FB Page Shopee untuk info lanjut

  Pelancaran 9.9 Online Shopping Day oleh Ian Ho


  Haha I think he love it :p


 Group photo of (Middle in White) Ian Ho , Regional Managing Director of Shopee Malaysia with the representatives from PETRONAS, 20th Century Fox, KFC, Unilever, RHB, Watsons, B Infinite, Super, Digi, L’oreal, Beiersdorf, Nestle and Tune Talk.

Untuk maklumat lanjut berkaitan manfaat dan penjimatan khas buat pembeli dalam talian di Malaysia bagi kempen 9.9 ini, layari laman sesawang www.shopee.com.my/99 atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini.





Jom shopping di www.shopee.com.my/99 sekarang! 


Kalau suka artikel ni, jangan lupa share!






Others Post




No comments:

Post a Comment

Follow My Instagram

Blog Archive