Avillion Bekerjasama Dengan Tanglir Hospitality Membuka Resort Mewah Di Bukit Tinggi



Bukit Tinggi merupakan salah satu tempat perlancongan popular di Malaysia. Lokasi yang strategik di kawasan berdekatan dengan hutan simpan Bentong  dan jauh dari kesibukan Kuala Lumpur menjadi pilihan mereka yang inginkan ketenangan. 



Oleh itu, Avillion Hotel Group Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian bersama Tanglir Hospitaility Sdn Bhd untuk membuka dan menguruskan hotel dan resort baru iaitu Avillion Bukit Tinggi @ Wu by Tanglir Bentong. 



Avillion Bukit Tinggi Resort @ Wu by Tanglir dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2020. Menurur Rab Sri Dato' Sri Samsudin, Pengerusi Avillion Group yakin yang projek ini akan berjaya dan menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara. 

Lokasi

Apa yang menarik tentang resort mewah ini kerana akan dibangunkan  seluar 9.575 ekar bersebelahan dengan sungai Tanglir. 



*modul

Struktur sungai itu akan dijaga supaya dapat dijadikan sebagai lokasi rehat dan reakreasi. Malah pokok buah-buahan yang sedia ada seperti durian dan manggis akan dibiarkan supaya dapat menarik perhatian pengunjung yang sukakan alam semulajadi.



Lokasi Avillion Bukit Tinggi Resort @ Wu by Tanglir sangat strategik kerana cuma 1 jam perjalanan dari KL dan berdekatan dengan Taman Tema Genting Highland yang akan di buka 2 tahun lagi. Pastinya akan menjadi lokasi penginapan pilihan ketika ia di buka nanti. 



Bilik

Avillion Bukit Tinggi @ Wu by Tanglir bakal mempunyai 120 unit bilik studio dan 87 vila dengan kos pembinaan sebanyak RM70 juta. 




120 unit bilik studi0 memiliki saiz ruang bilik 40sq meter. Manakala villa akan ada samaada 1, 2 atau 4 unit bilik tidur. 


Kemudahan Lain

Setiap unit disediakan kolam renang 14.8 sq meter untuk kegunaan peribadi. Antara kemudahan lain yang ada di sini termasuk lah :


* Kolam renang
* Spa mewah dengan tingkap kaca pemandangan kolam dan sungai Tanglir
* Kemudahan gim (RymBar @ WU)
* 2 tingkat restoran (Spice @ WU) 
* Bilik mesyuarat
* Ruangan lepak atas tingkat atas (The Terrace @ WU)
* Mini teater dan bilik karaoke (The Voice @ WU)
* Ruang untuk aktiviti istimewa seperti "events" atau majlis besar (perkahwinan dan lain-lain)



Managing Director of Tanglir Hospitality Sdn Bhd, Mr. Choo Yoke Cheong berkata syarikatnya tahu yang keputusan untuk bekerjasama dengan Avillion Hotel Group adalah pilihan yang tepat . 

Avillion Hotel Group dengan bangganya akan melancarkan pembukaan Avillion Cameron Highland pada bulan Disember 2017 dan tidak sabar untuk memulakan projek  Avillion Bukit Tinggi Resort @ Wu by Tanglir nanti.



Untuk info lanjut : 

Website : http://wubytanglirbentong.com/

Head Office Unique Project Development Sdn Bhd 
808, Block A, Level 8, Kelana Business Centre. 
97, Jalan SS7/2, Kelana Jaya, 47301 
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

T: 603 7886 3337 
M: 6012 736 3316








Others Post




2 comments:

  1. wah bagus ni, membangunlah Bukit Tinggi lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, pandai diorang pilih lokasi, dekt dengan sungai. hehe

      Delete

Follow My Instagram

Blog Archive