Enter your keyword


Dulu 2 Sekarang 3 #Alhamdulillah


Hi Korang!




Kemain lagu tajuk "Dulu 2 Sekarang 3 #Alhamdulillah".

Bukan apa, ada 2 cerita berkenaan dengan tajuk yang Iday pilih ni. 

Cerita Pertama


Semalam kawan blogger, AyueIdris dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Dulu berdua dengan suami, sekarang dah bertiga. Alhamdulillah mak dan baby sihat. Tadi baru Ayue upload gambar kaki baby comel tu dekat FB Ayue. 

Siap ada initial "A" dekat kaki baby tu. Hehehe


Ayue selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.57 kg pada 11 september 2017 pukul 1 pagi. 

Sebelum bersalin tu, ada 2 3 kali gak mesej Ayue and tanya bila dia nak bersalin. Haha 

Ayu cakap dijangka 9 September and Iday pulak suruh dia hold sampai 12 September. Tarikh anniversary perkahwinan Iday and Islam. Suka-suka hati je request. Haha

Alah, beza satu hari je Ayue. Haha

Apa-apa pon, Iday tak sabar nak jumpa Ayue dan baby nanti. Hehe

Cerita Kedua

Hari ni (12 September 2017) , genap 3 tahun perkahwinan Iday dan Islam. Betul la dengan tajuk tu kan. Dulu anniversari ke-2, Sekarang yang ke-3 pulak. Hehehe

Kejap je masa berlalu, rupa-rupanya dah 3 tahun hidup dengan Islam. Alhamdulillah sangat sama-sama dipanjangkan umur untuk kecapi rasa bahagia. Hamboi. Haha

Rezeki anak tu belum ada lagi. Usaha tu ada, tak dapat nak buat macam mana kan. Allah nak bagi Iday and Islam dating berdua lama-lama kot. Hahaha

Sepanjang kahwin ni, macam-macam cerita la ada. Kelakar ada, sedih ada, gaduh tu normal tapi jarang-jarang.  Iday pon ada juga update story tu dekat blog. Kalau korang nak baca, boleh check link di bawah :


A post shared by www.sayaiday.com (@sayaidaydotcom) on


Hahaha sebenarnya banyak lagi. Rajin dulu dok update cerita macam ni. Sekarang dah jarang-jarang. Kena start balik ni, sebab cerita-cerita macam ni yang buat jadi kenangan esok-esok. Hehehe


Okay la, itu je la nak cerita. Hahaha

Doakan kitorang cepat-cepat dapat baby ye :p








Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday 



Terima Kasih!






Others Post




2 comments:

  1. alahai comel je cerita2 korang ni. semoga korang dimudah dan dipermurahkan rezeki. aamiin

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive