Resepi Mudah Masak Lemak Cili Api Pisang Muda • RESEPI

6


Hi Korang!

Hari ni Iday nak share satu resepi yang sangat senang tetapi sedap iaitu Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api. Menu masak lemak cili api ni memang kegemaran Iday. Sebelum ni pon Iday ada share resepi Masak Lemak Pucuk Paku.


Kebetulan pula masa balik KL hari tu, mama (mak mertua) Iday bagi 1 tandan pisang muda. Katanya bagi peram sampai pisang tu masak. 


Jadikan cerita, hari tu Iday tengah fikir nak masak apa, then nampak pisang muda tu. Terus decide nak masak Pisang Muda Masak Lemak Cili Api. Maka jadi la post resepi ni untuk share dekat korang. Kalau korang suka, boleh cuba! Hehehe

Bahan-bahan yang diperlukan :

 6 biji pisang muda yang dikupas kulit dan dipotong bulat
 1 kotak santan (200ml)
 1 asam keping
 1/2 gelas air
 garam secukup rasa

Bahan kisar/tumbuk

 Cili padi : 10 biji (Tak suka pedas, boleh kurangkan)
 Segengam ikan bilis
 1 inci kunyit hidup

Cara memasak :

1. Masukkan bahan kisar/tumbuk ke dalam periuk. Kalau rajin, korang boleh tumbuk je. Tapi Iday dasar malas, semua nak mudah so Iday kisar sampai halus. Hehehe

2. Masukkan santan dan kacau

3. Bila mendidih, masukkan pisang muda yang telah di potong tadi. Boleh tambah air, tapi jangan terlalu cair. 

4. Masukkan asam keping. Iday biasanya akan letak sekejap je. Nak bagi kuah rasa masam-masam. Tapi dekat nak masak, Iday buang asam keping. 

5. Perasakan dengan garam secukup rasa. 

6. Biarkan hingga pisang empuk dan kuah pekat.

7. Siap dan boleh hidang, makan dengan nasi putih and ikan goreng! Sedap!



Senang sangat kan masakan masak lemak cili api ni. Kalau masak ni, memang licin sebab family Iday memang suka makan. Tengah taip resepi ni pon sambil telan air liur. Haha

Selamat mencuba! :)




Korang boleh check resepi lain di link ini : Resepi Blog Sayaiday

Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday 



Terima Kasih!



Tags

Post a Comment

6Comments
  1. Pernah rasa sekali masak lemak pisang ni . Offfice mate ccl yang bawakan .

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Nanti boleh cuba kalau ada pisang muda..

    ReplyDelete
  3. Nak best lagi boleh letak babat ke, udang ke, kaki ayam ke.

    ReplyDelete
  4. Akak suka makan lemak pisang muda ni, tapi tak tau camna nak masak, senang aja rupe nya ya, tak perlu bawang merah, bawang putih bagai, ke Iday terlupa nak tulis hehe, apa pon thanks for sharing, nanti akak try and update Iday ya

    ReplyDelete
  5. Terbaik resepi ni sis...boleh cuba nnti ni ^^

    ReplyDelete
Post a Comment