Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah (Gambar Cara Memasak Nasi Ayam)




Hi Korang!

Kali ini, Iday nak share cara-cara memasak Nasi Ayam yang simple dan sedap! Resepi ini Iday belajar dari mak Iday. Dulu ingat susah nak buat Nasi Ayam sebab banyak benda nak kena buat. Tapi rupa-rupanya kalau tahu cara, senang sangat. Hehe



Untuk buat Nasi Ayam ni, langkah pertama yang korang perlu buat adalah membuat air rebusan ayam. Air rebusan ayam ni la yang akan kita guna untuk masak nasi, sup ayam dan sos cili nasi ayam.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Air Rebusan Ayam

→ ayam yang dipotong ikut suka korang
→ 1 biji bawang besar (dihiris)
→ 1 inci halia (dihiris)
→ 2 ulas bawang putih (dihiris)
→ 1 kiub ayam (tanpa msg)
→ garam sedikit




Perapan Ayam




 2 ulas bawang putih ditumbuk
 2 sudu besar sos tiram
 2 sudu besar kicap manis
 2 sudu besar madu


Nasi

 3 cawan beras 
 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
 1 inci halia (ditumbuk)
 1 helai daun pandan
 Lemak dan kulit ayam (tips menyedapkan nasi ayam)
→ Air rebusan ayam
→ 2 titik sunquick (optional - mak selalu letak untuk bagi nasi lembut dan wangi)



Cili Nasi Ayam

 4-5 tangkai cili merah
 2 ulas bawang putih
 Air rebusan ayam
 Sedikit perahan limau nipis
 2 sudu cuka (optional)
 Garam secukup rasa




Kicap Nasi Ayam



 3 sudu kicap manis
 Air rebusan ayam
 Lebihan bahan perap ayam


Cara-cara memasak Nasi Ayam :


Air Rebusan Ayam

1. Mula-mula masukkan bahan-bahan air rebusan ayam kedalam periuk berisi air. 



2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak
3. Setelah masak, keluarkan ayam.



4. Air rebusan ini boleh digunakan untuk memasak nasi dan membuat sup

Tips : Sambil tunggu air rebusan ni masak, korang boleh rendam beras terlebih dahulu



Perap dan Goreng/Bakar Ayam

1. Campurkan semua bahan perapan ayam di dalam bekas



2. Kacau sebati
3. Lumurkan pada ayam dan perapkan seketika. Iday perap lebih kurang 15 minit sambil-sambil sediakan bahan sos cili nasi ayam. 





4. Kemudian, korang boleh goreng atau panggang ayam tersebut. Iday guna air fryer untuk goreng ayam iday tanpa minyak. Hehehe Tapi korang boleh juga goreng seperti biasa.



5. Jangan lama sangat sebab ayam tu dah masak, kita cuma nak rangup dan garing di bahagian luar.



Ataupon, korang boleh buat Ayam Bakar simple macam dalam video ni.



Nasi Ayam

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan lemak ayam.



2. Kemudian buang lebihan lemak ayam dan masukan halia serta bawang putih yang ditumbuk tadi.



3. Masukkan daun pandan dan kiub ayam
4. Kemudian masukkan beras. Pastikan sukatan beras sama dengan sukatan air rebusan ayam.

nota tepi : Korang masak nasi macam biasa, ikut kesesuaian jenis beras korang okay.



5. Kacau beras tadi bersama-sama bahan tadi, kemudian masukkan air dan masak di dalam periuk nasi.



6. Tunggu sehingga nasi masak :)



Cili Nasi Ayam


1. Kisar cili merah dan bawang putih bersama lebihan air rebusan ayam. Jangan terlalu banyak ye, ikut pada sukatan cili yang korang nak.



2. Masak di atas kuali, perahkan limau dan masukkan garam secukup rasa. 

3. Siap!

Kicap Nasi Ayam


1. Campurkan lebihan bahan perap ayam dengan air rebusan ayam.



2. Masukkan sedikit kicap.

3. Siap!

Sup Nasi Ayam


1. Masukkan daun sup yang telah dihiris

2. Boleh masukkan bawang goreng



3. Siap!


Dah siap pon Nasi Ayam kita. Senang je sebenarnya nak masak Nasi Ayam ni. Sebenarnya ini kali ke-2 Iday buat guna resepi yang sama. Setiap kali buat Nasi Ayam, mesti ada benda yang Iday improve nak bagi lagi sedap Nasi Ayam ni. Hehehe


Tapi so far, Nasi Ayam ni paling Iday suka, especially rasa ayam yang diperap tu. Memang tambah banyak kali lah. Hehehe 



Selamat mencuba!





Korang boleh check resepi lain di link ini : Resepi Blog Sayaiday

Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday 



Terima Kasih!







Others Post




21 comments:

  1. Esok boleh buat ni..lama xbuat nasi ayam..biasa lupa belek buku resepi.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe boleh cuba, then bahan-bahan dia memang mudah nak cari. hehe

      Delete
  2. CCL selalu perap kejap ayam tue untuk beberapa jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaah kalau perap lama memang lagi sedap. hehehe

      Delete
  3. sedapnya..nak cuba buat la ikut resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba hehehe ini resepi simple je. kira macam basic nasi ayam. hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Hehehe kannnn, rupanya senang nak buat nasi ayam. bila dah buat baru tahu senang. haha

      Delete
  5. biasa kalau mama buat nasi ayam..ayamnya tu mama perap dulu..rasa dia lebih mendalam gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mama, kala perap lama, mesti lagi sedap. terus rasa dalam-dalam isi ayam bahan perapan tu. hehehe

      Delete
  6. Sedapnya. Nasi pon nampak lembut je.
    Kiub ayam tanpa msg mcmna ya? Brand apa?

    ReplyDelete
  7. sedapnya nasi ayam.. terima kasih share resepi siap complete gambar lagi.

    www.bantalhotelhargaborong.blogspot.my

    ReplyDelete
  8. Nak rebus ayam berape lama yer?

    ReplyDelete
  9. Maaf bertanya...utk msk nasi..

    "4. Kemudian masukkan beras. Pastikan sukatan beras sama dengan sukatan air rebusan ayam."

    3cwn beras=3cwn air rebusan ayam kn mksud sis tu.Air memang tak bagi lebih sikit ke?

    ReplyDelete
  10. Saya nak try la.. Banayak versi sebenarnya kannn..

    Hopes kali ni menepati.. 😀

    www.cikgulia.com

    ReplyDelete
  11. saya dah try.. memang best!! terbaik resepi ni

    ReplyDelete
  12. Goreng ayam dalam airfryer tu set time brapa lama?

    ReplyDelete

Blog Archive