Tips/Cara Pantang Selepas Bersalin Hingga Turun Berat Dari 83KG - 43KG

0



Hi Korang, 

Hari ini Iday ada terbaca satu post di FB mengenai cara berpantang dari berat 83KG hingga 43kg dalam tempoh berpantang. Tip/cara ini memang terbaik untuk wanita yang bersalin terutamanya secara ceaser.



Walaupon Iday masih belum mengandung, belum ada rezeki lagi. Tapi, Iday akan kongsikan juga di dalam blog Iday supaya akan datang, Iday boleh amalkan cara-cara berpantang ni. Hehehe

Tip ini penting dan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah :

⤳ Supaya sentiasa nampak muda remaja
 Perut dan pinggang kembali ramping,
 Elakkan sembelit
 Anak bebas penyakit kuning
⤳ Badan ringan dan buang angin 
⤳ Kurang senggugut.
⤳ Kulit makin bersih

Luka bersalin juga akan pulih dalam tempoh 44 hari berpantang. Terima kasih kepada Sahira Lim kerana sudi kongsikan tip ini di Facebook beliau.

sumber : www.facebook.com/sahira.lim

Ingat ye, ini cara dan tip pantang dari Sahira. Kalau korang boleh ikut, korang ikut. Kalau tak boleh, mungkin cara ini tidak kena bagi korang. Hehe

1. Sepanjang tempoh berpantang. Sila lakukan perkara penting dibawah yang akan beri kesan jangka panjang dan untuk seumur hidup.

Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala. 

 Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening , migrain dan paling teruk meroyan 

 Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44 hari ( minimumkan ) 

 Wajib memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis.

 Sila minum air kopi sekali sehari.

 Air kosong 1 gelas sehari (Ini cara Sahira, kalau tak nak ikut, takpe. Ikut keperluan badan masing-masing.

 Minum air akar traditional ini untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula. 

 Analkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak dan tiada masalah sembelit. Yang penting perut cepat je kempis.

 Sila makan makanan rebus dan bakar sahaja semasa tempoh berpantang! Makanan berminyak tidak elok utk rahim, bahagian alat sulit dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin. 

 Lebihkan air oren sunquick / buah sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja untuk mempercepatkan proses penyembuhan. (Dr. Yang yang pesan dan berkesan)

 Bagi yang sembelit, sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta yang kesan dia lebih baik dari hospital kerajaan sediakan. Ini pendapat bedasarkan pengalaman tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu. 

 Jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan "teringin" kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi. Harap suami pon akan faham.

 Amalkan ikan haruan hidup , pegaga , untuk memperkemaskan lagi kedudukan rahim anda dan luka yang dipotong sewaktu anda di dalam proses pembedahan.

 Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.

 Makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah! Lebihkan lauk pauk, nasi mesti dalam kuantiti sedikit.

 Boleh makan biskut cracker kosong ! Jangan ada tambahan gula okay.

 Jauhkan diri anda dari terkena angin luar ( berjalan di dalam rumah sahaja ). Hal ini untuk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin. 

  Elakkan melakukan sebarang aktivity yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila. 

 Urusan anak serahkan pada family. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja. 


2. Elakkan perbuatan di bawah yang boleh mengundang badan masuk angin, badan kembang dan sentiasa sakit.

 Jangan menyapu / vacuum 

 Jangan basuh pinggan 

 Jangan sidai baju 

 Jangan angkat bath tub anak 

 Jangan kemas rumah 

 Jangan langgar pantang makan minum 

 Jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari (Jangan "bersama") 

 Jangan dukung anak kecil atau kucing 

 Jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja. 

 Berbengkung selepas setahun bersalin 

 Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja 

 Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin 



Kalau betul nak badan cantik dan sihat, jangan lupa tips dan cara pantang di atas. Dekat atas tu ada mention tentang Teh Herba. Sahira Lim ni pon memang ada jual teh herba yang dia sendiri amalkan. Korang boleh check FB dia ye :)

Dan nak pesan sikit, bagi yang tak suka amalkan atau ikut petua orang dulu-dulu, tak perlu ikut. Tiada paksaan. Nanti kalau kena sakit dekat badan sendiri, rasa sendiri. So, jangan kecam pula bila ada orang share tip/cara pantang. Mana boleh ikut, korang ikut. Tak boleh ikut, tak perlu ikut :)

So, ada tips dan cara pantang lain yang korang nak share? Boleh komen di bawah ye. 

Selamat mencuba :)

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)