Enter your keyword


Our Space : New Luxury Coworking In Malaysia [Open for Investment]


Hi Korang,

Korang pernah dengar trend co-working? Ramai orang especially kerja sendiri lebih suka pergi ke tempat lain selain dari rumah untuk buat kerja. Kadang-kadang mereka akan pergi ke coffee shop atau mamak. Tetapi boleh fokus ke dengan suasana kedai yang bising?

Kenapa bukan di rumah atau office?

Environment yang sama mungkin akan menyekat idea semasa buat kerja.

Oleh sebab ramai yang memilih untuk kerja di tempat lain, maka tercetuslah idea co-working space. Kalau kat Malaysia ni, banyak tempat yang menawarkan ruang tempat kerja yang menarik dengan pelbagai kemudahan.


Tetapi Ida lebih tertarik dengan “Our Space” kerana konsep “Human-Nature” yang ditekankan dalam dekorasi tempat ini.

Menurut Kevan Halliwell  iaitu Ceo “Our Space” , konsep co-working ini mempunyai banyak kelebihan seperti meningkatkan mutu kerja - memberi suasana yang lebih selesa untuk membuat kerja, menjimatkan wang, buka perluang berkongsi service dan menambah kenalan serta komunikasi.


Contohnya dalam satu tempat, kalau korang perlukan designer, korang boleh berinteraksi dengan orang ramai dari berbeza kerjaya. Terus boleh tukar kad dan berkolabrasi.

Disebabkan banyak permintaan tentang co-working space, Mastery Asia iaitu home grown global coaching and mentoring organisation in Malaysia telah membuat perjanjian dengan Our Space untuk bawa konsep co-working space ke Malaysia. Lokasi pertama yang di Malaysia adalah Kuala Lumpur.

Korang boleh check video di bawah, inforgraphic “Our Space” untuk lebih faham konsep yang mereka cuba sampaikan.



Ida memang suka suasana kerja yang ada konsep outdoor seperti daun-daun, kiranya konsep nature la. Siap ada sungai kecil lagi. Memang menarik. Rasa tenang nak buat kerja.

Apa yang menarik tentang “Our Space”, ada banyak kemudahan seperti internet yang laju, onsite IT support, free scanning and printing, unlimited tea, coffee dan minuman lain, private office, kelas fitness dan yoga, at-desk shoulder massages, coffee shop, “Tantrum Room” dan banyak lagi.



Ini suasana “Our Space” di Marbella, Spain. Konsep Human Nature yang juga bakal dilaksanakan di Malaysia.





Menarik kan? Memang seronok kalau buat kerja dalam suasana seperti ini. Boleh tingkatkan mutu kerja dan kurangkan stress.

Menurut KC See iaitu founder of MasteryAsia, beliau bangga kerana Our Space memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi Our Space dan yakin akan dapat penerimaan yang baik dari rakyat Malaysia khususnya para pekerja yang berkerja sendiri atau di pejabat.

Ida harap target mereka untuk buka 50 coworking centre di 12 buah bandaraya di seluruh dunia akan tercapai dan Ida tak sabar untuk tengok lokasi Our Space di Malaysia.

Berita baik untuk inverstor di Malaysia, Our Space ada buka peluang untuk invest dalam projek ini di Malaysia Market. Bayangkan dengan trend coworking yang makin popular, tak mustahil akan dapat generate revenue yang lumayan.  

Untuk info lanjut, korang boleh check maklumat di bawah :

FB : https://www.facebook.com/pg/ourspace.work/
Instagram : https://www.instagram.com/ourspace.work/

Mastery Asia : http://masteryasia.com/
FB : https://www.facebook.com/masteryasiaofficial/






Others Post




12 comments:

  1. Ni dah bukan macam office heheheh santai sangat tak leh buat kerja macam ni.. Tapi harap satu hari ada business dan ada pejabat macam ni hehehe...

    ReplyDelete
  2. I suka workspace gini - kalau time nak belajar atau menulis thesis, I suka pegi tempat gini hahaha

    ReplyDelete
  3. wahhh menarik betul idea ni! boleh jimat ruang dan membina jaringan kenalan yang lebih besar! tak sabarnya nak tengok idea ni terlaksana di Malaysia!

    ReplyDelete
  4. Seriously menarik..tak sabarnya nak tengok our space kat malaysia bila dah siap.

    ReplyDelete
  5. Harap-harap dapat menjana lagi pertumbuhan ekonomi di negara kita ini

    ReplyDelete
  6. Wah dah makin byk concept mcm ni..bagus nya..last time my friend penah guna service mcm ni..harga mcm mana pulak tu?

    ReplyDelete
  7. Excited pula dengan benda-benda baru macam ni..

    ReplyDelete
  8. best juga idea ni. boleh buat kerja dengan aman dan tenang dekat sini hee

    ReplyDelete
  9. Bestnya suasana office macam ni. Sure tenang dan senang dapat ilham

    ReplyDelete
  10. Menarik sangat. Best kalau dapat workplace macam ni.

    ReplyDelete
  11. Rasa macam dah komen, tapi macam tak ada hihi, tak apalah komen sekali lagi lah jugak hihi.. memang best kalau ada workspace macam ni kan akak poin dont mind.. suka

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive