Viral Video Fattah Amin Dan Janna Nick : Ini Babak Sebenar Dalam Coffee Prince Versi Korea

3

Hi Korang!

Tengah google "Coffee Prince Fattah Amin Janna Nick" ke tu? 




Tadi ramai netizen yang bising dan meluahkan rasa tak puas hati dengan scene lakonan Fattah Amin dan Janna Nick untuk lakonan drama terbaru adaptasi Coffee Prince. 



Kalau nak ikutkan, Iday sendiri terkejut bila drama tu di adaptasikan sebab agak banyak scene untuk budak umur 16 tahun ke atas. 

Lagi-lagi sinopsis cerita Coffee Prince sebenar adalah tentang seorang lelaki yang mengambil alih sebuah coffee shop dan mula jatuh cinta pada salah seorang pekerja coffee shop tersebut yang dianggapnya sebagai seorang lelaki. 


Kiranya, pada awalnya dia ingat dia songsang la sebab suka pada yang sejenis. Tapi rupa-rupanya pekerja tersebut adalah perempuan yang bersikap seperti lelaki. 


Mungkin Michael Ang ada ubah jalan cerita atau babak-babak yang kurang sesuai tu. Kita takkan tahu selagi kita belum tengok drama tu. 


Tapi, bila tersiarnya video di sebalik tabir salah satu babak lakonan dalam Coffee Prince versi Malaysia di mana Fattah Amin akan berlakon konon-konon k**s Janna Nick. 


Kalau ikut cerita korea, watak utama iaitu Choi Han-kyul nak gagalkan "blind date" yang di atur oleh neneknya dengan konon-konon dia ada hubungan dengan lelaki sejenis iaitu Go Eun-chan. Babak tersebut ada dalam Coffee Prince Episod 2.


Ini screenshot dan video babak sebenar dari Coffee Prince versi Korea :













Video tersebut pada minit ke 26:27. 


Snapshot di sebalik tabir babak Coffee Prince versi Malaysia (Fattah Amin & Janna Nick) :



Scene kena pukul, sama macam babak sebenar.



Video dekat youtube banyak. Google je "Coffee Prince Fattah Amin Janna Nick". 

Sebenarnya diorang pon bukan k**s betul-betul, cuma melakonkan scene yang sama dalam drama Coffee Prince versi Korea. Cuma nampak seakan-akan dan kurang sopan lagi-lagi bila dua-dua Islam. Itu yang netizen triggered habis. 


Iday pon tak pandai nak komen isu ni. Iday cuba nak tunjuk dekat korang scene sebenar dari Coffee Prince versi Korea sebab Iday rasa tak ramai yang tengok drama korea ni kan? 


Kecuali diorang tu hantu drama korea macam Iday. Haha



So, apa komen korang? Peminat drama korea approve tak dengan adaptasi drama ni? Agak-agak berjaya tak? Hehehe

Post a Comment

3Comments
  1. taksabar nak tunggu cerita ni kluar 😂 nak tengok reaksi penonton je hehe

    ReplyDelete
  2. saya layan coffee prince tu... best! bab lawan makan mi hitam tu, adoi...
    tak tahu dalam cofee prince malaysia ni ada ke tak ...

    ReplyDelete
  3. tak sesuai la scene mcm ni buat kat malaysia

    ReplyDelete
Post a Comment