Drama-Drama Korea Wajib Tonton : Oktober

Monday, October 16, 2017

Hi Korang!


Artikel kali ini Iday nak share tentang drama-drama korea best sepanjang bulan Oktober. Kiranya drama yang baru ditayangkan di bulan Oktober. 


Sebagai pengenalan kepada mereka yang baru masuk ke blog Iday ni, Iday seorang kaki drama korea. Iday memang tengok semua jenis genre drama korea, tak kisah la siapa hero atau heroin. So, Iday memang selalu update dengan drama-drama korea baru. Hehehe


Untuk bulan Oktober ni, banyak drama-drama Korea yang best-best. Kalau korang peminat drama Korea, boleh check senarai di bawah ye :) 





While You Were Sleeping

Drama ni sebenarnya ditayangkan pada 27 September 2017, tapi Iday tetap masuk dalam senarai drama-drama korea best bulan Oktober.




Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita (Bae Suzy) yang boleh melihat masa depan di dalam mimpinya. Kadang-kadang beliau boleh melihat kemalangan. Seorang peguam (Lee Jong-Suk) juga mengalami mimpi yang sama, berusaha untuk mengelakkan kemalangan tersebut berlaku. 





Bagi Iday, cerita ini best sebab kita tak akan dapat predict jalan cerita. Episod pertama pon dah mind-blowing gila. Kalau korang pernah tengok W lakonan Lee Jong-Suk sebelum ni, mesti korang akan suka drama ni.




Drama ini ditayangkan di Korea setiap hari Rabu dan Khamis. Kalau dekat Malaysia ni, korang boleh tengok online hari Khamis dan Jumaat. Korang boleh check link di bawah untuk tengok online : While You Were Sleeping 



20th Century Boy and Girl




Apa yang Iday suka tentang drama ini adalah, watak utama lelaki drama ini iaitu Kim Ji-Suk. Kalau korang nak tahu, Kim Ji-Suk ni selalu pegang watak sampingan and finally dia dapat pegang watak utama. Iday memang suka lakonan dia. 


Paling best dia dapat bergading dengan pelakon cantik Korea iaitu Han Ye-Seul. Suka semua drama lakonan Han Ye-Seul. 



Drama romatik komedi ini mengisahkan tentang hubungan antara 3 orang wanita yang lahir pada tahun 1983. Antara 3 orang wanita tu adalah Han Ye-Seul. Lelaki yang pernah mereka suka semasa remaja datang hidup diorang. Drama ni basically tentang hubungan cinta, hubungan antara kawan dan kekeluargaan. Memang best. 

Ulasan Iday tentang drama ni selepas tengok 4 episod, Iday suka! Serius best! Han Ye-Seul dalam drama ni kira selebriti popular yang dah lama dengan industri hiburan Korea. Dalam drama ni memang nampak watak Han Ye-Seul ni bijak selesaikan masalah. Kawan-kawan yang banyak tolong dan family yang memahami. Memang best. Hehe


Tapi awal-awal Iday cakap, drama ni 32 episod. Mula ditayangkan pada 9 Oktober. Ditayangkan di Korea pada hari Isnin dan Selasa ( 35 minit/2 episode sehari). Kalau dekat Malaysia, korang boleh tengok hari Selasa dan Rabu. Korang boleh check link di bawah untuk tengok online : 20th Century Boy and Girl








Because This Is My First Life 

Drama ini mengisahkan tentang Nam Se-Hee (Lee Min-Ki) seorang lelaki bujang pada usia 30-an yang memilih untuk tidak akan berkahwin sampai bila-bila. Dia memiliki sebuah rumah tetapi berhutang banyak kerana membuat pinjaman rumah dengan bank. 




Yoon Ji-Ho (Jung So-Min) seorang wanita bujang pada usia 30-an dan putus asa untuk bercinta kerana masalah kewangan yang menimpanya. Dalam satu situasi yang merumitkan, mereka telah menjadi rakan satu rumah. 

Ulasan Iday tentang drama ni setakat ini, cerita santai dan boleh layan. Tapi Iday suka dengan watak lelaki utama dalam drama ni. Seorang yang pelik tapi hensem. Haha


Watak utama drama ini pernah jadi pelakon utama Playfull Kiss.

Drama ini ditayangkan pada hari Isnin dan Selasa waktu Korea. Korang boleh tengok secara online di link bawah : Because This Is My First Life


Black 


Satu lagi drama fantasi iaitu mengisahkan tentang seorang lelaki yang dirasuk oleh Grim Reaper. Ha-Ram pula boleh melihat bayangan kematian. Kedua-dua orang ini berusaha menyelamatkan orang walaupon bercanggah dengan hukum alam. 



Ini drama ke-2 Iday tengok dekat channel OCN selepas "Save Me". Save Me memang terbaik so Iday cuba untuk tengok drama ni. Iday suka dengan genre drama ni iaitu fantasi, romantik dan thriller. 





Best sebab watak utama wanita drama ni boleh tengok bayangan hitam kematian tu. So, dia kena pakai spek mata hitam. Tapi memang seram bila part yang dia nampak semua bayangan hitam tu, sebab memang muka hantu.  




Drama ini ditayangkan pada hari sabtu dan ahad waktu Korea. Korang boleh tengok secara online di link bawah : Black




Go Back Couple

Antara drama kegemaran Iday untuk bulan Oktober ni. Ini pon genre fantasi. Drama ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Choi Ban-Do (Son Ho-Jun) dan Ma Jin-Joo (Jang Na-Ra) yang masing-masing berusia 38 tahun. Mereka mempunyai seorang anak. 

Kehidupan mereka berubah selepas kahwin walaupon mereka saling mencintai ketika sebelum kahwin. Keadaan menjadi teruk apabila mereka bercerai. 



Namun, pada satu hari, mereka bangun dan menyedari yang mereka telah kembali ke zaman 20-an. 

Cerita ni kelakar tapi ada satu part sedih sampai Iday nangis okay. Mak Ma Jin-Joo dah meninggal, so bila dia balik ke zaman 20-an, dia macam berkepit dengan mak dia sampai mak dia rasa pelik. Comel tapi sedih. 


Drama 16 episod ini ditayangkan pada hari jumaat dan sabtu. Korang boleh tengok secara online di link bawah : Go Back Couple



The Package



Satu sebab utama Iday nak tengok drama ini adalah watak utama dipegang oleh Jung Yong-Hwa. Dah lama tak tengok dia berlakon. 



Drama 12 episode ini mengisahkan tentang Yoon So-So (Lee Yeon-Hee) seorang wanita yang berkerja sebaga tour guide di Paris. Kemudian dia ditugaskan untuk menjadi travel guide untuk beberapa traveller yang membeli pakej dari syarikatnya. 





Seramai 7 orang traveller dan masing-masing mempunyai kisah tersendiri. San Ma-Roo (Jung Yong-Hwa) datang ke Paris selepas ditinggalkan oleh teman wanitanya. 

So, nanti ada story la sepanjang lawatan Paris. Iday dah tengok sampai episod 2 tapi belum dapat agak jalan cerita macam mana. 

Drama ni ditayangkan pada hari Jumaat dan Sabtu. Korang boleh tengok online di link bawah : The Package


Drama-drama lain yang best dan korang boleh tengok di senarai bawah :


















So, yang mana drama kegemaran korang?


Senarai 100+ Kes Kematian Pemain Yang Berlaku Ketika Perlawanan Bola Sepak

Monday, October 16, 2017

Hi Korang, 

Mula-mula Iday nak ucap salam takziah buat keluarga Chorul Huda atas apa yang berlaku. Chorul Huda merupakan lagenda bola sepak Indonesia. Beliau meninggal dunia di hospital selepas dadanya terkena hentakan ketika perlawanan kelab hari ni (15 Okt). 



Iday dah tengok video tu, memang menakutkan sebab jelas dalam video, beliau merintih kesakitan dan mukanya kelihatan pucat lesi. Korang boleh tengok video di bawah. 


Chorul Huda meninggal dunia di hospital selepas mengalamai kesakitan pada dada. Doktor mengesahkan Chorul Huda meninggal dunia kerana kecederaan pada kepala dan bahagian belakang leher.

Iday ada google tadi, rupanya kes kematian ketika perlawanan ni sudah berlaku sejak tahun 1989 (sumber : wiki). Korang memang takkan dapat bayangkan jumlah kematian. Punca kematian bukan sahaja kerana kecederaan tetapi faktor kesihatan.

Iday ada senaraikan 100+ kes kematian yang berlaku ketika perlawanan di bawah :

-->
Tarikh NamaTeamSebab Kematian
13 January 1889William CropperStaveleyRuptured Bowel
11 January 1892James "Daddy" DunlopSt MirrenTetanus
25 May 1896James LoganLoughborough F.C.Pneumonia
29 November 1896Joe PowellWoolwich ArsenalBlood Poisoning dan Tetanus
January 1900James CollinsSheppey UnitedTetanus
27 August 1902Di JonesManchester CityKelukaan pada lutut menjadi teruk
27 October 1906David "Soldier" WilsonLeeds CitySakit Jantung
8 April 1907Tommy BlackstockManchester UnitedKecederaan pada kepala
January 1908Frank LevickSheffield UnitedPneumonia
29 December 1909James MainHibernianKecederaan pada perut selepas bertembung dengan pemain lain.
19 February 1916Bob BensonArsenalSaluran darah pecah
7 January 1921Horace FairhurstBlackpoolKecedaraan pada kepala
22 May 1921Nikola GazdićHajduk SplitBatuk Kering
14 November 1921Joshua WilkinsonDumbartonPeritonitis
11 November 1923Tom ButlerPort ValeTetanus selepas tulang lengan patah
4 April 1927Albert Van CoileCercle BruggeKecederaan selapas bertembung dengan panjaga gol
3 May 1927David ArellanoColo-ColoParitonitis selapas bertembung dengan pemain lain
30 April 1927Sam WynneBuryPnemonia
5 September 1931John ThomsonCelticKecederaan tengkorak
17 June 1933Jón KristbjörnssonValurKecederaan pada kepala
1 December 1934Sim RaleighGillinghamKecederaan pada kepala
5 February 1936Jimmy ThorpeSunderlandKederaan ketika bermain, tetapi meninggal akibat diabetis
20 February 1949Gustav FählandTSV BraunschweigPendarahan dalaman
1 April 1951MitotônioCearáPengsan ketika perlawanan dan kemudian meninggal akibat Stomach Congestion
August 1953John KirkbyWrexhamPengsan ketika perlawanan dan kemudian meninggal akibat Sakit Jantung
14 July 1963Constantin TabarceaPetrolul PloieştiPengsan ketika perlawanan dan kemudian meninggal
1 November 1966Petar RadakovićNK RijekaPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
25 February 1967Tony AlldenHighgate UnitedDipanah Kilat
1 July 1973Nikola MantovFK OsogovoSakit Jantung
16 December 1973PavãoF.C. PortoSakit Jantung
18 May 1977Tony AveyardScarboroughKecederaan pada kepala
30 October 1977Renato CuriPerugiaSakit Jantung
23 September 1984Erik JongbloedDWSDipanah Kilat
15 January 1987José Antonio GallardoCD MálagaBerlanggar ketika perlawanan
23 August 1987Paulo NavalhoAtlético Clube de PortugalMasalah Kesihatan
12 August 1989Samuel OkwarajiNigeriaPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
8 September 1990David LonghurstYork CitySakit Jantung
2 February 1993Michael KleinBayer UerdingenSakit Jantung
1 September 1993Gabor ZsiborasMTKPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
30 April 1995Mukandi TsimayaAtromitos F.C.Kecederaan pada leher kerana terkena bahu pemain lain
25 August 1995Michael GoddardDundelaDipanah Kilat
29 October 1995Amir AngweJulius Berger F.C.Sakit Jantung
4 January 1997Hédi BerkhissaEsperance Sportive de TunisSakit Jantung
4 April 1997Waheeb JabaraHapoel TaibeSakit Jantung
February 1998Robbie JamesLlanelli A.F.C.Masalah Kesihatan
28 April 1998Axel JüptnerCarl Zeiss JenaSakit Jantung
January 1999Ferenc BiroNirajul Miercurea-Nir.Kecederaan pada kepala
24 July 1999Stefan VrăbioruAstra PloieştiMasalah Jantung
January 2000Daniel OrbeanuCaraimanul BuşteniMasalah Kesihatan
February 2000John IkoromaAl-Wahda S.C.C.Pengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
2 April 2000Eri IriantoPersebaya SurabayaKegagalan jantung berfunsi
21 May 2000Hocine GacemiJS KabylieKecederaan pada kepala
30 May 2000Ivan KrstićRadnički NišDipanah Kilat
5 October 2000Cătălin HîldanDinamo BucharestSakit Jantung
29 August 2001Serhiy PerkhunCSKA MoscowKecederaan pada kepala
20 February 2002Cristian NeamțuUniversitatea CraiovaDipanah Kilat
October 2002Marcio Dos SantosDeportivo WankaSakit Jantung
24 October 2002Hernán GaviriaDeportivo CaliDipanah Kilat
27 October 2002Giovanni CórdobaDeportivo CaliDipanah Kilat
December 2002Stefan ToleskiFK NapredokPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
9 March 2003Marvin LeeTrinidad and Tobago national under-20 football teamBerlanggar ketika perlawanan
26 June 2003Marc-Vivien FoéCameroonPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
9 August 2003Ali BakarMalaysia and PenangSakit Jantung
25 January 2004Miklós FehérBenficaCardiac Arrest
29 February 2004Danny OrtizCSD MunicipalBerlanggar ketika perlawanan
27 October 2004SerginhoSão CaetanoCardiac Arrest
5 December 2004Cristiano JúniorDempo Sports ClubPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
12 April 2005Paul SykesFolkestone InvictaPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
27 May 2005Alin PaicuMinerul MătăsariSakit Jantung
12 June 2006Rasmus GreenNæstved BKSakit Jantung
30 August 2006Mohamed AbdelwahabAl-AhlyMasalah Jantung
9 September 2006Matt GadsbyHinckley UnitedPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
18 September 2006Nilton Pereira MendesFC Shakhter KaragandyPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
27 March 2007Ivan KaračićNK Široki BrijegSakit Jantung
19 August 2007Anton ReidWalsallPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
28 August 2007Antonio PuertaSevilla FCCardiac Arrest
29 August 2007Chaswe NsofwaHapoel BeershebaMasalah Jantung
29 December 2007Phil O'DonnellMotherwellPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
9 February 2008Guy TchingomaFC 105 LibrevillePengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
16 February 2008Hervé KingRingmerPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
3 April 2008Hrvoje ĆustićNK ZadarKecederaan pada kepala
31 May 2008Rustem BulatovTorpedo SDYuSShOR KalugaJatuh sakit
15 March 2009Jumadi AbdiPKT BontangPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
3 April 2009Víctor Hugo ÁvalosVilla FloridaSakit Jantung
26 May 2009Orobosan AdunWarri Wolves FCDicederakan oleh peminat
8 August 2009Daniel JarqueRCD EspanyolCardiac Arrest
15 November 2009Maurizio GrecoTuS Güldenstern StadePengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
24 January 2010Yannick DagoArras FootballSakit Jantung
6 March 2010Endurance IdahorAl-MerreikhSakit Jantung
8 March 2010Bartholomew OpokuKessben F.C.Pengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
May 2010Goran TunjićMladost FCSakit Jantung
2 May 2010Ambrose WlehInvincible ElevenMasalah Jantung
18 August 2010Victor OmogbehinIlford F.C.Pengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
8 May 2010Wilson MenePrek Pra KeilaPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
10 November 2010Benjamin OwusuCavaliers FC ParakouPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
12 December 2010Emmanuel OgoliOcean Boys F.C.Pengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
12 April 2011Lokissimbaye LokoFC BeaumontoisSakit Jantung
4 August 2011Naoki MatsudaMatsumoto Yamaga F.C.Cardiac Arrest
13 November 2011Bobsam ElejikoK. Merksem S.C.Pengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
15 March 2012D. VenkateshBangalore MarsCardiac Arrest
14 April 2012Piermario MorosiniLivornoCardiac Arrest
5 May 2012Mohamed Lemine Ould M'BoyeASC Nasr Zem ZemCardiac Arrest
5 August 2012Chinonso Ihelwere HenryDelta TulceaPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
7 October 2012Joshua PeppleLKS Pomorzaninem NowogardSakit Jantung
20 October 2012Jaouad AkaddarHassania AgadirSakit Jantung
2 April 2013Quentin MargueritteUSON MondevilleCardiac Arrest
20 April 2013Dominik RuppFSV HemmersdorfCardiac Arrest
16 May 2013Berat SacipiSV Inter ItzehoeCardiac Arrest
17 June 2013Mohammad FahadAl-SulaibikhatBerlanggar ketika perlawanan
21 June 2013Alen PamićNK Istra 1961Sakit Jantung
21 July 2013Yair ClavijoSporting CristalMasalah Kesihatan
27 July 2013Sékou CamaraPelita Bandung RayaSakit Jantung
30 July 2013Matthias VierecklSC Marchtrenk
17 November 2013Alex Marques[90]G.D. TourizenseCardiac Arrest
23 December 2013Jamie SkinnerTynecastleCardiac Arrest
19 May 2014Akli FairuzPersirajaBerlanggar ketika perlawanan
23 August 2014Albert Ebossé BodjongoJS KabylieBedah siasat menunjukkan mati dipukul
19 October 2014Peter BiaksangzualaBethlehem VengthlangMati akibat kecederaan
10 November 2014Dipak AdhikariAbu Dhabi Police Force TeamBerlanggar ketika perlawanan
28 March 2015Ben HiscoxStoke GiffordKecederaan pada kepala
30 April 2015Gregory MertensSporting LokerenBerlanggar ketika perlawanan
11 May 2015Tim NicotBeerschot-WilrijkMasalah Jantung
14 May 2015Emanuel OrtegaSan Martín de BurzacoKecederaan pada kepala
24 May 2015Cristian GómezClub Atlético ParanáMasalah Jantung
31 May 2015Shetemi AyetigboBelvederePengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
13 June 2015David OniyaT-TeamPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
7 July 2015Junior DianTonbridge AngelsPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
15 October 2015Sergei FilippenkovFC Zenit Penza
1 May 2016Stefan PetrovskiMelaka UnitedDipanah Kilat
6 May 2016Patrick EkengDinamo BucureștiPengsan Dan Kemudian Meninggal Dunia
7 May 2016Bernardo RibeiroFriburguenseSakit Jantung
9 May 2016Jeanine Christelle DjomnangFemina Stars Ebolowa, Cameroon national teamSakit Jantung
16 July 2016Antony StottThirroul ThunderCardiac Arrest
15 August 2016Michael UmanikaZagatalaSakit Jantung
11 September 2016Ben Idrissa DerméAJ BigugliaSakit Jantung
13 September 2016Dan WilkinsonShaw LaneCardiac Arrest
26 April 2017Moïse Brou ApangaFC 105 LibrevilleSakit Jantung
28 April 2017Gofaone TiroTownship RollersSakit Jantung
3 June 2017Aseged TesfayeEthiopian CoffeeSakit Jantung
5 June 2017Cheick TiotéBeijing EnterprisesSakit Jantung

Paling banyak adalah sakit jantung dan ada juga kematian yang disebabkan oleh terkena panahan kilat. Patutla orang cakap, insurans pemain bola ni tinggi. 

Iday ada baca satu artikel iaitu "Senarai Ahli Sukan Yang Menginsurankan Bahagian Tubuh" dan ada satu pemain iaitu penjaga gol telah menginsurankan tangannya sebanyak RM70.67 juta. Gila banyak kan! 

Korang boleh tengok senarai penuh di link ini : Senarai Ahli Sukan Yang Menginsurankan Bahagian Tubuh

Ini baru sukan bola sepak, belum lagi sukan-sukan lain. 

Apa pandangan korang tentang kemalangan ini? Boleh share di ruangan komen di bawah ye. 


Follow My Instagram

Blog Archive