10 Fakta Tentang Bisik Pada Langit Yang Korang Tak Tahu!

0

Hi Korang, 

Hari tu Iday ada tulis review tentang drama Bisik Pada Langit, rupanya ramai yang tengok dan bagi komen pada artikel tersebut. Terima kasih korang sebab sudi singgah dekat blog Iday. Hehehe


Kalau korang nak baca review, boleh check link di bawah :




Sebenarnya tadi Iday baru tengok video yang diupload oleh Astro Shawn di Youtube tentang 10 fakta yang ramai orang tak tahu tentang Bisik Pada Langit. Memang menarik dan Iday paling terkejut, fakta yang ke-9. Memang gila kagum. 




Nak tahu apa 10 fakta tu? Boleh check video di bawah, Iday pon ada ulasan untuk semua fakta di bawah video ini. 





Fakta 1 : Asalnya untuk Astro First Eksklusif, kemudian diangkat menjadi sebuah filem


Ulasan Iday : Iday tahu ramai yang bagi feedback negatif yang cakap, filem ni patut dekat tv je. Memang sepatutnya filem ni dekat tv, tapi ada orang nampak potensi untuk dijadikan sebuah filem. Tapi kalau korang yang tergolong dalam kategori tak nampak potensi filem ni, memang tak dapat nak tolong la. 


Iday sendiri tahu tentang filem ni dari Beto masa awal-awal dia promote untuk Astro First. Tapi asyik kena tunda sampai la di tayangkan dekat filem. 


Fakta 2 : Ummi Nazeera dilamar memegang watak sebagai Hajar, setahun sebelum produksi dijalankan


Ulasan Iday : Iday sebenarnya suka tengok Ummi Nazeera berlakon, dulu jadi watak sampingan dalam Nur Kasih, tapi suka tengok dia berlakon. Then jadi pelakon dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, dalam filem tu, nampak lembut sangat. 


Kemudian makin menyerlah dalam drama Patahnya Sebelah Sayap. Memang serasi betul dengan Aeril Zafrel. Memang tepat la pemilihan dia sebagai Hajar dalam filem Bisik Pada Langit.


Fakta 3 : Cucu kepada Jalil Hamid meninggal semasa pengembaraan di jalankan


Ulasan Iday : Iday ada baca post dari FB Beto Kusyairy. Menurut Beto, Jalil Hamid mendapat perkhabaran ketika shooting di tepi pantai. Waktu tu patutnya diorang shoot yang scene family photo. 


Kalau korang perasan, ada satu scene yang Zaidi bawah watak Jalil Hamid ke Tanjung Piai selepas terima berita buruk melalui telefon. Scene tu memang sedih gila, maybe sebab perasaaan tu memang real. 


Salam takziah buat uncle Jalil Hamid dan keluarga. 


Fakta 4 : Watak Naim Daniel dilempang betul-betul semasa pengambaraan


Ulasan Iday : wei,sakittttt. Memang kuat kot dia tampar. Hebat Naim Daniel, kalau Iday dah menangis meraung. Haha


Iday skip Fakta 5Fakta 6 dan Fakta 7 sebab tak de ulasan untuk fakta tersebut. 


Fakta 8 : Filem ini sebenarnya diadaptasi ke Novel bukan diadaptasi dari Novel

Ulasan Iday : Ramai yang salah faham, ingat filem ini diadaptasi dari Novel. Apa la. 


Fakta 9 (Ini kegemaran Iday) : Ketika scene tengok video Hajar, sebenarnya mereka hanya tengok laptop kosong. Tetapi berjaya menjiwai watak dalam scene tu. 

Ulasan Iday : Wei, aku pon nangis tengok scene tu. Sebak gila. Tengok muka mak ayah dia, then Beto menangis teruk kot. Hebat la lakonan diorang. Memang tabik spring! 


Fakta 10 : Filem ini melibatkan 6 lokasi utama untuk pengembaraan

Ulasan Iday : Hospital Shah Alam rupanya. hehehe




Okay itu je la ulasan Iday tentang 10 Fakta Tentang Bisik Pada Langit ni. Iday sebenarnya nak tengok lagi drama ni. Haha Nak tengok dengan mak abah pulak. Tapi malu nak nangis depan diorang. Hehehe

Pada yang dah tengok, apa komen korang tentang filem ini?

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)