AirAsia X Mengendalikan Penerbangan Terus Ke Pulau Jeju


Hi Korang, 

Berita baik untuk mereka yang nak ke Korea tetapi hanya ke Jeju Island kerana AirAsia X mengumumkan Jeju, Korea Selatan sebagai destinasi terbaharu hari ini, bagi penerbangan terus 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke pulau indah Jeju dengan tambang promosi dari RM199 sehala. 



Wahhh, lepas ni senang la kalau korang nak terus ke Jeju Island. 

Promosi istimewa tambang termasuk semua dari RM199 bagi tempat duduk ekonomi dan RM899 sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed ini akan bermula dari 10 sehingga 15 October 2017 bagi tempoh perjalanan dari 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018, tersedia untuk tempahan di airasia.com. 

AirAsia X CEO, Benyamin Ismail berkata, “Kami amat bangga menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan terus ke Jeju, Korea Selatan dari Kuala Lumpur, menghubungkan pulau indah tersebut dengan Malaysia dan seluruh Asia melalui hub LCC Asia. 



Pulau Jeju adalah destinasi yang amat istimewa dengan tarikan sepanjang tahun yang sesuai untuk semua jenis pelancong, sama ada pengembara solo atau kumpulan, keluarga atau berbulan madu. 

Pulau Jeju, juga dikenali sebagai destinasi pilihan bagi pengambaran drama bersiri korea adalah sebuah pulau gunung berapi yang indah yang terletak 64 kilometer di selatan Semenanjung Korea. Ia adalah pulau percutian yang paling popular di negara ini, dengan lebih daripada 70% pengunjung menjadi pelancong domestik ke Pulau yang telah dikenali sebagai "Hawaii Korea Selatan."

 Jeju mempunyai Tapak Warisan Dunia UNESCO Pulau Vulkanik Jeju dan Tiub Lava yang termasuk Gunung Halla, gunung tertinggi di Korea Selatan dan gunung berapi tidak aktif, tiub lava Geomunoreum dan landskap dramatik kon batuan volkanik Seongsan Ilchulbong. 

Antara tarikan lain termasuk Jeju Olle Trail yang indah, air terjun Cheonjiyeon yang menakjubkan, pantai Hyeopjae dan banyak muzium bertema khas, menjadikan Pulau Jeju sebagai destinasi untuk semua peringkat umur sepanjang tahun.


Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktivit terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook(facebook.com/AirAsia).




Others Post




1 comment:

  1. Bestnya. Senang la nanti tak perlu transit dlu. Hehe

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive