De Centrum Mall @ Kajang | Majlis Pelancaran Shopping Mall Baru Di Kajang




Hi Korang!



Berita baik untuk mereka yang tinggal di Kajang/Bangi kerana baru-baru ini telah berlaku pelancaran mall terbaru iaitu De Centrum Mall yang terletak di De Centrum City Kajang. 



Lokasi tersebut memang strategik kerana terletak berhampiran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL). So, memang akan jadi tumpuan pelajar. 

Mall 3 tingkat itu menempatkan lebih 120 lebih kedai dari pelbagai jenis restoran, supermarket, kedai buku, booth membeli-belah pakaian dan banyak lagi. 






Pelbagai aktiviti dan acara yang berlaku semasa hari pelancaran De Centrum Mall iaitu :

→ Majlis Menandatangani Perjanjian diantara De Centrum Retail Sdn Bhd & Carlson Hotel Asia Pacific Investments Pte Ltd.
→ Acara pelancaran De Centrum Mall dan memotong reben
→ Pertunjukan Dinosaur
 Acara pelancaran dan memotong  reben SPP Bookstore
→ Tarian singa

Majlis Menandatangani Perjanjian diantara De Centrum Retail Sdn Bhd & Carlson Hotel Asia Pacific Investments Pte Ltd



Majlis perjanjian yang dihadiri oleh Mr Andrew Flaig iaitu Timbalan Presiden Calson Hotel, Inc (Asia) dan En Marc Kramer , Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan mewakili Carlson Hotel, Inc ini dilakukan bagi pembinaan Park Inn By Radisson Hotel iaitu hotel bertaraf 3 bintang di De Centrum City Kajang. 



Pembinaan ini akan bermula pada 2018 dan dijangka siap pada tahun 2020. Pembinaan ini dijangka menelan belanja sebanyak RM30 juta.

Hotel ini sebenarnya pengubahsuaian hostel/asrama 9 tingkat yang diduduki oleh bekas pelajar IUCKL. Tempat ini memang sangat stategik lagi-lagi jangkaan penambahan kapasiti penduduk sekitar sebanyak 36, 000 di De Centrum Kajang selain lokasi yang berdekatan dengan Putrajaya dan lapangan kapal terbang. 

Selain dari perancangan hotel ini, ada lagi projek dalam perancangan Protasco Group iaitu :

- De Centrum Unipark Condominium (Kajang) 
- Sentrio Business Centre 2(Pasir Gudang Johor) 
- D' Perdana Condominium (Kelantan)


Acara Pelancaran De Centrum Mall dan Memotong Reben



Majlis kemudiannya di sambung dengan acara pelancaran De Centrum Mall dan memotong reben di hadapan pintu masuk De Centrum Mall. Majlis dimeriahkan dengan tarian singa. 



Selebriti terkenal, Elfira Loy juga turut hadir ketika majlis pelancaran. Acara pelancaran berjalan dengan lancar dan mendapat perhatian ramai pengunjung. 



Acara Pelancaran dan Memotong  Reben SPP Bookstore

Kalau korang nak tahu, dekat De Centrum Mall ni ada satu level kedai buku yang besar iaitu SPP Bookstore. SPP Bookstore menjual pelbagai jenis buku dan alat tulis dengan harga berpatutan. 




Ini kali pertama Iday tengok kedai buku yang besar. Memang sesuai untuk pelajar datang dan mencari buku rujukan. Semuanya ada di De Centrum Mall. 




Pertunjukan Dinosaur

Bagi menarik minat pengunjung khususnya ibu bapa ke hari pelancaran De Centrum Mall, satu pertunjukan dinosaur telah diadakan di tingkat bawah De Centrum Mall. 




Sebenarnya Iday pon tertarik dengan pertunjukan Dinosaur sebab ini kali pertama Iday tengok replika dinosaur besar bergerak. Memang best. Iday harap diorang akan adakan lagi pertujukan Dinos ni. Hehe

Korang boleh tengok video pertunjukan di bawah :




Untuk info lanjut tentang projek-projek De Centrum ini, korang boleh check pautan di bawah :




Kalau korang nak check promosi atau diskaun di De Centrum Mall, korang juga boleh check link di atas. Yang pasti, Iday nak datang lagi ke De Centrum Malla sebab nak shopping buku di SPP Bookstore. Hehe











Others Post




17 comments:

  1. Wahhh...menarik..boleh lah singgah ni

    ReplyDelete
  2. Qiss pergi jugak masa pelancaran hari tu sebab terpilih sebagai 1000 orang bertuah dapat gift sempena pembukaan. Bagusnya mall ni sebab dekat dengan penduduk sekitar. Dah nampak bayang-bayang pizza kat situ.haha

    ReplyDelete
  3. wah... bestnya elfira pun ada... apapun macam best je mall ni, macam-macam ada

    ReplyDelete
  4. De Centrum Mall tepi jalan selalu nampak bilaotw nak balik bangi. Oo ada ada kedai buku dan MR DIY boleh la nanti singgah.

    ReplyDelete
  5. wah, mcm mcm ada rupanya..selalu lalu dpn ni. tp tak tahu pun dalamnya ada macam-macam

    ReplyDelete
  6. Banyak shopping mall telah dibuka. Lepas ni tidak perlu dah nak pergi membeli belah jauh-jauh dah kan. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Bertambah-tambah mall yang ada sekarang ni. Kalau rajin mmg boleh ronda rondi cuci mata.

    ReplyDelete
  8. Best gila tempat dinasour tu. Boleh tahan besar dia. Kalau aku bawak anak aku ni, mesti dia meraung menangis hahahaha

    ReplyDelete
  9. Waaah besar bener ni mall nya. Apalagi kalo ada diskon ya, pasti ramai sangat disana hhe

    ReplyDelete
  10. Wow makin sesak kat Kajang ni makin maju bandar tu besar juga tengok mall baru ni lagi pun kat sana nak pergi senang naik MRT..

    ReplyDelete
  11. Dekat dengan rumah jer ni. Pernah pergi masa awal-awal bukak dulu. Boleh lah pergi lagi ni sebab banyak kedai dah bukak ☺

    ReplyDelete
  12. wow semakin banyak shopping mall dekat selangor! but good for Kajang ppl!

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  13. Banyak betul shopping mall sekarang ni. Rakyat Malaysia memang suka shopping kot. Saya sendiri pun tak pernah pergi shopping mall yang baru buka setahun dua ni. Hehe. Btw, okla untk memudahkan orang Kajang n Bangi. Sebab kat sana sebelum ni ada mall kecik je tak silap sy.

    ReplyDelete
  14. Akak suka masuk mall besor sebab nak amik aircond aja haha.. sambil cuci2 mata.. besttt

    ReplyDelete
  15. Perasmian meriah juga De Centrum Mall ni. Banyak mall menarik kt area Kl/Selangor ni.

    ReplyDelete
  16. Wah shopping mall baru. Semoga semasa pembukaan byk sale. Boleh ika singgah heheh.

    ReplyDelete
  17. Menarik ini, nanti kena singgah ;)

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive