Wangian Produk Enchanteur Paris : Info Produk Dan Review



Hi Korang!

Hari ini Iday nak share satu produk yang Iday betul-betul suka dan paling penting Islam pon suka. 

Kalau korang nak tahu, Iday dari zaman bujang sampai kahwin, suka bau lelaki. So, Iday akan pakai perfume lelaki. Bila dah kahwin dengan Islam, kitorang siap share perfume sama.

Tapi kan, ada satu hari Iday tengok video satu couple ni macam cerita tentang apa yang diorang suka tentang diri masing2. Then, si husband tu cakap, ada 1 benda yang dia suka tentang wife dia adalah, wangian wife dia. Bau yang sweet and dia suka. 



Benda tu sebenarnya sedikit sebanyak effect Iday. Almost 3 tahun kahwin, still pakai the same minyak wangi dengan Islam. So, macam takde bau special pada Iday yang boleh Islam ingat dekat Iday. 

So, Iday decide nak cari minyak wangi yang bau dia sweet dan best. Yang penting, mestilah wangian perempuan. 

Kebetulan mak Iday pengguna minyak wangi Enchanteur, so Iday memang suka bau dia. Paling best produk Enchanteur ni memang senang nak dapat sebab ada di jual di supermarket besar atau farmasi. 



Hari tu Iday ke Watson and nampak rangkaian Enchanteur terbaru dan edisi terhad iaitu Enchanteur Paris. Serius Iday suka sangat bau dia. Ada bau buah dan bunga. So, Iday beli 3 jenis produk Enchanteur Paris iaitu :

→ Enchanteur Paris Magique Eau De Toilette
→ Enchanteur Paris Mon Amie
→ Enchanteur Jolie

Yang Enchanteur Jolie tu Iday beli 3 botol sebab nak simpan. Hahaha


Enchanteur Paris Magique Eau De Toilette



Iday paling suka dengan botol dia, memang ciri-ciri kewanitaan sangat. Ada replika reben dan pada botol ada lukisan Eiffel Tower. 





Bau ni ada bau romantik yang memang lelaki akan suka. Sekarang pon kadang-kadang Islam sibuk nak sembur dekat dia. Sampai kena sorok botol minyak wangi ni. Hehehe

Bahan-bahan yang ada dalam produk ni ialah bauan epal, magnolia dan paraline. Iday biasanya pakai ni bila keluar dating dengan Islam. Kalau pergi event pon, sembur sikit je sebab sayang. Haha



Senang nak pegang sebab compact je dan isipadu 50 ml.



Tadi Iday check dekat Lazada, harga untuk satu botol ini adalah RM23.90


Enchanteur Paris Mon Amie




Produk ni sebenarnya macam losyen badan dan tangan tapi berbau wangi macam korang pakai perfume. Ini memang paling Iday suka. Silap hari bulan nak pakai 1 badan. Hahaha



Sebenarnya losyen ini untuk bagi kulit lembut dan sihat, then Enchanteur masukkan wangian dalam losyen ni.

Dalam produk ni ada Ultra Hyaluronic Hydration dan Olive Oil yang bertindak untuk menambah kelembapan kulit 2 kali lebih baik. 



Selain tu, kebaikan produk ini adalah meningkatkan keanjalan kulit supaya sentiasa kelihatan muda. 

Yang penting tidak mengandungi Alkohol dan Paraben.



Paling elok, korang pakai waktu malam. Tapi sebab dia wangi, siang pon Iday pakai. Hehe Produk ni jenis tube yang dipicit tu dan warna krim adalah putih.



Memang senang menyerap dalam kulit dan tidak berminyaka atau melekit.






Produk ni dekat Lazada berharga RM7.10 . Murah kan? Tak sangka sebenarnya. Sebab bau dia best and Iday sangka harga dia RM30 lebih. 

Enchanteur Jolie


Yang ni Iday suka sebab kecik, senang nak bawa keluar. Botol jenis bebola gerak tu, lebih kurang macam deodorant. Bau dia pon tak terlalu kuat, memang sweet-sweet je. 





Ada wangian buah pear, rose dan madu. Iday beli tiga, satu Iday bagi mak. Yang penting produk ni takde alkohol. 




So far, Iday memang suka tiga-tiga produk Enchanteur ni. Tapi Iday risau yang Enchanteur Paris Magique tu habis sebab keluaran terhad. Ke nak kena beli berbotol-botol? Haha

Kalau korang nak beli, boleh check supermarket dan farmasi yang terpilih. Dekat Lazada pon ada jual. 

Untuk maklumat lanjut tentang produk di atas, korang boleh check link yang Iday senaraikan di bawah :






Others Post




5 comments:

  1. enchanteur ni memang wangi,
    suka dengan losyen badan, wangi dia sweet jer ...

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik ni...nak beli untuk anak dara akak la...

    ReplyDelete
  3. Wangian yang tak lapuk dek zaman. Dari dulu tahu pasal enchanteur ni...skrg dah jadi wangian anak pulak..heheeh

    ReplyDelete
  4. saya pun suka losyen dia..lepas ni nak try yg perfume roll tu pula hehe

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive