#MYCYBERSALE2017 : Diskaun 30% Untuk Produk Medklinn


Hi Korang!



Berita baik untuk kaki shopping Malaysia kerana bermula 9 Oct - 13 Oct 2017 akan diadakan #MYCYBERSALE2017 iaitu jualan besar-besaran di atas talian yang melibatkan website online shopping popular di Malaysia. Contohnya seperti Lazada, Zalora, Shopee, Medklinn dan banyak lagi.




Untuk pengetahuan korang, ini adalah tahun ke-4 MYCYBERSALE diadakan dan Iday memang tak pernah miss sekali pon shopping ketika MYCYBERSALE kerana promosi dan diskaun barangan yang hebat. 

MYCYBERSALE kali ini menawarkan pelbagai tawaran dan promosi menarik dari pelbagai jenis kategori antaranya adalah barangan bayi dan kanak-kanak, produk kecantikan, pendidikan, barangan elektronik, fashion, groceries, kesihatan, home & appliance dan banyak lagi. 

Korang boleh check pelbagai promosi dari pelbagai brand di website diorang di link bawah :




Bila Iday check senarai diskaun dan promosi di website MYCYBERSALE 2017, ada diskaun 30% untuk produk Medklinn. Iday baru je lagi beli Air Sterilizers dari Medklinn. Kalau tunggu MYCYBERSALE 2017, mesti dapat lagi murah. Haha

So, alang-alang dah cerita tentang MYCYBERSALE 2017 dan Medklinn, Iday nak share dekat korang produk Air Sterilizers dari Medklinn ni. Nanti korang boleh beli produk ini semasa MYCYBERSALE 2017 yang bermula 9 Oktober hingga 13 Oktober 2017.

Iday beli 2 jenis Air Sterilizers iaitu Asens+40 dan Autoplus. Asens +40 untuk dalam rumah dan Autoplus ni untuk dalam kereta. 

Kedua-dua produk ini terbukti mampu membunuh bakteria dan senang je nak jaga (minimal maintenance). Iday beli ni pon sebab Islam tak tahan debu dan constraction dekat kawasan rumah ni buat kitorang rasa tak selesa dengan udara di sekeliling. 

Korang boleh check video penuh tentang produk ini di bawah :


Asens+40  berfungsi 24 jam dan menapis udara dari bakteria dan debu. Antara kelebihan Asens+40  adalah :

1. Berfungsi berterusan selama 24 jam
2. Menggunakan tenaga elektrik yang minima



3. Penjagaan yang minima (minimal maintenance)
4. Berfungsi dalam keadaan senyap
5. Coverage yang luas (400 feet)
6. 3 mode pilihan (perlahan, medium, kuat)



7. Cartridge yang senang dicabut, dibersihkan dan ditukar ganti.



8. Bentuk yang compact, senang di bawa

Product Specifications :

Coverage Area: 400 square feet 
Mains Connection: 110 v – 240v AC, 50/60 Hz 
Dimensions: 195mm (W) x 76mm (D) x 101mm (H) 
Weight: 750 grams 
Power Consumption: < 5.5 watts 
Operating Temperature: 5 to 35 °C


Review Iday :

So far Iday memang berpuas hati dengan Asens+40. Lagi-lagi Iday memang selalu dekat rumah, kerja dari rumah. Memang perlukan persekitaran dan udara yang bersih. 

Before ni, Islam selalu batuk-batuk dan selsema. Iday pula rasa tak selesa dekat hidung. So, kitorang cuba guna Asens+40 selama beberapa minggu. Itu pon lepas tengok beberapa review tentang produk ini. Lagipon, ini yang paling affordable berbanding air sterilizer yang lain yang jauh lebih mahal.




Tahap kebersihan udara? Iday memang susah nak explain tapi Iday perasan Islam dah kurang batuk, bersin dan selsema. Kalau tak before ni macam non-stop bersin disebabkan debu. 

Tapi sekarang dah okay dan Iday rasa berbaloi beli Asens+40. Iday selalu letak berhampiran dengan tempat Iday buat kerja hari-hari. Memang selesa. 



Autoplus yang dalam kereta tu pon okay sebab dia buang bau lembap dalam kereta. Faham tak bila kereta korang park dekat bawah cahaya matahari, then masuk kereta macam ada bau debu or kereta lama. So, Autoplus ni akan singkirkan bau-bau tu.





Produk ini korang kena guna lama baru rasa dia punya perbezaan dan kelebihan. Iday memang akan continue guna produk ni, lagipon memang murah dan tak guna banyak tenaga elektrik. Memang jimat la. 

Nanti masa MYCYBERSALE pon Iday akan beli untuk Mak & Abah. 

MYCYBERSALE 2017 x Medklinn 

Sempena MYCYBERSALE 2017, Medklinn menawarkan diskaun sebanyak 30% untuk mana-mana produk Air Sterilizer di website mereka. 



Kalau korang berminat nak tahu lebih detail atau berminat nak beli, korang boleh check website mereka di link ini : Website Medklinn



Iday memang recommend dekat korang untuk beli Asens+40 dan Autoplus, produk ini bagi Iday memang berkesan. So, mark the date! MYCYBERSALE 2017 bermula dari 9 Oktober hingga 13 Oktober. Dapatkan diskaun 30% untuk semua produk MedKlinn. 






More details : Website Medklinn







Others Post




19 comments:

  1. Menarik jugak nih iday! kalau nak beli air sterilizer yang lain rasanya memang kopak duit..hehe

    ReplyDelete
  2. nice info Iday , thanks kongsi ...

    ReplyDelete
  3. Dia macam vakum eh? Siap bleh jadi air fllter tu. Bagus betul. Mycybersale memang best. ayuh shopping!

    ReplyDelete
  4. bahaya betul mycybersale ni.macam-macam produk yang tengah sale sekarang ni..iman tak kuat ni...hehehe

    ReplyDelete
  5. MyCybersale sehingga 13 Oktober 2017 ya, mesti ramai yang beronline untuk tidak melepaskan peluang. Tinggal 3 hari sahaja lagi. Saya juga adakalanya bekerja dari rumah dan menggunakan airpurifier. Produk Asens+40 nampak pilihan yang agak bagus juga

    ReplyDelete
  6. WOW penapis udara tu sekecil tu tak tahu pun selalu tengok yang jenama besar lain tu kalau rumah ada kucing dan banyak bulu kucing boleh guna tak sesuai tak...

    ReplyDelete
  7. Sana sini citer pasal #mycybersale. Rugi lah kalau tak shopping. Tapi kita mampu tengok je lah. Tapi menarik lah produk ni. Bagus untuk udara rumah. Nak terjah website dia jap.

    ReplyDelete
  8. Wahh bagus produk ni. Lagi-lagi dengan udara sekarang yang tak berapa nak bersih kan? Sangat-sangat berguna

    ReplyDelete
  9. bagus jugak mycyber sale, banyak diskaun..produk ni pun bagus2

    ReplyDelete
  10. Menarik la air sterilizer tu. Ok juga tu senang nak bawa ke mana-mana. Dah tengah cybersale ni, nanti kita jenguk website terus.

    ReplyDelete
  11. comelnya! bnyak jugak kegunaan dia kan. sha rasa sha kena gi usha jugak ni sebab kat tempat kerja sha mmg banyak habuk

    ReplyDelete
  12. Habis la gaji lepas ni..bahaya la semua barang2 menarik...akak tgh sabarkan diri ni...hahahaha

    ReplyDelete
  13. First time tengok comel sangat ni. Boleh beli letak kat meja bilik hee

    ReplyDelete
  14. Sangat berguna benda ni. Saya pun memang pentingkan udara yang segar sebab selalu buat kerja di rumah. Bagus ada benda ni, nanti saya nak try beli, lebih-lebih lagi sekarang ni tengah diskaun.

    ReplyDelete
  15. Ya Allah, mohon kuatkan iman diri ini daripada terjebak dalam #MyCyberSale sebab imanku lebih nipis dari kulit bawang. Hahaha

    ReplyDelete
  16. hahahaaa.. kompom trefik jem kaw kaw sebab semua orang nak rebut peluang ni..

    ReplyDelete
  17. this is so good for a sinus person like me !
    good deals to buy during mycybersales!
    thanks for sharing!

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive