Siti Nurhaliza Sahkan Hamil 4 Bulan | Video Dan Gambar Terkini



Hi Korang,

Tepat pukul 10 malam tadi Datuk Siti Nurhaliza telah membuat video live mengumumkan sebab dia senyap dalam industri selama 4 bulan. Ramai yang buat spekulasi dan akhirnya Siti Nurhaliza mengumumkan dia mengandung 4 bulan. 





Alhamdulillah setelah 11 tahun mencuba, Datuk Siti bakal dikurniakan cahaya mata. Iday tadi pon hampir nak menangis bila tahu berita baik tu. Iday ni baru 3 tahun tak dapat zuriat pon dah macam-macam orang cakap. Tapi Iday anggap semua tu doa la. 


Datuk Siti sebenarnya dah banyak kali mencuba, terbaru dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Sepanjang tempoh itu, dia berehat dari industri hiburan Malaysia, menolak sebarang kerja atau tawaran.




Akhirnya, berkat kesebaran Datuk Siti Nurhaliza, dia dikurniakan zuriat ketika berumur 38 tahun.


Iday dan peminat Datuk Siti Nurhaliza mendoakan beliau dan kandungan sentiasa sihat.


Kalau korang nak tengok video live pengumuman Datuk Siti Nurhaliza, boleh check video di bawah : 







Happy sangat! :)

So, nanti awal Januari, Siti Nurhaliza akan umumkan kerjasama beliau dengan hospital terbabit untuk membantu wanita-wanita yang menghadapi masalah yang sama. Iday pon tak sabar as Iday pon tengah usaha untuk dapatkan zuriat. Insya Allah :)

So, apa perasaan korang tentang berita ni? 




Others Post




3 comments:

  1. Tahniah buat dato ct... mmg nmpak dia berisi.. semoga awak juga dikurniakan cepat dpt zuriat ye..aaminn

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur, rezeki Dato Siti nak ada baby

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive