[LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2017 Minggu Ke-2 dan Senarai Lagu Untuk Peserta Minggu Ke-3

0


Hi Korang!


Siapa tengah tengok Gegar Vaganza 2017 Minggu 2? Kita geng! Hehe GV4 kali ini, Iday tak tahu nak sokong siapa. Banyak yang best, antaranya Aishah, Elyana, Syura, Lan Kristal, Tia Jinbara dan ramai lagi. 




Sekarang senang nak tengok kalau takde Astro sebab boleh tengok dekat Youtube Live dekat channel Astro Gempak. Korang boleh check video di bawah :





Iday sebagai juri tak bertauliah nak komen sikit persembahan peserta-peserta GV4. Hehehe


1. Hazami : Setengah Mati Merindu (Judika)

Persembahan okay, maybe sebab lagu sesuai dengan Hazami. Okay-okay la. Takde wow faktor sangat. Hehe

Dapat komen positif dari Tok Ram. 


2. Lan Kristal : Karam (Zabarjao)

Best-best, suara Lan Kristal memang best. Iday memang sokong Lan. Tapi persembahan kali ini tak sehebat minggu lepas. 

Dapat komen positif dari Bonda dan Jalaludin Hassan.


3. Aqasha : Aku (Jamal Abdillah)

Hensem Aqasha malam ni, Datuk Jalal pon puji. Tapi proses nak tunggu komen juri ni, penuh drama Dato' Vida ni. Stress pulak aku ni. 


Tapi persembahan Aqasha okay, suara best. Tapi kesian tak sempat nak dengan komen dari Tok Ram. Atleast,boleh la dia improve based on advice yang diberi oleh juri. Dato' Jalal pon komen dari segi persembahan. Harap-harap hentikan lah drama tak guna atas pentas tu. 

4. Haida : Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)

Sengau sikit, Tok Ram pon cakap camtu. Takde komen banyak sangat tapi okay la.

5. Elyana : Masih Cinta (Kotak)

Iday tunggu persembahan Elyana malam ni, tapi rasa macam kecewa sikit. Maybe tinggi sangat iday harapkan dari Elyana sebab tu lagu favourite Iday. Tapi Iday harap next week lagi best. 


6. Firman : Rindu Serindu-rindunya (Spoon)

Awal-awal best. Cara penyampaian lagu pon berbeza dengan penyanyi asal. Best tapi tak sehebat minggu lepas.

7. Raja Azura : Apa yang Kucari (Endang S. Taurina)

Raja Azura memang bagi persembahan 100%. Iday harap Raja Azura akan stay lagi sampai minggu hadapan. Persembahan malam ni pon best walaupon vokal tak la sehebat peserta lain. Tapi better dari Ferhad.

8. Ferhad : Harus Terpisah (Cakra Khan)

Sorry to say, dari minggu lepas hingga minggu. Iday tak suka dengan vokal dan persembahan Ferhad. 

9. Syura : Ku Pendam Sebuah Duka (Khadijah Ibrahim)

Best tapi ada problem teknikal pulak la. Suara tak sync dengan mulut penyanyi. Tapi best, better dari peserta lain setakat ni. 

10. Aisyah : Dingin (Ziana Zain)

Iday tak puas hati dengan teknikal, sebab tak sync dengan suara dan mulut. Tapi kalau pejam mata, memang best. Suara memang best. Tapi lagu Ziana Zain ni memang Ziana Zain je best kalau bawak hehe Hope next week, Aisyah lagi best. 

11. Tia : Lagu Cenderawasih (Kris)

Best-best, tak pernah kecewa dengan suara Tia. Tapi belum ada wow faktor lagi. Malam ni overall persembahan semua okay-okay, tapi harap minggu lepas lagi best. hehehe

12. Liza Hanim : Aku Hanya Pendatang (Fransisca Peter)

Iday paling suka persembahan Liza Hanim malam ini. Tok Ram dan Bonda pon siap berdiri lagi. So, dah agak Liza Hanim orang pertama yang akan dapat lagu malam ini. 

Persembahan terbaik minggu ini (pilihan Iday) : Liza Hanim
Persembahan terbaik minggu ini : Elyana








Senarai peserta dan lagu untuk minggu ke - 3 :



Peserta : Liza Hanim
Lagu : Lagu Untuk Mu - Meet Uncle Hussein

Peserta : Haida

Lagu : Kenangan Bersama Mu - Lefthanded 

Peserta : Hazami
Lagu : Joget Kenangan Manis - Dato' Sudirman

Peserta : Syura
Lagu : Knock-Knock - Elizabeth Tan

Peserta : Aishah
Lagu : Terukir Di Bintang - Yuna

Penyanyi :Tia Jinbara
Lagu : Bila Resah - Anuar Zain

Penyanyi : Lan Kristal


Lagu : Sayang-Sayang - Aliff Aziz

Peserta : Aqasha
Lagu : Cinta Tak Keruan - Amigos

Peserta : Firman
Lagu : Zalikha - Floor 88

Penyanyi : Elyana
Lagu : Wulan Merindu - Cici Faramida

Peserta : Raja Azura
Lagu : Perhaps Perhaps Perhaps - The Pussycat Dolls

Peserta : Ferhad
Lagu : TERSINGKIR



So, siapa yang korang suka malam ni? Korang setuju dengan pilihan penyingkiran malam ini?

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)