Naim Daniel - Pelakon Berbakat Besar Bakal Jadi Penyanyi Hebat

0

Hi Korang!

Iday pernah tulis tentang Naim Daniel di blog Iday pada tahun 2015. Tajuk artikel Iday pada masa itu adalah Naim Daniel | Pelakon Kanak-Kanak Bakal Jadi Penyanyi Hebat . 

Update 9.2.2020 : Tahniah Naim Daniel kerana bergelar Juara AJL34! Memang patut menang pon!






Sebak pulak bila tengok video semasa pengumuman juara ni. sampai terduduk Naim Daniel



Sejak dulu Iday memang selalu ambil tahu tentang perkembangan karier Naim Daniel, Iday nak tengok dia jadi penyanyi. Selalu la jugak dengar semua #NaimBikinCover di Instagram beliau. 

Baru-baru ini pon, Naim Daniel baru sahaja selesai mempromosikan filem Bisik Pada Langit. Lakonan Naim dalam filem tu memang terbaik. Tahniah Naim Daniel.

Artikel kali ini Iday cuma nak kongsi yang 24 Oktober lepas, Naim ada upload di Instagram beliau dengan caption dan bersama hashtag #NaimBikinSingle. Akhirnya penantian selama ni berhasil. Memang tak sabar nak tunggu single terbaru Naim Daniel. 



Selama ni asyik dengan dia buat cover je. Tapi itu pon dah power kot. Kalau korang dengar suara dia menyanyi, memang melekat dalam kepala. Memang berbakat besar. 

Kalau korang nak layan lagu cover dia boleh la check video-video di bawah. Sekarang ni Iday tengah asyik dengar lagu Perfect by Ed Sheeran yang Naim cover. Memang best. Lagi suka versi Naim Daniel dari Ed Sheeran. Heeeeee :)


Kompilasi Lagu Cover Oleh Naim Daniel



Kalau nak dengar dekat Instagram, boleh cari lagu cover Naim dengan hashtag #NaimBikinCover, tapi tak puas hati sebab semua pendek-pendek. Iday harap-harap Naim Daniel buat youtube channel dan upload semua lagu cover yang full version dekat situ. Hehehehe


Naim ada jugak soundcloud, dia ada juga upload lagu yang dia cover dekat situ. Nanti korang check la semua link social media dekat bawah. Iday share semua okay, Naim aktif dekat IG dan twitter. 


Instagram : https://www.instagram.com/naimdanielx/
Twitter : https://twitter.com/naimdanielx
Soundcloud : https://soundcloud.com/naimdaniel\


Jom kita sama-sama support Naim Daniel. Hehehe 

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)