[Teori & Penjelasan] Viral Video Sel Kanser, Bawang Putih Dan Cincin Emas

1


Hi Korang!


Iday sebenarnya tak nak ulas pon tentang viral video sel kanser, bawang putih dan cincin emas ni. Tapi lepas tengok video tu, Iday macam banyak sangat persoalan dekat kepala ni. Hahaha




Korang boleh tengok di video dibawah :



Siap buat research tentang bentuk sel kanser, hubungkait sel kanser dengan cincin emas, sel kanser dengan bawang putih. 


Kemudian Iday ada baca komen yang dalam video tersebut bukan sel kanser tetapi magnetic slime. Then Iday macam confuse jugak, kenapa dalam video tu, kononnya "sel kanser" menjauhi bawang putih? Kenapa?


Then Islam (suami) bagi Iday satu penjelasan atau teori tentang video tersebut yang Iday rasa memang logik. Hehehe


Ingat ye, ini hanya teori penjelasan dari Iday. Tak 100% betul dan sahih, tapi Iday rasa mungkin betul apa yang Iday dan Islam fikir. Hehehe





Magnetic Slime



Mula-mula ada yang komen bahawa "sel kanser" tersebut sebenarnya magnetic slime. Iday check youtube tentang Magnetic Slime dan rupa-rupanya slime yang dicampur dengan iron fillings. Akan bertindak mendekati magnet. 



Dekat Youtube memang ada banyak tutorial untuk buat Magnetic Slime ni. 

Tapi kalau tengok material slime ni macam kasar sikit and dari video macam nampak "sel kanser" tu bergerak seperti mengecut dan ada spike kecil-kecil. Itu yang Iday check and Iday rasa mungkin teori Iday yang ke-2 ni betul. 


"Sel Kanser" itu sebenarnya Magnetic Ferrofluid.


Magnetic Ferrofluid


Kalau korang cari dekat onlins shopping memang banyak dijual. Warna dia lebih kurang macam "sel kanser" dalam video viral tu. Dan tindakbalas dan gerakan pon sama. 


Ini contoh pergerakan Ferrofluid :

Tapi kenapa "sel kanser" ni menjauhi cincin emas dan bawang putih?



Magnet Di Bawah Meja?

So basically, ada seorang yang buat gerakan magnet di bawah pinggang dan meja tersebut. Sebab tu "Sel Kanser" tersebut menjauhi bawang putih dan mendekati cincin emas. 



screenshot satu video di Youtube

Kalau teori yang Iday cakap ni betul, maybe orang yang buat video tu boleh tunjukkan lebih jelas. Sebab fokus dia dalam video tu pon terhad dan memang pada pinggan yang ada atas meja tu je. 









Betul tak?


Sel Kanser Yang Sebenar


Baru tadi Iday tengok ada kawan Iday yang share status pesakit kanser sendiri yang pernah tengok sel kanser. Berikut adalah status dari Shamsul Ramli. 


Shamsul Ramli juga ada upload gambar tumor kanser tersebut. 



Lebih meyakinkan Iday, bila ada seorang doktor yang menjelaskan tentang ciri-ciri sel kanser apabila dibuang selepas pembedahan. 








Apabila doktor membedah dan mengeluarkan kanser daripada tubuh badan seseorang : 

1. Sel-sel kanser di dalam ketulan yang dikeluarkan itu akan mati serta merta kerana terputus bekalan darah dan nutrin daripada pesakit. Sebab itu apabila pesakit meninggal, sel-sel kanser yg terdapat di dalam tubuh badan mereka juga akan mati. 

2. Ketulan kanser itu kesemuanya akan dimasukkan ke dalam formalin (untuk dikakukan/fixated) dan diserahkan kepada makmal patologi untuk pemeriksaan, tidak ada sedikitpun akan ditinggalkan, apatah lagi memberinya kepada pesakit ataupun waris pesakit. Alasannya adalah supaya pakar patologi dapat menganalisa ketulan tersebut secara terperinci kerana inilah salah satu sebab pembedahan itu dilakukan selain daripada utk merawat. 

Platinum digunakan sebagai perhiasan wanita yg berharga lebih mahal daripada emas. Tahukah anda bahawa terdapat ubat antikanser bernama Cisplatin, Carboplatin dan Oxaliplatin yang berasaskan platinum. 

Kajian telah menunjukkan bahawa emas (Gold (III)/Au) juga mempunyai ciri-ciri antikanser walaupun masih di peringkat kajian. Ubat yang di dalamnya mengandungi pati logam platinum, perak dan emas ini dikenali sebagai metallodrugs. 

Video yg kononnya menunjukkan sel kanser tertarik pada emas (kononnya bermaksud kanser suka pada emas dan boleh membiak lebih cepat) dan menolak bawang putih adalah jelas satu bentuk penipuan yang memperbodohkan akal manusia. 

Berkemungkinan ada pihak-pihak lain mengambil kesempatan ke atas video tersebut dan membuat taksiran sendiri utk tujuan tertentu. Tolong jangan sebarkan pembohongan ini dan jadikan pengajaran supaya tidak tertipu lagi di masa hadapan. 

Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor -  Pakar Perunding Ginekologi Onkologi


So, korang jangan la bulat-bulat percaya pada video sebegitu. Iday sendiri pon masa mula-mula tengok, memang gelak besar. Tetapi agak terkilan sebab dalam video tersebut di pasang ayat Al-Quran.  


So, apa pandangan korang tentang teori penjelasan yang Iday nyatakan di atas? Korang setuju? Ada pandangan dan komen lain? Boleh share di ruangan komen di bawah ye :)


Tags

Post a Comment

1Comments
  1. ada terbaca gak orang share tak percaya tanya suami pun kata jangan percaya

    ReplyDelete
Post a Comment