Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!





Instagram's Update : Multiple Photos in One Post

Monday, February 27, 2017
Hi


Iday jarang bercerita tentang app updates, tapi hari ni iday nak cerita tentang Instagram's update yang paling latest iaitu "Multiple Photos in One Post". Iday memang suka dengan update terbaru ni for many reasons. Hehehe




Salah satunya adalah apabila events, food review atau travel, kita boleh upload multiple gambar dalam 1 post, so takkan semakkan timeline. Korang boleh post up to 10 photos. Iday tak sabar nak guna "Multiple Photos in One Post" ni masa food review esok. Hehehe


So, macam mana nak guna "Multiple Photos in One Post" by Instagram ni?


First, korang kena update Instagram korang. This feature can be use in Instagram version 10.9 for iOS and Android. Nanti korang just check korang punya Apple Store and Play Store.


Then, follow step dibawah :


1. Add photos seperti biasa. Ini mesti korang pandai kan. Hehehe



2. Bila korang dah update Instagram, mesti ada feature dibawah "Select Multiple" atau simbol multiple tu. Klik feature tersebut.



3.  Then, boleh pilih gambar up to 10. Tak boleh lebih dari 10 gambar. Video pon boleh. Nak selang seli dengan gambar pon okay. Hehehe



4. Lepas tu korang boleh arrange la kedudukan gambar-gambar tu. Iday selalu susun, yang paling cantik dan sesuai dengan timeline IG iday di kedudukan pertama. Hehehe




5. Dah siap susun, boleh la tulis caption dan upload gambar korang tadi. Heheheh


Senang kan?

Iday suka sangat sebab bila event, iday tak perlu semakkan iday punya timeline. Hehehe 

Selamat mencuba okay!

Hehehehe

Korang boleh check instagram iday. Iday dah upload 2 post dengan multiple photos. Boleh follow kita jugak kalau suka :)







Dia Bidadariku | Tonton Online Episode 1 - 12 Akhir

Sunday, February 26, 2017

Erra berlakon drama? Itu yang menarik minat Iday untuk tengok drama Dia Bidadariku ni.

Iday tahu mesti ramai yang nak tengok drama ni kan? Okay, Iday nak share sikit details tentang drama Dia Bidadariku yang bersiaran bermula 6 Mac 2017 di slot Mega Drama, Astro Ria 104 dan Ria HD 124. 



Info Dia Bidadariku

Terbitan : Skop Production Sdn Bhd
Mula siaran : 6 Mac 2017
Pengarah : Aziz M.Osman
Jumlah Episode : 16


Pelakon Dia Bidadariku

Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Tisha Shamsir, Raja Illya, Dian P.Ramlee, Wan Raja, Salina Saibi. 

Sinopsis Dia Bidadariku

Mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira, andartu yang hatinya telah tertutup apabila putus tunang 15 tahun yang lepas. Tiba-tiba sekarang bekas tunangnya Ridzal lakonan Norman Hakim yang psiko telah dia datang kembali untuk merebut cintanya. 

Disamping itu muncul seorang jejaka bernama Ammar lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri. Dapatkah Ammar untuk mendapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu?


Tonton Online Dia Bidadariku

Untuk mereka yang terlepas drama ni, korang jangan risau sebab boleh tengok online. Iday ada share link drama setiap episode Dia Bidadariku dibawah :



Senarai Full Episode Dia Bidadariku
Dia Bidadariku Episode 1
Available
Dia Bidadariku Episode 2
Available
Dia Bidadariku Episode 3
Available
Dia Bidadariku Episode 4
Available
Dia Bidadariku Episode 5
Available
Dia Bidadariku Episode 6
Available
Dia Bidadariku Episode 7
Available
Dia Bidadariku Episode 8
Available
Dia Bidadariku Episode 9
Available
Dia Bidadariku Episode 10
Available
Dia Bidadariku Episode 11
Available
Dia Bidadariku Episode 12
Available




Nota : 


+ Kalau korang tak boleh klik link tu, boleh tinggalkan mesej di facebook page iday di link ini ye :https://www.facebook.com/sayaiday/ . Sila la follow page iday ye :) 

+ "Video Not Available" kerana belum ditayangkan di tv. Selepas ditayangkan, baru iday letakkan link video yang betul.
+ Selamat menonton! 


Ada drama lain yang korang tengok? Boleh share di komen bawah :)


Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K

Saturday, February 25, 2017
Hello People & Assalamualaikum,

Korang biasa pakai serum tak dalam rutin penjagaan kulit korang? Kalau nak tahu, iday memang wajib hari-hari pakai serum supaya kulit iday lebih sihat. Lagi-lagi iday jenis tak makeup sangat and kalau makeup pon macam tak tebal sangat. So, kulit muka kena jaga betul-betul. 

Alhamdulillah, kulit iday sekarang makin okay and sihat. Hehehe



Iday nak share salah satu serum yang iday pernah pakai and iday berpuas hati. Serum ini iday try pakai almost 2 month and sangat okay dengan kulit Iday. Kalau nak tahu, kulit iday sangat sensitif bila guna produk baru. Kalau tak kena dengan kulit, muka iday boleh naik jerawat. 

Serum yang iday maksudkan itu adalah Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K




Korang boleh check video dibawah, iday ada tunjukkan macam mana rupa produk ni. Iday ada juga explain tentang produk ini dalam post ini. Hehehe



Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K sebenarnya bertindak sebagai serum yang merawat kulit untuk mencantikkan kulit muka kita. Antara kelebihan yang ada pada produk ini adalah :

+ Anti Penuaan
+ Anti Kedutan
+ Anti Jerawat
+ Menghapuskan cela dan parut di wajah serta menjadikan kulit wajah tampak segar 
+ Menghilangkan jeragat dan parut 
+ Merawat masalah kulit berminyak, kulit kering dan kusam 
+ Menghilangkan tona tidak sekata 
+ Menggebu dan menganjalkan serta menjadikan kulit wajah berseri-seri




Banyak kan kebaikan serum ni, sesuailah untuk iday yang makin meningkat usia, tak lama lagi nak masuk 30 dah. Makin tua, kena makin rajin jaga kulit. Barulah boleh cantik macam Che Ta. eh. Hahaha

Macam mana nak gunakan Aureline Perfection Skin Serum ini and bila waktu sesuai nak pakai?

Waktu sesuai untuk pakai serum ini adalah siang atau malam. Siang selepas mandi dan cuci muka manakala waktu malam sebelum tidur. Iday selalu guna pagi-pagi lepas mandi and before makeup. Just apply 1-2 drop dan sapukan pada kulit muka atau leher. 

Korang boleh tengok macam mana tekstur serum tu dekat gambar dibawah.




Cantik sangat warna, ada sparkle gold. Hehe





Jangan risau, serum ni terus serap dalam kulit. So, kulit muka takkan nampak warna gold tu. Malah, muka jadi lebih glowing lepas pakai.




Sesuatu produk tu, kita wajib check bahan-bahan yang digunakan. So, iday nak share apa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan serum ini. 

1. Arbutin 
- bahan yang dihasilkan dari bearberry, biasanya digunakan sebagai skin-lightening agent

2. Vitamin C

3. Ekstrak lemon

4. Witch Hazel
- daripada daun witch hazel shrub yang banyak terdapat dalam produk kesihatan - merawat kulit supaya jadi lebih sihat

5. Emas 24K


Kalau nak tahu, banyak sebenarnya kebaikan emas pada skin manusia, antaranya mampu melancarkan peredaran darah, mengandungi antibakteria, dan sifatnya sendiri memulihkan sel-sel kulit kita. Hebat kan?


Keistimewaan lain serum ini adalah berfungsi sebagai skincare yang lengkap iaitu sebagai krim malam, krim siang, toner, pelembap dan sunblock. Wahh, hebatkan. Botol serum ni pula mudah dibawa kemana-mana especially bila nak travel. 

Sebenarnya banyak feedback positif tentang produk ini, iday ada share testimoni dari pengguna sebelum ini :





Ramai yang berpuas hati :) Harga 1 botol serum ini adalah RM120 dan mampu bertahan selama 6 minggu. 

Berminat untuk tahu lebih details tentang produk ini? Boleh check maklumat yang iday senaraikan di bawah. 


WEBSITE : http://aureline.com.my/
INSTAGRAM : @aureline_beauticare 
FACEBOOK : Aureline Golden Perfection Serum 
WHATSAPP : +60109003065









Guna ShopBack Untuk Beli 6 Produk Idaman - Nike, AirAsiaGo, Sephora dan etc

Thursday, February 23, 2017
Korang pernah dengar tentang ShopBack Malaysia?

Kalau korang pembeli tegar di online shopping website mesti tahu tentang ShopBack. ShopBack adalah website no #1 Malaysia yang menawarkan pulangan wang dalam setiap pembelian mengikut kadar peratusan dari merchant/store masing-masing.


Contohnya, kalau shopping di Lazada, korang akan dapat 6% kembali duit korang dari jumlah pembelian. Best kan?



22 February 2017, sudah genap 2 tahun ShopBack beroperasi! Lama kan, rasa macam baru semalam sign up dengan ShopBack. Hehehe Sepanjang 2 tahun bersama ShopBack, macam-macam dah Iday beli and dapat pulangan wang yang banyak.

Dari booking hotel, pembelian di Lazada dan Zalora, booking tiket flight dan macam-macam lagi di ShopBack. Sekarang dah lebih 500 merchant yang ada di ShopBack. 


ShopBack juga banyak kali muncul di media-media seperti The Star Online, New Straits Times, Says.com, The Borneo Post, TechInAsia, Channel News Asia dan banyak lagi.

Sempena menyambut 2 tahun ShopBack, Iday nak senaraikan 6 produk wishlist yang Iday nak dapatkan melalui ShopBack. Semua produk ini dari berlainan merchant/store di ShopBack. Hehehe 




Wishlist #1 : Philips Airfryer dari Lazada Malaysia

Iday memang sangat beruntung dengan adanya ShopBack sebab Iday memang selalu shopping di Lazada Malaysia. Philips Airfryer ini adalah salah satu produk wishlist Iday.

Produk ini best sebab bila masak, tak guna minyak. Hehehe



Tadi Iday ada check di website ShopBack, Iday akan dapat pulangan wang 4% kalau beli produk ini menggunakan ShopBack. 

So, iday akan dapat RM31.96 (4% x RM779 = RM31.96) dan terus masuk ke akaun ShopBack Iday. Dah boleh cashout dan transfer ke akaun Maybank Iday. Best kan! :)


Wishlist #2 : Fjallraven Kanken dari Zalora Malaysia

Bag ini memang idaman iday, walaupon tak tahu macam mana nak sebut nama bag ni. Hahaha Iday suka dengan design beg ni yang simple tapi smart. 

Backpack yang iday selalu bawa ke ofis pon dah lama. So, iday plan nak dapatkan bag ini nanti. Hehehe Nasib baiklah Zalora pon salah satu store yang tersenarai didalam ShopBack. Jimat la duit iday nanti. Hehe


Sekarang harga bag ini adalah RM359 dan kalau iday beli melalui ShopBack, iday akan dapat pulangan wang sebanyak 9% dari harga beg ini. 

Kalau guna ShopBack, Iday dapat balik RM32.31 (   9% x RM359 = RM32.31   )! Wahhhh seronoknya! Basically, iday cuma bayar RM326.69 untuk beg idaman iday ni. Hehehe


Wishlist #3 : Four Points Sheraton Sandakan untuk 3 hari 2 malam - Booking.com

Iday dah lama nak ke Sandakan sebab dekat sana kalau makan seafood memang terbaik la. Iday banyak juga survey hotel yang best dekat sana dan Iday paling berkenan dengan hotel Four Points by Sheratin Sandakan. 



Siap ada infinity pool yang menghadap laut. Best kan?! Hehehe



Tadi iday check tarikh yang iday nak iaitu tarikh annivesary perkahwinan iday yang ketiga and dapat harga yang sangat murah bagi iday iaitu hanya RM648 untuk 3 hari 2 malam. 

Kalau booking melalui Booking.com, iday akan dapat  ( 9%xRM648=RM58.32 ) 9% dari harga hotel tersebut iaitu RM58.32. So, iday hanya bayar dekat Booking.Com sebanyak RM589.60. Hehehehe


Wishlist #4 : Nike Pink dari Nike Malaysia

Nike shoes! and warna pink pulak tu! Iday dah lama nak kasut ni! Serius idaman kalbu ni. Haha Tak sangka pula dekat ShopBack pon ada store Nike. Lepas ni memang sakan la iday beli Nike guna ShopBack. Hehehe



Yang penting bukan sikit taw ShopBack bagi pulangan wang, 12% dari harga belian! Kalau iday beli kasut ni and guna ShopBack ( 12%xRM439=RM52.68 ), iday akan dapat pulangan wang sebanyak RM52.68. Siapa nak bagi kan? Shopping and dapat duit! Hahaha

So, korang nak bijak membeli, kena la register dengan ShopBack. Hehehe


Wishlist #5 : Too Faced Sweat Peach Eye Shadow Collection - Sephora Malaysia

Kalau cerita tentang Sephora, semua wanita memang kenal. Ini la syurga barangan MakeUp ye. Iday memang tak pandai sangat make up tapi iday nak belajar. 

Then, Iday tengok ramai yang share tentang produk Too Faced Sweet Peach Eye Shadow ni, teringin pula nak try. Hehe



Korang pon boleh beli produk Sephora dan cashbask dengan ShopBack taw! Korang boleh dapat 8% dari jumlah pembelian. 

Kalau iday beli produk ni, iday akan dapat ( 8%xRM199=RM15.92 ) balik 8% iaitu RM15.92. Lagi jimat la kan. Hehehe So, untuk yang selalu shopping Sephora, kena lah check ShopBack. Tak rugi pon. Hela nafas lega suami/bf bila ada diskaun macam ni. Hehehe



Wishlist #6 : Penginapan dan Tiket Kapal Terbang ke  Chiang Mai - AirAsiaGo.com

Iday memang suka guna AirAsiaGo sebab harga tiket lebih murah. Lagipon boleh buat pembelian untuk tiket kapal terbang dan booking hotel sekaligus. Kalau nak tahu, AirAsiaGo ini pon salah satu store/merchant ShopBack. Hehehe

Iday plan nak ke Chiang Mai, Thailand  selama 3 hari 2 malam. Iday dah pilih Lanna Dusita Boutique Resort sebagai lokasi penginapan Iday. Termasuk dengan tiket kapal terbang, hanya RM776! Murah kan!



Cantik kan? Hehe



Korang boleh dapat pulangan wang sebanyak 1% untuk flight, 9% untuk hotel dan 4% untuk package. Disebabkan iday pilih package so iday akan dapat 4% dari RM776 iaitu RM31.04 :)



Serius, dengan pembelian melalui ShopBack ini iday jimat beratus-ratus. Yela, iday memang selalu shopping online. Hehehe

Best kan, macam-macam website yang menawarkan perhidmatan ShopBack ni. Seronok sebab kita dapat komisyen setiap kali pembelian melalui ShopBack. Setakat ini, iday dah pernah 3 kali booking hotel dan cashback dengan ShopBack. 

Iday ke Seremban, Melaka dan Ipoh dan ini gambar iday dan kawan-kawan iday di Melaka. 



Untuk mereka yang tak pernah dan tak tahu nak guna Shopback, ida boleh tunjukkan macam mana nak guna Shopback. Sebelum tu, korang boleh check video dibawah :




Cara-cara untuk guna ShopBack, iday bagi contoh bila beli online di website Lazada Malaysia.

1. Buka website Shopback dah log in. Kalau belum log in, korang boleh register terlebih dahulu.




2. Korang boleh search Lazada/Store pilihan atau klik pada banner di ruangan Stores. Bila korang klik, akan popup maklumat seperti gambar dibawah.



Bila korang klik button "Shop Now", korang akan ke paparan website Lazada Malaysia.




3. Bila di page Lazada, korang boleh shopping seperti biasa dan buat pembayaran.




Bila ada pembayaran, barulah ShopBack akan kesan dan masukkan nilai casback ke dalam akaun Shopback masing-masing.


Syarat korang nak cashout adalah bila reedemable korang minimum RM10.




Kalau korang kurang faham, korang boleh check sini : https://www.shopback.my/how-it-works


Bagi Iday, lagi bagus kalau korang guna Shopback bila booking hotel atau shopping online. Kalau korang nak register ShopBack, boleh klik link ni :




Memang best dan menjimatkan setiap pembelian online korang! Hehehe Selamat mencuba!








-------------------------------------

Nota : Artikel ini adalah penyertaan Iday dalam ShopBack Blogger Contest. Penyertaan tamat 15 March 2017. Sempat lagi kalau korang nak join :)

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pon sangat menarik. Korang boleh check di page di link bawah, jika berminat :




All the best!





Food Review : The Basikal @ Jalan Bangsar

Friday, February 17, 2017
Hello people & Assalamualaikum, 

Korang pernah dengar tentang "Makan @ The Basikal"? Kali ini dalam segmen Food Review dalam blog sayaiday, Iday nak share makanan dan pandangan iday tentang cafe The Basikal yang terletak di Jalan Bangsar. 


The Basikal sebenarnya telah dibuka pada tahun 2013, pada asalnya cuma kedai menjual basikal dan aksesori basikal. Cuma baru-baru kedai basikal ini mula dijadikan cafe. Menariknya, cafe ini terletak di ruangan "roof top". 

Iday sebenarnya tahu tentang cafe ini apabila viral di Facebook. So, iday pon ajak Islam untuk cuba sendiri makanan di The Basikal ini. Iday ada buat video food review di The Basikal. Korang boleh check video bawah ini :



Sebenarnya cafe The Basikal ini agak tersorok sebab pintunya di belakang bangunan tersebut. Lagi senang kalau korang waze la. Nanti korang akan nampak mural art monyet tengah baring atas basikal. 



Comel kan? Hehehe


Then, korang kena naik tangga untuk sampai ke cafe yang terletak di "roof top". Dalam video di atas pon, iday ada tunjuk macam mana tangga tu. Hehehe Bagi iday, ini antara keunikan cafe The Basikal ni. 




Bila dah sampai cafe, iday kagum dengan dekorasi dan susunan meja makan di sini sebab sangat cantik. Ala-ala hipster gitu. Hehehe Tapi paling iday suka adalah "open air" style. 


Ada laluan train and kadang-kadang ada train yang lalu. Seronok. Hehehe


Hiasan mural art yang cantik, bahagian atas pula ada susunan rim basikal. Kreatif kan. Oh, kat sini ada wifi. Password? Check dekat mural art tu. Hehehe



Yang ini pula ada dapur, so segala penyediaan makanan dan minuman dekat sini. Comel je dalam box macam tu. 


Iday duduk di bahagian tengah, like meja panjang.  Kerusi dia agak tinggi. Kalau datang ramai-ramai, boleh pilih meja yang personal. Kalau meja yang iday duduk ni macam style "open bar". 


Dekat atas meja tu ada pasu and pokok kecil comel. Tengah-tengah tu iday letak barang-barang iday, memang convenient. 


Nama pon kedai basikal, so basikal memang jadi hiasan utama dekat cafe ni. Paling iday suka ada hiasan basikal di atas balkoni ni. 


Comel siap ada pokok-pokok menjalar. Hehe








Kalau dari menu, The Basikal menyediakan local food seperti Mee Kari, Terengganu Laksa, Penang Asam Laksa dan Nasi Lemak. Kadang-kadang, diorang ada buat menu khas macam iday pernah tengok dekat Facebook diorang, diorang ada serve menu Mee Kari Ketam. 

Wahhhh best kan. Hehe Harga pon boleh tahan kan. Kalau minuman pula, ada banyak pilihan. Tapi yang antara popular dekat sini adalah Bandung Soda. 


So, iday order Penang Asam Laksa sebab tiba-tiba iday rindu Penang Asam Laksa yang iday makan dekat Penang  tahun lepas. Hehehe


  Related Article : Tempat Makan Best Penang - Asam Laksa  


Islam dan adik Iday pula order Mee Kari. Awal-awalnya adik Iday nak makan nasi lemak tapi disebabkan kitorang datang awal, so belum masak sepenuhnya lagi. Hehehe

Biasalah, sambil-sambil tunggu makanan sampai, banyak la ambil gambar muka sendiri. Hahaha

Ni adik Iday, Cah. Nama panjang dia Nor Sahidah, tapi nama manja family panggil, Cah. Hehehe Masa ni baru lepas teman dia pergi job fair sebenarnya dekat Mid Valley. Alang-alang dah pergi Mid Valley, tu yang ajak dinner dekat sini. Hehehe





Cantik lampu ni :)



Masih tak boleh move on ye dengan mural art cantik ni. HAHA



Meja kayu hehehe



Masa kitorang datang dah ramai orang datang, so makanan sampai lambat sikit. Tapi owner cafe tu macam baik sebab datang and minta maaf sebab lambat. Hehehe

Akhirnya Penang Asam Laksa iday dah sampai. Agak kecewa pada mulanya sebab takde nenas. Sebab iday pandang meja sebelah ada nenas. Nenas la pelengkap Penang Asam Laksa sebenarnya. 

Maybe diorang dah kehabisan nenas atau lupa. Iday pon tak tanya, maybe sebab lapar sangat. Hahaha




Dalam Asam Laksa ni ada telur, salad, bawang dan daun mint. Ada juga cili. Kuah macam elok-elok, tak cair sangat and tak pekat sangat. Portion pon boleh tahan besar. 



Jujur iday cakap, bagi iday rasa asam laksa ni agak biasa bagi iday. Mungkin sebab iday pernah rasa asam laksa yang lebih sedap dari ini. Tapi korang bolej je cuba. Hehehe

Harga untuk 1 portion ini adalah RM 6. 




Iday order air Bandung Soda. Sedap! Biasanya iday minum time bulan ramadhan je, beli dekat bazar ramadhan. Hehehe 

Kalau nak tahu makanan tu sedap or tak, tengok pinggan mangkuk lepas makan.  Hehehe



Habis! Hahahaha so, memang sedap. Korang boleh try nanti ye. 

Islam pula order Mee Kari and berpuas hati dengan rasa mee kari dekat The Basikal. 



Kuah pekat dan sedap, mee memang dicelur elok. Dalam Mee Kari ni ada telur, sawi, taugeh, tahu, bawang goreng, fish ball, kenat dan ayam. Portion agak besar. Memang sedap and recommend sangat dekat korang. 



Harga untuk 1 portion Mee Kari ini adalah Rm7. 

Iday sebenarnya nak try Mee Kari Ketam tapi tak available pula masa iday datang. So, nanti korang sebelum datang, boleh check promosi diorang di FB diorang ye. 





Gaya Islam dah macam nak masuk dalam mangkuk Mee Kari tu. Hehehehe









Licin! :p



Lepas dah kenyang & lepak, kitorang terus gerak sebab dah nak masuk Magrib. Overall memang puas hati makan dekat The Basikal. Tempat cantik, layanan juga okay dan makanan sedap. Hehe

Cuma parking agak susah and lokasi The Basikal ni macam tersorok sikit. Tapi view cantik! Banyak pula gambar yang iday capture masa ni. Hehehe






Last sekali, terima la muka kami ni. HAHA Lama dah tak upload gambar macam ni. Hehehe





Kalau korang berminat nak datang sini, boleh check details di bawah :

Makan @ The Basikal
Address : Backlane of 90, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. 
Opening Hours : Tues-Sat,  5pm-11pm. 
Tel:  012-645-9560

Facebook : http://lynk.my/wG7D






+++++++++++++++++++++++++++++

Kita kawan nak? 
Check akaun social media Iday dibawah :


+++++++++++++++++++++++++++++

Bye! :)



Blog Archive

My Blog List