Cara Meningkatkan Trafik Dan Pendapatan Google Adsense Dengan Matched Content

Monday, January 15, 2018

Hi Korang!

Artikel kali ini Iday nak kongsi cara meningkatkan trafik dan pendapatan Adsense dengan Matched Content. Tetapi, diingatkan yang Iday bukan lah terer atau pakar dalam Adsense tetapi cuma sekadar berkongsi apa yang Iday tahu :)



Apa itu Matched Content?

Matched Content adalah free recommendation tool untuk mempromosikan artikel berkaitan atau relevan kepada pembaca di blog korang. Seterusnya meningkatkan pageview di blog korang. Konsep sama seperti "Related Post". 

Cuma yang berbeza, Matched Content disediakan oleh Google Adsense manakala "Related Post" adalah dari widget di blog atau third party (contohnya : LinkWithin)

Ini adalah contoh Matched Content dalam blog Iday. Kalau perasan, yang Matched Content ni akan ada perkataan "Powered by Google".


Yang ini pula adalah yang biasa, widget related post yang sedia ada dalam blog Iday.

Adsense akan memilih artikel yang berkaitan untuk dipaparkan dalam Matched Content, so nanti lagi lama pembaca di blog korang apabila mereka klik untuk membaca artikel-artikel lain. 

Macam mana nak meningkatkan pendapatan Adsense dengan Matched Content?

Selain dari meningkatkan trafik di blog korang, Adsense akan memberi kelebihan dengan meletakkan ads pada Matched Content tersebut. 

Contoh iklan adsense dalam Matched Content di blog Iday :



Iday memang dapat jana pendapatan dari iklan Adsense pada Matched Content Iday. Antara jenis-jenis iklan yang ada dalam blog Iday, Matched Content yang paling banyak klik. 


Ini pula earning (bulanan) yang diperolehi dari iklan pada Matched Content di blog Iday. 



Tapi ingat, tujuan utama Matched Content adalah menambah trafik dan minat pembaca pada blog korang . So, jangan kecewa kalau paparan iklan belum muncul di Matched Content korang. 



Syarat-syarat untuk mendapatkan Matched Content

Untuk mereka yang dah ada Adsense dalam blog korang, korang boleh check samada blog korang boleh menggunakan Matched Content ni atau tidak. 

Ini kerana terdapat syarat-syarat yang perlu ada pada blog/website korang untuk dapatkan Matched Content ini. 

Syarat-syaratnya adalah (info 2016) :

- Trafik blog setiap hari melebihi 1000 visit
- Jumlah artikel melebihi 1000 (jumlah artikel + pages)
- Setiap artikel mesti ada unique images (gambar sendiri)


Cara untuk semak jika blog korang layak untuk menggunakan Matched Content


Korang boleh check samada blog korang ada fungsi Matched Content dengan mengikuti langkah-langkah di bawah :


1. Mula-mula Log in ke akaun Adsense
2. Pilih "Settings"
3. Kemudian klik "My Sites"

Nota :
- Jika ada "Matched Content"  dibawah menu "My Sites", blog korang layak menggunakan Matched Content.

4. Jika blog/website korang tersenarai, korang boleh menggunakan Matched Content



Cara dan tutorial meletakkan Matched Content dalam blog


1.  Log in ke akaun Adsense
2. Pada panel navigasi di sebelah kiri, klik "My ads"
3. Kemudian klik "+ New ad unit"



4. Pilih "Matched Content"(rujuk gambar di bawah)




5. Kemudian korang boleh ubahsuai "style" Matched Content mengikut kehendak korang.



6. Jika terdapat pilihan "Ad option", itu bermakna blog korang layak mendapatkan iklan Adsense pada Matched Content. Korang boleh pilih nama yang sesuai untuk nama ad unit korang (supaya senang nak track performance dekat report)



7. Kemudian boleh klik "Save" dan dapatkan code Matched Content



8. Tempat yang paling sesuai adalah di bawah artikel dan sebelum komen. Search perkataan /article> dan paste code Matched Content sebelum perkataan /article>




Siap! Nanti paparan Matched Content akan muncul di blog korang. 

Baru-baru ini pon, kawan blogger Iday iaitu Luqman telah berjaya mendapatkan Matched Content dan meletakkan di blog beliau. Luqman juga ada kongsikan tutorial memasang Matched Content. Korang juga boleh rujuk artikel Luqman pada link di bawah :


Selamat mencuba dan semoga artikel ini dapat membantu korang meningkatkan trafik dan pandapatan Google Adsense dengan Matched Content

Kalau ada masalah dengan tutorial ini, korang boleh komen di bawah atau tinggalkan mesej di Facebook Page Sayaiday (link).










Promosi KFC Bucket Berbaloi - BERBALOI KE?

Saturday, January 06, 2018
Hi Korang, 

KFC antara restoran makanan "fast food" yang Iday tak pernah bosan dan baru-baru ini mereka telah melancarkan promosi KFC BUCKET BERBALOI




Dulu zaman bujang, memang makan 1 set je. Sekarang dah ada family, memang kena order set bucket ni sebab lagi berbaloi sebenarnya. 




Apa yang membezakan dengan bucket sebelum ni adalah, diorang gantikan cheesy wedges dengan nuggets. Anak-anak kan lagi suka suka makan nuggets and set ini sebenarnya lagi murah dari set bucket yang sedia ada sebelum ni.


Harga bagi ketiga-tiga combo :


Bucket A Combo : RM28.90

✓ 5 ketul ayam
 Whipped potato
✓ 6 ketul nuggets
✓ 2 Pepsi (Regular)

Bucket B Combo : RM46.50

✓ 9 ketul ayam
 Whipped potato
✓ 6 ketul nuggets
✓ 1 Pepsi (1.5L)

Bucket B Combo : RM69.90

✓ 15 ketul ayam
 Whipped potato
✓ 6 ketul nuggets
✓ 1 Pepsi (1.5L)


Ini pula harga bucket yang biasa. Cuma kalau korang nak add on nugget, Iday prefer beli KFC Bucket Berbaloi. 




Sebab contoh kalau korang beli Bucket A Combo + Cheesy Wedges + Coleslow :




RM28.90 + RM6.50 + RM6.90 : RM42.30 


Lagi murah dari harga bucket biasa then siap dapat 6 ketul nuggets. Gituuuu la sampai buat pengiraan. Hahahaha 


Kesimpulannya, dengan harga RM42.30 tu, ini yang korang dapat :

Bucket A Combo : RM28.90
✓ 5 ketul ayam
 Whipped potato
✓ 6 ketul nuggets
✓ 2 Pepsi (Regular)

Add on :
✓ Cheesy Wedges (L)
 Coleslow (L)

Zaman sekarang, every sen sangat penting okay. 

So, kalau nak makan bersama family, memang berbaloi kalau kornag beli KFC Bucket Berbaloi ni. Diorang pon ada buat video untuk promosi ni :





Boleh dapatkan KFC Bucket Berbaloi di semua restoran KFC terdekat ye. Ini bukan artikel berbayar ye, Iday kongsikan apa Iday suka. Hehehe

Untuk info lanjut, layari website KFC MALAYSIA.

Kalau korang, datang KFC biasa order set yang mana? Berbaloi tak KFC Bucket yang baru ni? Boleh komen di bawah ye :)












Beli Meja Kerja Baru Simple Dan Cantik Dengan Harga Berpatutan

Tuesday, January 02, 2018
Hi Korang,

Ini artikel kedua untuk tahun 2018, artikel kali ini Iday nak kongsikan 2 benda yang Iday baru beli guna duit yang Iday dapat sebagai blogger dan video creator dekat Youtube. Alhamdulillah sangat sebab ini yang Iday nak dari dulu. 

Sebelum ini Iday pernah guna Macbook Pro, tapi dah selamat kena siram dengan air masak. Memang sedih la sebab Iday guna Macbook tu untuk kerja blog semua. Then rosak macam tu je. 



So, untuk permulaan tahun 2018 ni Iday nekad nak pakai iMac. Salah satu sebab adalah Iday nak aktif buat video. Awal tahun lepas Iday beli kamera Sony A6000. Memang cantik video dan gambar. So, tahun ini boleh la iday edit video guna imac, siap install Final Cut Pro. Hehehe



Selain dari iMac, Iday beli meja kerja baru. Iday banyak buat survey dekat Mudah. Islam la terer kalau nak check barang dari Mudah. Biasanya kitorang akan check kedai yang berdekatan dengan area rumah kitorang sebab nak terus pergi kedai. Tunggu online ni macam malas sikit, lagi-lagi barang furniture ni. Hehe

Awal-awal, Iday nak beli meja kerja L-shape sebab lagi luas. 



Tapi bila sampai kedai, tuan kedai bagi tengok meja-meja yang ada di website dia and terus berminat dengan meja dengan rak 4 tingkat. Sebab dah boleh bayang nak letak buku-buku kerja, alat tulis dan banyak lagi. Hehehe



Design dia simple je tapi cantik. Iday memang terus cakap dekat Islam yang Iday nak yang ini. Hehehe 




Ini gambar penuh meja kerja Iday. Memang nampak kosong lagi sebab Iday tak letak banyak barang. Ini pon lokasi sementara sebab Iday ingat nak letak tepi tingkap. Hehehe




Ini rak 4 tingkat tu. Sebenarnya lagi sesui kalau korang letak tepi dinding. Kalau susunan macam ni, nampak open sangat rak tu. Hehe

Komen Iday tentang meja ni, memang luas. Iday pulak banyak buku-buku nota, memang letak je atas meja tu. Then meja ni memang agak kukuh. Takde rasa goyang ke. Nak pasang pon senang. Memang akan ada kertas, bagi step cara nak pasang. 




Memang 100% puas hati dengan meja kerja ni. Semangat betul nak buat kerja dapat meja macam ni. Hehehe



Kerusi pon Iday tak beli lagi. Sekarang pon tengah survey-survey kerusi yang sesuai di website Mudah atau Lazada. 


So, kitorang terus bayar cash dan beli meja tu. Hehehe

Tapi kalau korang betul-betul berminat, dekat Lazada pon ada. Iday ada letakkan gambar dan link untuk korang pilih di bawah. Cuma design yang hitam ni, Iday tak jumpa. And harga dekat Lazada lagi murah sebenarnya. Hahaha 


Contohnya meja Iday sebiji sama dengan yang no 3 diatas dan iday beli dengan harga RM219 dekat Mudah. So, harga dekat Lazada tu memang lagi murah, RM145 kot. Mana tahu ada voucher, boleh guna. Hehehe

InsyaAllah nanti Iday akan check kerusi dekat Lazada dan Shopee. Harap dapat yang murah. Hehehe

Tapi kalau korang berminat dengan meja Iday tu, boleh komen di bawah. Kalau ramai request, Iday akan share link. Hehehe

Update : Disebabkan ramai orang request link walaupon harga website ni mahal sikit, Iday letak link website di bawah :



Alamat Kedai :

Tralas Enterprise (002483013-V) 
Lot 3-108 (Wuber), 3rd Floor Endah Parade 
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur Malaysia 
Tel : 0123658316 (whatsapp) 
Email : mywuber@gmail.com



So, antara meja-meja di atas, design mana paling korang suka? Hehehe


Terima kasih singgah baca "Beli Meja Kerja Baru Simple Dan Cantik Dengan Harga Berpatutan" . Kalau suka artikel ni, boleh share :)









Resepi Mudah Ayam Masak Lemak Cili Api (Cendawan/Kentang)

Monday, January 01, 2018
Hi Korang, 

Kali ini Iday nak kongsikan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Cendawan. Iday memang paling suka masakan Lemak Cili Api ni sebab mudah dan sedap. 





Iday banyak share resepi masak lemak dalam blog ini, korang boleh check link di bawah :




Cuma kali ini Iday tambah cendawan dalam resepi masak lemak cili api Iday. Kebiasaanya Iday akan letak kentang. So, kalau korang tiada cendawan, boleh gantikan dengan kentang. 


Kalau nak tahu, cendawan ni korang letak la dalam apa-apa masakan, memang sedap. Haha



Bahan-bahan yang diperlukan

 8 ketul ayam
→ 1 keping asam keping atau 1 sudu asam jawa
→ 1 mangkuk cendawan (Iday guna cendawan berangan)
→ 1/2 kotak santan
→ 2 batang serai diketuk
→ gula dan garam secukupnya
→ 1 cawan air
→ daun kunyit yang dihiris

Bahan Kisar


→ 15 biji cili hijau (boleh letak lebih kalau nak pedas)

→ 5 biji bawang merah 
→ 2 ulas bawang putih
→ 1/2 biji bawang besar
→ 1 genggam ikan bilis
→ 1 inci kunyit hidup






Cara-cara memasak Ayam Masak Lemak Cili Api Cendawan

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama 2 batang serai yang diketuk.


2. Bila terbit bau, masukkan cendawan dan ayam. Kacau rata.


3. Masukkan air dan santan. Kemudian masukkan asam keping atau asam jawa.


4. Tambah daun kunyit. Kacau sekali-sekali hingga terbit minyak


5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambah air jika perlu


6. Masak lagi dan kacau hingga ayam empuk.




7. Bila ayam dah masak dan rasa kuah dah sedap, boleh dihidang.




Mudah kan nak masak Ayam Masak Lemak Cili Api ni. Korang boleh makan panas-panas dengan nasi putih bersama hirisan timun. Siap bertambah-tambah lagi. Hehehe



Korang boleh cuba resepi lain di blog Iday dengan klik gambar di bawah :



Selamat mencuba! 

Terima kasih sudi baca Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api (Cendawan/Kentang)!









Follow My Instagram

Blog Archive