Hi Korang!

Artikel kali ini Iday nak share tentang 8 fakta menarik tentang Ernie Zakri yang ramai orang tak tahu. Sebenarnya fakta-fakta ini pon Iday baru tahu selepas membuat sedikit research untuk tahu siapa sebenarnya Ernie Zakri.

Tapi kalau korang dah tahu, takpe. Artikel ini perkongsian untuk orang yang tak tahu. Haha



Sebab Iday kagum dengan vokal dan persembahan Ernie Zakri ketika pentas akhir Anugerah Juara Lagu. So, dah jadi peminat Ernie ni. Hehehe

Anak saudara Ziana Zain dan Anuar Zain

Ernie Zakri merupakan anak saudara Ziana Zain dan Anuar Zain tetapi tidak pernah menggunakan nama mereka untuk menempa nama dalam industri nyanyian. 

"Saya rasakan biarlah saya bertatih sendiri untuk mencari tapak dalam bidang yang saya cintai ini. Mereka juga melalui jalan yang berliku untuk sampai ke tahap sekarang, jadi biarlah saya merasai pengalaman yang sama walaupun mencabar", kenyataan Ernie dalam Astro Gempak Jan 2017.

Ernie dan Ziana Zain pernah menjadi penghias muka depan sisipan Rap di Harian Metro pada edisi Jun 2017.


Ziana Zain juga mengucapkan tahniah di Instagram dan kemudiannya mendapat komen dari Ernie Zakri "Thank you so much Mak Long"


Comel tengok Anuar Zain dalam video ni hehehe


No wonder suara Ernie Zakri power, rupanya memang berdarah seni. Iday hormat keputusan Ernie Zakri yang ingin dikenali atas usahanya sendiri dalam bidang nyanyian. 

Atleast dia nak rasa kesusahan macam mana nak menjadi penyanyi di Malaysia, tapi bukan sekadar penyanyi biasa, penyanyi yang mempunyai vokal yang hebat. 


Juara Bintang RTM 2009

Ernie Zakri bukan sahaja dinobat sebagai juara Bintang RTM 2009 tetapi juga mencipta rekod baru apabila menjadi peserta termuda Bintang RTM. 

Ernie Zakri ketika itu berusia 17 tahun menyanyikan lagu berjudul Kau Yang Istimewa (nyanyian Aishah) dan Cahaya (Kris Dayanti).


Walaupun pernah memenangi Bintang RTM 2009, Ernie meluahkan dia masih belum diketahui ramai. Iday memang tak pernah tengok Bintang RTM so lagi la tak pernah tahu tentang Ernie ni. 

Masa tahun 2009 tu dekat universiti busy buat final project. konon :p


Pernah menjadi Guru Vokal Siti Nordiana, Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite


Ernie Zakri pernah berputus asa apabila karier nyanyian tidak menjadi selepas menjuarai Bintang RTM 2009. Namun beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi guru vokal pada tahun 2014. 

Beliau merupakan bekas graduan Ijazah Sarjana Muzik di Universiti Malaya. 

Ernie mula menjadi guru vokal di Akademi Muzik Bentley dan tidak menyangka Siti Nordiana, Sarah, Amira dan Azza sudi menjadi pelajarnya.



Mengeluarkan 8 single dan 1 album

Sejak memenangi Bintang RTM 2009, Ernie Zakri telah mengeluarkan 8 lagu dan 1 album iaitu Sinaran.  Antara lagu single Ernie adalah :

Mahu Ingin Bercinta (2011) 
Rindu Bukan Teman (2011) 
Khalimah Janji (2012) 
Takkan Pudar (2015) 
Ini Yang Ku Mahu (2015) 
Jangan Marah (2016) 
Aku Cinta (2017) (duet bersama Syamel)

Nama Ernie mula menjadi perhatian selepas lagu Jangan Marah dimainkan di radio. 

Serius, Iday tak pernah tahu lagu-lagu ni melainkan lagu Aku Cinta. Nampak tak macam mana susah dan usaha dia nak menapak dalam industri muzik Malaysia ni. 

Sedih pulak bila tengok dah banyak keluar single tapi tak dapat sambutan. Takpe, sekarang Ernie dah berjaya angkat nama dia malah dah menang anugerah Vokal Terbaik AJL32. Hehe


Pernah Mengantikan Tasha Manshahar ketika Separuh Akhir AJL 31

Ernie Zakri kali pertama membuat persembahan di AJL ketika menggantikan Tasha Manshahar untuk lagu Ragu-ragu. 


Then AJL32 baru-baru ini adalah penampilan sulong beliau sebagai finalist. Kali pertama ke pentas akhir dah berjaya menang anugerah Vokal Terbaik AJL yang sebelum ini dipegang oleh Dayang selama 3 tahun berturut-turut. Tahniah!





Juara Duo Star 2017 Dan Mendapat Standing Ovation Dari Dato' Hattan

Mula mendapat perhatian selepas menjadi juara Duo Star bersama Syamel dan bersyukur usahanya sejak tahun 2009 membuahkan hasil. 

Persembahan lagu Bujang Senang ini mendapat "standing ovation" dari Dato' Hattan. Ini adalah sudutan video dari Duo Star minggu 5.


Pasangan tersebut berjaya merangkul wang tunai sebanyak RM100,000 tajaan AuraWhite, baucar tunai Go Shop bernilai RM4000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Ernie Zakri hanya mula mengenali Syamel sebagai juara Akademi Fantasia 2015 dan mula rapat setelah sama-sama menyertai Duo Star. Mempunyai usia yang sebaya menyebabkan mereka mula serasi sehingga disalaherti sebagai pasangan yang bercinta. 

Tetapi Ernie menafikan dan hubungan mereka hanya setakat sahabat baik. Korang ni, asal rapat sikit cakap ada hubungan cinta. Hehe


Dijemput Untuk Buat Persembahan Bersama Dato' Siti Nurhaliza

Dalam majlis fesyen show Dato' Siti Nurhaliza, Ernie dihubungi oleh pihak Dato' Siti untuk membuat persembahan dan berduet dengan Dato' Siti Nurhaliza. Wahh bukan senang nak dapat peluang seperti ini.


Kemudian baru-baru ini, Dato' Siti memberi pujian atas persembahan Ernie Zakri dan Syamel ketika AJL 32.

Kawan baik kepada Instafamous Naddy Sushi

Hahaha ini tak penting pon tetapi saja nak letak dalam list. 

So, Naddy Sushi ni antara Instafamous popular di Malaysia dengan jumlah pengikut di Instagram melebihi 400K. Naddy ni pon mempunyai suara yang sedap. Mana tahu nanti dia ikut jejak Ernie. Hehehe



------------

So, itulah 8 fakta menarik tentang Ernie Zakri. Jujur Iday mula mengenali Ernie selepas rancangan Duo Star dan tak sangka yang dia dah menapak di industri muzik Malaysia sejak tahun 2009. 

Kemudian persembahan Ernie Zakri dan Syamel di pentas akhir AJL32 mula melonjakan naik nama artis tersebut. 




Sekarang video persembahan mereka telah trending di Malaysia dan mempunyai jumlah tontonan lebih 1 juta pada hari pertama disiarkan. 



Akhirnya usaha Ernie Zakri berhasil dan Iday tak sabar nak dengar lagu-lagu terbaru dari Ernie Zakri. Hehe

Tahniah Ernie Zakri dan Syamel!




Nota Tepi : Dekat mana nak register nak jadi ahli kelab peminat Ernie Zakri? Hehe

Hi Korang!

Artikel kali ini Iday nak share lokasi tempat makan best di Bukit Jalil iaitu cafe My Own Bakes. Cafe ini terletak di Eight Kinrara Puchong, memang betul-betul bersebelahan dengan Giant Kinrara. 


Dalam artikel ini, Iday akan share menu apa yang best dan review tentang restoran ini. So, kalau sesiapa yang tinggal di Bukit Jalil, Puchong atau kawasan berdekatan, boleh la datang dan cuba makanan di restoran My Own Bakes ni. 

Video teaser :






Sebelum ini My Own Bakes hanya menjual homemade cake dan dessert dan kek Red Kebaya dan kek Baba Nyonya antara yang paling popular di sini. Setelah menerima penerimaan yang baik dari pelanggan yang datang ke cafe, My Own Bakes mula menawarkan menu tambahan iaitu menu western.





Carbonara Pasta



Kuah carbonara tak terlalu pekat, so memang tak muak. Iday suka cara diorang hidang makanan ni, tak sarat dengan dekorasi. Iday recommend menu ni untuk anak-anak, diorang mesti suka. Hehehe

Menu Carbonara Pasta ni memang antara kegemaran Iday dekat My Own Bakes. Korang boleh cuba okay. 

Nota tepi : Korang boleh cuba request extra spicy, memang sedap! Hehe


Aglio Olio Beef Pasta




Kalau korang tak suka pasta yang jenis berkuah, korang boleh cuba Aglio Olio Pasta. Iday selalu makan yang seafood, ini kali pertama Iday makan yang beef. Sedap tapi still prefer yang seafood. Hehe So, Iday harap akan datang diorang ada menu Aglio Olio Seafood Pasta.

Oh, biasa Aglio Olio yang Iday makan ada rasa pedas. Tapi yang ni tak pedas sangat. 




Bolognese Pasta





Ini memang kegemaran Islam dan yang peliknya sebelum ini dia memang tak suka kuah bolognese. Tapi dekat My Own Bakes, Islam suka and dia cakap sebab rasa kuah tak terlalu strong. 




Mungkin sebab yang biasa Islam makan tu, bolognese dari tin. Kalau dekat My Own Bakes ni semua homemade dekat cafe tu. Hehe So, highly recommend untuk cuba menu ni. 





Croissant Tuna Sandwich



Kalau korang tak nak order pasta, korang boleh order Croissant Tuna Sandwich. Korang boleh order secara ala cartΓ¨ atau set dengan tea/coffee.

Memang besar portionnya, dalam roti tu ada tuna, salad, tomato dan cheese. Harga untuk ala cartΓ¨ adalah RM15 dan set RM20. 

Oh diorang punya fries pon sedap. Hehehe






MOB Special Waffle


Omg, ini memang pilihan utama Iday kalau datang makan dekat My Own Bakes. Diorang punya dessert memang terbaik. Iday suka sangat MOB Special Waffle and tengok portion dia, besar kot.  



Iday suka makan panas-panas dan celup dalam ais krim tu. Then kalau korang perasan, on top of waffle tu diorang ada tabur cookie crumb. Itu yang lagi sedap. 




Okay, ini antara makanan-makanan yang Iday order kalau Iday nak lunch atau dinner. Kalau korang just nak datang lepak minum coffee or kek. Ini antara kek yang Iday nak cadangkan untuk korang cuba. 


Red Kebaya




Serius sedap wey! Patutla ramai orang order menu ni. Masa Iday datang hari tu pon ada beberapa slice je lagi. Sebenarnya ini kek red velvet, tapi nama glamour dia Red Kebaya. Hehehe

Iday suka dengan kek ni sebab dia tak terlalu manis. Kemanisan dia memang okay-okay, takdela nak sampai potong kaki. Yang paling penting, memang homemade ye.



Iday suka rasa cheese pada Red Kebaya ni. Memang tak cukup la kalau makan 1 slice. Hehe

Korang boleh beli 1 biji kek atau one slice macam ni. Nanti Iday bagi contact detail diorang kalau korang nak tanya harga untuk booking. Sebab diorang pon ada buat service buat kek untuk event. Hehe








Baba Nyonya




Ini kegemaran Islam. Iday tak suka sangat sebab rasa pandan. Hehe Tapi kalau korang suka kek pandan, korang boleh try. Islam memang suka sangat la. 





Carrot Cake


Ini antara kek paling popular dekat sini. Kalau korang suka kacang-kacang, boleh try carrot cake ni. Apa yang best, ada banyak walnut and raisin. Siap ada slice of carrot lagi. Hehehe



Nampak tak kacang-kacang tu? Hahaha




Iced Tropical Shaken Tea





Selain dari kek, diorang juga ada jual cupcake, cookies, roti dan dessert lain. Next time datang sini, Iday nak try menu-menu lain. Iday tak sempat minum coffee dekat sini sebab hari tu Iday order Iced Tropikal Shaken Tea. 


















Dekorasi dekat sini pon tak sarat sangat. Iday rasa owner My Own Bakes ni mesti suka bunga sebab every sudut ada bunga, tapi tak crowded. 





Iday paling suka sudut makan bersofa, agak privasi dan boleh jadi tempat lepak dengan kawan-kawan.


Nice kan? Hehe



Hiasan pada dinding yang bertemakan "Star Wars".






Review Keseluruhan

Rating : 

Outlook : 5.0
Hiasan pada menu tidak keterlaluan. Apa yang diorang letak, itu yang korang makan. Hehe Kek pon nampak menyelerakan dan cantik. 

Creativity : 4.0
Dekorasi pada kek memang kreatif. Nama dessert pon menarik.

Taste : 4.9
Menu western bagi Iday memang sedap. Kek memang tak dinafikan super delicious. Nanti kena cuba kek-kek lain jugak. Hehe

Price : 4.0
Harga memang berbaloi. Tapi yang kek tu, 1 slice tak silap Iday lebih RM10. Tapi rasa sedap, so okay la.  

Overall : 4.50

Komen Lain :

Ambiance : Banyak tempat duduk, ada ruang untuk kanak-kanak dan ruang lepak bersofa. Lampu banyak dan warna terang. Sesuai untuk Instagrammer. Hehe

Service : Staff buat kerja dengan bagus dan cepat. Konsep cafe ini adalah self service. So, kena order dan bayar dekat kaunter.

Food Service Speed : Makanan sampai dengan cepat tetapi mungkin bergantung pada crowd.

Will Revisit?
Hahahahahaa mestilah, tapi bukan selalu la (kot) . Nak try semua kek. Lagipon cafe ini memang dekat sangat dengan rumah. Jujur Iday cakap, tak banyak kedai kek area rumah Iday. Glad I found one. Hehehe Lepas ni senang la nak cari kedai kek dekat Bukit Jalil.




Senarai Outlet My Own Bakes Di Malaysia:

Subang Parade
GC - 08 Ground Floor
Waktu Operasi : 10 pagi - 10 malam

Eight Kinrara
B-LG-11, Jln 5A/3B, Bandar Kinrara 5
Waktu Operasi : 11 pagi - 10 malam
Tutup setiap hari selasa


Website dan Social Media :


https://www.facebook.com/myownbakescafe/
https://www.instagram.com/myownbakescafe/

(tengah fikir nak makan kek ape ke?)


(Disclaimer: Artikel ini tidak berbayar, semua pandangan dan komen based on my preference)
Hi Korang!


Anugerah Juara Lagu adalah antara anugerah yang dinantikan setiap tahun. Anugerah ini menobatkan lagu terbaik tahunan bagi karya muzik Malaysia. Yang pastinya pemilihan pemenang bukan dibuat berdasarkan populariti atau undian peminat. 


Penilaian tertumpu kepada melodi, lirik dan persembahan artis pada malam anugerah tersebut. Apa yang menariknya tahun ini adalah barisan finalist kebanyakkannya adalah penyanyi-penyanyi baru dan kali pertama melangkah ke pentas AJL.

Senarai Hadiah AJL32 untuk pemenang :
Juara - RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10, 000 
Tempat Kedua - RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000 
Tempat Ketiga - RM 20, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000 

Vokal Terbaik - RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000 
Persembahan Terbaik - RM12, 000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 & telefon pintar Samsung A8 

Anugerah Penyanyi Pilihan - Samsung Trofi & telefon pintar Samsung A8+.

Berikut adalah senarai peserta yang berjaya ke peringkat akhir AJL32 dan juga keputusan pemenang AJL32 :

Tajuk LaguPenyanyiKomposerPenulis LirikKeputusan
Akhirnya CintaSalma AsisAjaiSlen-
BayangKhai BaharHarry KhalifahPatrick AnohadaAnugerah Penyanyi Pilihan Samsung
SejatiAzmi Caliph BuskerFaizal Tahir dan Mike ChanFaizal Tahir dan Mike ChanTempat Kedua
AmboiAltimetNavigatorAltimetAnugerah Persembahan Terbaik
Aku Yang SebenarHazama Datuk M. NasirAd Samad-
Warkah UntukkuAra JohariHang NadimLaq-
Separuh Mati Ku BercintaDayang NurfaizahAjaiAjai-
Lebih SempurnaSyamelSyamelSyamel-
Tergantung SepiHaqiem RusliGouffran dan IbnuGouffran dan IbnuTempat Ketiga
JampiHael HusainiHael Husaini dan Ezra KongHael Husaini dan Ezra KongTempat Pertama
Menahan RinduWany HasritaGouffran dan IbnuGouffran dan Ibnu-
Aku CintaSyamel dan Ernie ZakriSyamelSyamelVokal Terbaik












Sekitar persembahan konsert AJL32 :

Syamel - Lebih Sempurna

Azmi Caliph Busker - Sejati

Hazama - Aku Yang Sebenar

Wany Hasrita - Menahan Rindu

Tahniah kepada semua pemenang!