Food Review : Dubuyo @ IOI Mall Puchong

9



Hi Korang!

Artikel kali ini Iday nak share pengalaman Iday makan di restoran makanan Korea iaitu Dubuyo. Sebenarnya Iday dah banyak kali makan dekat Dubuyo tetapi baru nak rajinkan diri untuk tulis review makanan di sini dalam blog.





Disebabkan Iday dah banyak kali makan sini and dah macam-macam menu Iday dah cuba, Iday decide nak share menu kegemaran Iday dekat restoran Dubuyo. Kiranya highlight yang paling sedap bagi Iday. Sebab ada juga menu lain yang Iday cuba tapi Iday kurang suka.

Ini video snapshot apa yang Iday makan dekat Dubuyo :




Iday selalu makan restoran Duboyo dekat IOI Mall Puchong sebab dekat dengan rumah. Kalau korang nak tahu, restoran Duboya dah ada 16 cawangan di seluruh Malaysia. Nanti Iday senaraikan ke semua cawangan di penghujung artikel ini. 




Menu Kegemaran



Menu kegemaran yang Iday selalu order dekat Dubuyo adalah set Soondubu Jigae Beef. Set ini didatangi dengan  1 mangkuk nasi perang dan 3 side dishes. Yang bestnya, korang boleh tambah kalau side dish korang dah habis. Iday memang selalu tambah kimchi. Hehehe 




Harga untuk satu set Soondubu Jigae Beef adalah RM21.90. Kalau korang nak Soondubu Jigae Chiken dan Soondubu Jigae Seafood pon ada. Tapi Iday prefer daging sebab Iday suka daging. Hehehe



Dalam set Soondubu Jigae Beef  tu ada tauhu, telur dan daging. Iday tak reti nak describe rasa kuah Soondubu Jigae Beef tapi memang sedap. Makan panas-panas dengan nasi perang. Memang menu wajib Iday kalau datang dekat Dubuyo.

Iday ada baca yang sepatutnya Soondubu Jigae pedas tapi dekat Dubuyo ni memang tak rasa pedas. Ada jugak yang komen dan bagi review tentang ni dekat website Tripadvisor. Tapi disebabkan Iday belum pernah makan yang betul2 versi Korea, bagi Iday yang ni rasanya okay.

Promosi Berbaloi Dubuyo

Disebabkan Iday banyak kali datang, Iday decide nak ambil "Meal Set For Two" yang berharga RM 56.85 sebab lagi berbaloi. Siap ada pemanis mulut dan minuman pilihan. 



Tapi kalau korang nak check promo-promo lain atau sebarang contest yang dianjurkan, kena follow IG diorang. Iday kalau nak check promosi harga diskaun, memang akan check IG diorang. Hehehe

Review Keseluruhan

Rating : 

Outlook : 4.5
Takdelah sama 100% dengan gambar pada menu. Then pada gambar menu pon dah mention "Picture are for illustration purposes only"

Creativity : 4.0
Hidangan simple dan tidak sarat dengan hiasan. Memang nampak menyelerakan.

Taste : 4.9
Menu-menu lain seperti Pa-Jeon dan Japchae Iday tak berapa suka sangat tetapi Soondubu Jigae Beef memang sedap. Iday suka kuah dia (cawangan IOI Mall Puchong)

Price : 4
Agak mahal tetapi masih berbaloi sebab portion dia banyak dan ada free flow side dishes.

Overall : 4.35




Komen Lain :

Ambiance : Ini review tentang restoran cawangan di IOI Mall Puchong. Banyak tempat duduk yang tersedia dan meja memang agak besar even untuk 2 orang. Kalau masuk restoran ni memang akan dijamu dengan lagu Korea. Hahaha

Service : Staff buat kerja dengan bagus dan cepat. Ada yang mesra dan ada yang susah senyum. Tapi bagi Iday setakat ini memang okay dan tak pernah ada order yang salah. 

Food Service Speed : Makanan sampai dengan cepat tetapi mungkin bergantung pada crowd.

Will Revisit?
Hahahahahaa mestilah, tapi bukan selalu la. Mungkin sebulan sekali. Hehehe Islam pon melayan je la aku punya makan. Hahaha





Senarai Outlet Dubuyo Di Malaysia:

Mid Valley Megamall (LG-048, Lower Ground Floor)
Sunway Putra Mall (4-84 & 88, Fourth Floor)
Berjaya Times Square (04-99 & 04-99A, 4th Floor)
Sunway Pyramid Shopping Mall (Lot No.LG 2.92, Lower Ground 2)
Nu Sentral (Unit L4.04, Level 4)
Quill City Mall (LG-08, Lower Ground Floor)
IOI City Mall (Lot No. LG 44, Lower Ground Floor)
IOI Mall Puchong (Lot EG8A & EG8B, Ground Floor)
The Mines (L1-80/81 & L1-80/81(ORA), Level 1)
KL Sogo (L6-R7 & L6-R7A, Level 6)
Sunway Velocity Mall (B-22, Basement One)
Kuantan City Mall (GF-13 & 13A, Ground Floor)
Genting Highlands Premium Outlets (Suite No. 1108)
Seremban Prima Mall (Lot G-23 & G-24, Ground Floor)
AEON Mall Bandar Dato' Onn (Level 2, Lot S26)
IMAGO Shopping Mall (B18/48, Basement Floor)

Website dan Social Media :

http://www.dubuyo.com/
https://www.facebook.com/DubuYo.urbankoreanfood/
https://www.instagram.com/dubuyo_official/




Alhamdulillah Kenyang! :)







(Disclaimer: Artikel ini tidak berbayar, semua pandangan dan komen based on my preference)

Tags

Post a Comment

9Comments
  1. Boleh try nanti ni.
    CF baru nak berjinak dengan makanan korea.
    Hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Tengok harga pun ok sgt ni.. Boleh ajk fmly atau kawan2 nanti.. Kat kuantan pun ada.. Blh turun kuantan la dekat sikit

    ReplyDelete
  3. Emi pun banyak kali dah makan kat dubuto tapi tak pernah pun review kat blog. sebab makanan smpai jr lelaju makan. gelojoh haha

    ReplyDelete
  4. Memang peminat makanan Korea ya.harga makanan pun tak mahal.

    ReplyDelete
  5. Wahh nasi perang ye..elok lah sape nak diet kan..menu2 korea ni kan mmg lm nk rasa tp xtau kt mn..nti boleh try dtg sini

    ReplyDelete
  6. Bolehlah cuba nanti.. tak pernah cuba hidangan korea lagi. Masuk Kyochon pun order ayam je.hihihi

    ReplyDelete
  7. Boleh try jugak ni makan2 dgn keluarga next time

    ReplyDelete
  8. Boleh try jugak ni makan2 dgn keluarga next time

    ReplyDelete
  9. Now rasa tempted nak cuba. Before this selalu go for Japanese food but mungkin tiba masanya untuk cuba Korean food pulak! Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment