Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) - Tahniah Hael Husaini!


Hi Korang!


Anugerah Juara Lagu adalah antara anugerah yang dinantikan setiap tahun. Anugerah ini menobatkan lagu terbaik tahunan bagi karya muzik Malaysia. Yang pastinya pemilihan pemenang bukan dibuat berdasarkan populariti atau undian peminat. 


Penilaian tertumpu kepada melodi, lirik dan persembahan artis pada malam anugerah tersebut. Apa yang menariknya tahun ini adalah barisan finalist kebanyakkannya adalah penyanyi-penyanyi baru dan kali pertama melangkah ke pentas AJL.

Senarai Hadiah AJL32 untuk pemenang :
Juara - RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10, 000 
Tempat Kedua - RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000 
Tempat Ketiga - RM 20, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000 

Vokal Terbaik - RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000 
Persembahan Terbaik - RM12, 000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 & telefon pintar Samsung A8 

Anugerah Penyanyi Pilihan - Samsung Trofi & telefon pintar Samsung A8+.

Berikut adalah senarai peserta yang berjaya ke peringkat akhir AJL32 dan juga keputusan pemenang AJL32 :

Tajuk LaguPenyanyiKomposerPenulis LirikKeputusan
Akhirnya CintaSalma AsisAjaiSlen-
BayangKhai BaharHarry KhalifahPatrick AnohadaAnugerah Penyanyi Pilihan Samsung
SejatiAzmi Caliph BuskerFaizal Tahir dan Mike ChanFaizal Tahir dan Mike ChanTempat Kedua
AmboiAltimetNavigatorAltimetAnugerah Persembahan Terbaik
Aku Yang SebenarHazama Datuk M. NasirAd Samad-
Warkah UntukkuAra JohariHang NadimLaq-
Separuh Mati Ku BercintaDayang NurfaizahAjaiAjai-
Lebih SempurnaSyamelSyamelSyamel-
Tergantung SepiHaqiem RusliGouffran dan IbnuGouffran dan IbnuTempat Ketiga
JampiHael HusainiHael Husaini dan Ezra KongHael Husaini dan Ezra KongTempat Pertama
Menahan RinduWany HasritaGouffran dan IbnuGouffran dan Ibnu-
Aku CintaSyamel dan Ernie ZakriSyamelSyamelVokal Terbaik












Sekitar persembahan konsert AJL32 :

Syamel - Lebih Sempurna

Azmi Caliph Busker - Sejati

Hazama - Aku Yang Sebenar

Wany Hasrita - Menahan Rindu

Tahniah kepada semua pemenang!

2 comments:

  1. Persembahan yang menarik walau tak tengok semua. Pengacara pun tak bosan.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Suka sangat suara Ernie...fuhh mantap!

    ReplyDelete