7 Jenis Rakan Satu Pejabat Yang 'ANNOYING'

6

Hi Korang!



Iday tahu, mesti ramai yang hadapi keadaan macam ni. Kadang-kadang boleh buat kita stress di tempat kerja. Sebab tu iday harap, pada sesiapa yang baca and rasa perangai korang macam ni, sila la berubah sebelum kena campak laptop or komputer dekat muka. Hahahaha



1.Jenis hentak-hentak mouse, tekan keyboard kuat-kuat.


Iday sebenarnya tak faham jenis manusia macam ni, kalau mouse tu tak gerak or lembab ke ape, pergi tukar bateri la. Pastu pergi hentak-hentak. Bising la. Orang lain nak buat kerja jugak. 

Pastu bila ada jugak jenis tak puas hati dengan kerja, hentak mouse, tekan keyboard kuat-kuat. 

Tolong la buat kerja elok-elok, respect orang sebelah-sebelah. Kalau kau tinggal dalam bilik sorang-sorang, aku tak kisah. Ni open space. Sebatu boleh dengar kau hentak-hentak mouse. 

2. Jenis dengar lagu guna earphone, tapi kuat nak bagi semua orang dengar.

Ada jenis orang yang suka dengar lagu time kerja, aku tak kisah. Biasalah, masing-masing ada cara kerja diorang. Tapi yang aku tak faham, jenis dengar lagu dengan earphone, tapi kuat macam speaker. BINGIT lah! Hahahaha 

Then, siap menyanyi riang. Walaupon secara perlahan tapi orang still boleh dengar.




Tapi, kadang-kadang dia tak sedar. sebab tengah asyik melayan soul sambil buat kerja. So, kena tegur. Kalau still sama macam tu. cabut earphone tu, bagi dia makan! Hahahaha




3. Jenis tak buat kerja, or lambat submit kerja.

Okay, ni jenis kalau yang agih-agih kerja. Contohnya macam content kan, ada 2 pekerja. So, boss cakap 1 minggu kena 60 content kena siapkan. 

Kau dapat 30, kawan kau, Abu dapat 30. Tapi nak masuk hari rabu tu, Abu TAK SIAP! So, boss cakap. Tolong Abu, siapkan part dia. Whatttt!

SAKIT HATI tak kawan2? Macam kau buat kerja lebih untuk orang lain. 


Kalau jenis lembab sebab konon-konon buat kerja detail, takpe jugak. Ni on facebook, on twitter, tengok beautifulnara, rotikaya, siakap keli, pen merah. GRRRRR! 


4. Jenis "TOLONG BELIKAN"

Iday tak kisah kalau sekali dua, tapi ni tiap-tiap kali. Paling sakit hati kalau jenis :

"Iday, tolong belikan Nasi Goreng Daging, taknak bawang, nak pedas, daging tu nak asing, mintak sup kosong sekali, oh, tak cukup duit, tolong tambah er". Elok aku bungkus makanan dari tong sampah je untuk orang macam ni. Hahaha

Bila nak order makan dekat kawan sepejabat, jangan susahkan dia dengan pesan benda-benda rumit. Then, sila bagi duit secukupnya. Jangan jenis tak bayar pulak. 

Iday dah banyak jumpa jenis order makan tak bayar. Bukan nak berkira, cuma kalau selalu, penat jugak. Asyik aku bayar cukai GST. 


5. Jenis mulut asyik mengeluh tapi kuat

Pernah tak sejenis manusia, kalau buat kerja. Kerja dia macam tak kena. Dia akan buat bunyi macam ni. 

"Aishhhh" "Aduhhhhh" "Fu$*laaaa" "ISHHHH" "AYOOOOO" "SHITTTT" "ARGGGGGH"

tapi, dia cakap kuat-kuat. 




Kalau la dapat jahit mulut dia tu. 


6. Jenis cakap phone kuat-kuat


Kalau kau PR or partnership yang kena cakap dengan client iday okay lagi, tapi jenis cakap dengan family or kawan-kawan. Kau nak cakap kuat-kuat dah kenapa. 

Pergi la keluar, cakap dekat lobi ke ape. NO ONE EVEN CARE pon apa kau nak sembang dengan family/kawan kau tu. 


7. Jenis makan dalam office, tapi bersepah then semut datang.

Ni jenis manusia penyayang. Sebab dia belikan makanan, makan dalam office, then dia bagi sikit dekat semut-semut dalam office ni. 

Pastu meja penuh semut. sampai dalam baju semut. Makan betul-betul la, kalau tumpah lap (Sebab iday selalu tumpah HAHAHA) . Sebab bukan kau seorang yang kerja kat office tu. 



Okay, iday dapat bagi 7 je. Sebenarnya banyak lagi, tapi yang tujuh ni yang paling iday menyampah . So, kalau ada yang lain-lain, yang korang tengah rasa sekarang. Boleh la share, meh kita buat sesi luah perasaan kat sini. Hahahaha

Tags

Post a Comment

6Comments
  1. hahaha
    jenis cakap phone kuat2 tu yang rimas tu
    satu ofis dengar apa yang dicakap
    padahal cerita pasal jeruk mangga ja pun
    hahaha

    ReplyDelete
  2. nasib baik mummy bukan jenis lagu ni.. tp bab hentak2 tu.. ada lah sorang. masuk bilik ayaq hempuk pintu, masuk bilik suh daftar surat pun hempuk pintu..adoiii la pitam..ahhaha

    ReplyDelete
  3. Lain kali bab makan kena diam2... kalo buat announcement confirm jadi mangsa.. ada jugaklah 2,3 orang kat opis ni mummy dah tanda pangkah..hahaha :P

    ReplyDelete
  4. hahahhaa. semua di atas tu ade kat kawan-kawan ofis saya. kadang2 geram. tapi kadang2 lucu pun ade. macam2 perangai diorang ni. hehehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha yang panda mengamok tu kelakor , tapi memamg betol laa , yang paling sakit hati jenis yang tak buat keje tu , buat ape pg keje mcm tu , adoilla.

    ReplyDelete
  6. Hahah, boleh stress juga kalau kena menghadapa officemate macam ni. Kalau dah tak tahan sangat, cakap je elok2 face to face dengan nada yang sesuai. InsyaAllah dia boleh terima :)

    ReplyDelete
Post a Comment