Mother (Call Me Mother) : Korean Drama Review Dan Info

5

Hi Korang!

Dah lama tak buat "Korean Drama Review" dalam blog ni. So, kali ini Iday nak buat review tentang drama Mother (Call Me Mother). Drama ini sebenarnya adaptasi dari drama jepun dan telah tamat ditayangkan di Korea.



Drama 16 episod ini memang mendapat liputan meluas di sana kerana jalan cerita dan rating yang tinggi untuk setiap episod.

Memang emosi terganggu tengok drama ni, sila sediakan tisu banyak-banyak.




Info Drama

Jumlah episod : 16
Network : TvN
Pengarah : Kim Cheol-Kyu
Genre : Drama
Pelakon-pelakon : Lee Bo-Young, Heo Yool, Lee Hye-Young, Ko Sung-Hee, Lee Jae-Yoon dan ramai lagi.


Sinopsis



Mother (Call Me Mother) mengisahkan tentang seorang kanak-kanak(Hye Na) yang didera oleh ibu kandungnya sendiri tetapi menyembunyikan hal tersebut dari orang di sekeliling termasuk gurunya.

Soo Jin pula adalah guru sementara yang mula perasan ada sesuatu yang berlaku kepada Hye Na.

Apabila menyedari yang Hye Na didera teruk, Soo Jin mengambil keputusan melarikan Hye Na dan mula menjadi ibu Hye Na.



Drama ini akan merungkai kenapa Soo Jin bertindak sedemikian dan persamaan dia dan Hye Na. Yang penting, jalan cerita tidak meleret dan setiap episod ada pengisian yang jadi pelengkap dalam dram ni.

So, Iday akan start buat review dibawah. Memang 100% spoiler. Baca tanggung sendiri. Hehehe


Ulasan/Review

Iday memang tak tengok trailer tapi ada baca sinopsis. Takut nak tengok sebenarnya sebab cerita macam mana seorang budak didera oleh ibu kandungnya sendiri.

Tapi sebenarnya bukan tentang tu je. Drama ini akan tunjuk macam mana seorang budak menghadapi masalah ni dan kenapa dia menipu orang sekeliling bahawa dia okay.

Hye Na mengelak apabila Soo Jin cuba melihat kesan lebam pada badannya

Then bila Soo Jin tahu yang Hye Na didera, dia nekad melarikan Hye Na.

Tapi kenapa dia tak report polis atau pihak yang bertanggungjawab? Ini memang persoalan Iday masa awal-awal tengok drama ni. Then lama-lama, drama ini akan menunjukkan tentang masa lepas Soo Jin yang dia juga mangsa dera seperti Hye Na.





Iday memang menyampah dengan mak kandung Hye Na sebab dia lebih sayangkan teman lelakinya sampai sanggup abaikan Hye Na. Kiranya dia buta cinta dan tak nampak perangai jahat teman lelaki dia.

Hye Na memang bawa watak ni dengan sangat berkesan. Sampai kita boleh rasa apa yang dia rasa. Then chemistry dia dengan Soo Jin memang sangat real, macam diorang ni dah macam real ibu dan anak.

4 episod terakhir drama ini adalah episod air mata. Episod yang akan rungkai cerita sebenar antara Soo Jin dan mak kandung, Soo Jin dengan mak angkat, depresi Hye Na dan banyak lagi.

Then part yang diorang dipisahkan memang sangat sedih.



Rupanya ini adalah lakonan pertama Heo Yool (yang pegang watak Hye Na). Memang terbaik kot. Memang cerah masa depan dia ni.


So, drama ini adalah drama terbaik untuk tahun 2018 pilihan Iday setakat ini. Setiap pelakon dalam drama memainkan watak dengan berkesan. Serius memang ingat tengok filem padahal drama 16 episod kot. The cinematography, the direction, the soundtrack, it was all just so perfect!


Memang sangat recommend untuk korang tengok drama ni.

Senarai website/link untuk tengok drama ini


→ http://kissasian.ch/Drama/Mother-2018


So, untuk yang dah tengok apa pandangan korang tentang drama ni?

Post a Comment

5Comments
  1. Menarik cerita korea sekarang. Makin berkurang kisah cinta. Saya suka cerita macam ni sebab dia pasal real life & memang terjadi dalam masyarakat kita.

    ReplyDelete
  2. Overall u can say it as a Good drama. All main sites like dramanice , kissasain and Dramafever are showing this kdrama.

    ReplyDelete
  3. dl ada tgok skali ja drma korea. yg pecohito apa tu. yg xbleh cakap tipu tu..

    ReplyDelete
  4. Best sgtt..mmg menangis setiap episod

    ReplyDelete
Post a Comment