Menangis Tengok Filem Rampage

1

Hi Korang!



So, Iday dah tengok filem Rampage hari ini dan tak sangka yang Iday akan nangis teresak-esak dalam wayang tadi. Hahaha

Well, Iday memang hati tisu dan babak yang biasa-biasa tahap syahdu sedih pon boleh buat nangis okay. 

Sinopsis Rampage

Rampage mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Davis Okoye yang bekerja sebagai primatologist. Davis ni mempunyai hubungan istimewa dengan seekor Gorila albino, George yang dijaganya sejak baby. So, memang dah sayang teruk la.

So, one day ada satu sample bahan uji kaji dari angkasa lepas jatuh ke bumi and jatuh betul-betul dekat sangkar George. George menjadi agresif and saiz badan dia berkali-kali ganda lagi besar dari saiz biasa.

Maka, bermula la perjalanan cerita Davis ni nak menyelamatkan George. 

Dan kenapa aku menangis? Iday sebenarnya tak boleh tengok filem pasal haiwan ni, lagi-lagi yang rapat dengan hero cerita. Sedih kalau jadi apa-apa dengan haiwan. Gitu la. Hahaha


Pelakon-Pelakon Rampage

Sebab utama aku tengok filem ini sebab ada The Rock. Wey, semua filem dia best-best walaupon jalan cerita lebih kurang sama "The Rock menyelamatkan dunia" .



Tapi cerita ini memang tak mengecewakan la, ada part sedih, suspen dan sarat dengan aksi. Oh, kalau ada The Rock, memang akan ada part kelakar. Hehehe

Watak lain yang best dalam filem ini adalah watak Agent Russell. Kalau korang tengok The Walking Dead, lebih kurang sama la personaliti dia dalam filem Rampage ni. 



Cool teruk and watak dia dalam filem ni memang senanggggg je. Senang buat duit. Hehehe

Then watak paling cool dan best adalah gorila tu, George. Dia kelakar dan hero sejati la dalam filem Rampage ni. 

Trailer Rampage




 
Dari trailer ni pon macam dah tunjuk 50% jalan cerita. Hahaha

Cerita banyak pon tak guna dan aku pon tak nak bagi spoiler teruk-teruk sangat. Tapi memang best, yang penting part bercakap melalut tu tak banyak. Banyak part aksi tapi best. 


Then CGI pon power memang nampak real. Jalan cerita tak meleret dan padat. Cuma ada la lobang-lobang kelemahan yang kau masih boleh terima. Hehe

Bagi Iday, enjoy je movie ni. Rotten Tomatoes bagi rating 5.2/10 tapi penonton bagi score 80%. 

Then, movie ni buat aku nangis. so not bad la. HAHAHA


So, enjoy the movie. bye.


Post a Comment

1Comments
Post a Comment