Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2018 - Kuala Lumpur dan Putrajaya

Thursday, May 17, 2018
Hi Korang!


Selamat menyambut bulan Ramadhan! Seperti biasa, tahun ini Iday akan menyambut bulan Ramadhan di KL. So, Iday nak kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak - Kuala Lumpur sepanjang bulan puasa 2018 ini.

Ini memang jadual yang betul dari website JAKIM - ini dari file pdf



Ini Ramadhan pertama sejak Iday berhenti kerja. So, Iday boleh masak awal dan lauk special untuk suami dan adik-adik. Hehehe

Nanti nak buat 1 post hari-hari apa lauk Iday masak. Kalau rajin, sekali dengan resepi. Tak sabarnya nak masak. 

Waktu kerja (sendiri) sepanjang bulan puasa ni pon berubah. Iday akan start buat kerja lepas subuh dan stop lebih kurang pukul 5 petang untuk masak. Malam after terawih start buat kerja sampai 12 malam. Hahaha

Kalau tak sebelum ni, memang tak tidur malam. Hehehe apa nak buat, kerja sendiri ni memang kerja lebih sikit. Hehehehe

Kepada yang nak masak tu dan tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resepi-resepi dalam blog Iday ni ye :)


Selamat menyambut bulan Ramadhan!








Beli Bundle Online

Friday, May 04, 2018
Hi Korang,



Hari ini nak story pasal bundle. Dulu tak berapa suka nak beli baju bundle sebab tak pandai nak "menyelam" dan cari baju yang helok. Tapi sekarang dah pandai. Kalau datang mana-mana bundle, wajib beli dua tiga helai. Hahaha

Yelar dik, kerja sendiri je. Tak mampu nak beli baju mahal-mahal. Lagi-lagi ekonomi gawat ni. Akak tak mampu *baru lepas checkout fashionvalet, tudung duck 1K hikhik

Kisahnya, awal-awal berjinak dengan bundle ni, selalu pergi kedai bundle je. Dari kedah, terengganu dan KL dah masuk kedai bundle. Hehehe Terima kasih dekat Thinker Studios jugak sebab ada promote kedai bundle best. 




Tapi sekarang dah start cari pakaian bundle online, tapi sweatshirt je la. Kalau seluar kasut tu masih cari dekat kedai biasa. 

Bestnya beli bundle online ni sebab kita lagi senang nak pilih. Tengok timeline IG je, kalau kat kedai tu memang jenuh nak belek satu-satu. Hehehe

Contohnya screenshot IG TK_Bundle ni :



Gambar memang jelas kan? Senang nak buat pilihan.

Berkenan betul dengan baju warna merah ni. Hehehe



Iday dah beli dari TK Bundle ni beberapa pasang. Tapi paling suka yang ini hehehe



Sebenarnya korang boleh check IG bundle lain juga. Search je "bundle malaysia". Memang berlambak-lambak IG Shop yang jual bundle ni. Hehehe

Tapi setakat ini, iday paling suka IG shop ni sebab gambar lawa. Ini kawan iday sebenarnya, baru berjinak-jinak dengan bundle online. Hahaha Tapi serius baju dia lawa dan layanan dia pada customer memang tip top. Hehehe

Boleh check IG ni : https://www.instagram.com/tk_bundle/

So, korang macam mana? Pernah beli pakaian bundle? Share pengalaman korang di ruangan komen di bawah ye :)


p/s : Jangan lupa share kedai bundle best yang korang tahu. Hehehe







Blog Archive