Kisah Mak Mertua - 'Kau Ingat Aku Baru Kahwin Semalam'

0

Hi Korang,

Dah mula buat persiapan raya? Kasut raya dah beli? Kalau belum beli lagi, boleh la singgah di Bata Malaysia. Ada promosi dan banyak design yang cantik-cantik. Hehehe

Iday pon dah beli, boleh baca pengalaman Iday shopping kasut raya di Bata Malaysia dalam artikel ini : Koleksi Kasut Raya Bata 2018 - Puas Hati Dapat Shopping! (link)

Kembali kepada tajuk, Kisah Mak Mertua. Hehe


zaman muda hehe

Aku harap Mak Mertua aku tak baca la post ni sebab aku nak story cerita-cerita kelakar sepanjang aku jadi menantu selama 5 tahun ni. Hehehe

Aku bercinta dengan suami sebelum kahwin tak lama pon, tak sampai setahun, terus kitaorang kahwin. Dan aku cuma jumpa Mak Mertua aku sebelum kahwin, 2 kali je. Itupon sekali masa majlis tunang. Hehe

So, aku dan Mak Mertua ni ala-ala kenal selepas kahwin. Kira nasib la kalau dapat menantu hantu dan mak mertua level mak tiri. Tapi alhamdulillah, sepanjang kahwin ni memang takde masalah. 

Sebab dalam kepala aku dah set, kalau aku nak suami aku layan mak abah macam mak abah sendiri, aku kena buat benda sama dekat mak abah dia. Macam ada orang cakap, bila kita dah kahwin dengan pasangan kita, kita macam kahwin dengan keluarga dia. Hehe

Lagi-lagi bila aku perempuan, syurga suami aku tetap dekat mak dia. Faham ke tidak? Hehe


Sambut raya dengan family suami - comel tak mak mertua i hehe

Mak mertua aku ni jenis sempoi-sempoi sikit. So, ada time memang kelakar betul. Tapi memang sangat strict tentang kebersihan rumah especially dapur. Kalau ada air menitik dekat lantai, siap la kena bebel. 

Kalau guna barang dapur pon kena simpan dekat tempat asal, meja kena sentiasa bersih. Setiap masa sapu lantai, itu pon sebab mak mertua aku bela kucing sampai lebih 10 ekor.

Untung kalau dapat Mak Mertua sayang haiwan ni, sebab memang confirm-confirm dia penyayang. Hehehe

So, aku nak cerita tentang Kisah Mak Mertua - "Kau Ingat Aku Baru Kahwin Semalam".

Dijadikan cerita, hari tu aku balik kampung. So, awal-awal balik tu dah janji nak masak puding caramel. Masa hari pertama berbuka, aku memang lupa betul nak buat disebabkan asyik keluar dengan Islam petang tu.

Tiba-tiba time mak mertua aku tanya sambil gelak, "puding caramel dah potong ke? dah keluarkan dari peti ais ke?" Hahahahaha terkena aku. 

Aku terus cakap "lupa-lupa, esok Iday buat. Mama ada pengukus tak?"

Dan terus mama cakap "Kau ingat aku baru kahwin semalam?" then gelak-gelak. Yelar, sebagai seorang suri rumah yang memang selalu masak, pengukus ni antara benda wajib kena ada kat dapur. Aku pon baru beli selepas 3 tahun kahwin. Hahaha

Tapi, sorry Mama. Sampai ke sudah tak buat lagi puding caramel. Sebab ingatkan rumah takde susu cair tu. Hehehe 

Ada sekali aku pakai gelang kaki tali hitam dengan loket tu. Saja-saja je pakai sama dengan adik. Sekali mama tengok, terus minta Islam belikan aku gelang emas. Hehehe Katanya kesian sebab tengok aku pakai gelang tali hitam

Then lepas tu, dia pergi booking gelang kaki dekat kedai emas. Siap bayarkan dulu separuh guna duit yang suami bagi belanja dekat dia bulan-bulan. Hehehe 

Banyak lagi kisah mak mertua aku ni, reaksi dia layan kerenah loyar buruk menantu dia ni pon banyak. Nanti aku rajin, aku story lagi. Hehehe


mak abah dan keluarga mertua


So, apa kisah Mak Mertua korang? Jangan jadi menantu hantu ye! Hehehehe

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)