Joe Flizzow X FashionValet - Koleksi Pakaian Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

Saturday, August 18, 2018
Hi Korang!

Korang dah tengok koleksi pakaian keluaran Joe Flizzow sempena kemerdekaan Malaysia tahun ini? Kali ini Joe Flizzow berkolaborasi dengan FashionValet dimana korang boleh beli koleksi ini di website FashionValet secara online.


Ada beberapa selebriti yang dah pakai koleksi pakaian Joe Flizzow ni seperti Lisa Surihani dan Vivy Yusuf. 

Sebenarnya Iday dapat tahu tentang koleksi pakaian Joe Flizzow ni pon dari IG Lisa Surihani, memang cantik dan smart. 


Lawa kan? Tadi Iday check website Fashion Valet,  rupanya ada banyak lagi design lain. 

Iday paling suka yang ini, Freedom Fighter Parka in Black. Memang la plain hitam je, tapi smart. Lagi pon Iday memang suka Parka. Harga baju ni pon tak mahal, hanya RM199. 


Kalau korang berminat dengan Freedom Fighter Parka in Black ni, boleh klik link website dibawah, boleh pilih size dan terus beli je. Hehehe




Yang ini pon Iday suka, ini sama macam yang Lisa Surihani pakai. Parka dengan warna-warna bendera Malaysia. Harga pon sama, RM199 sahaja. Lawa kan. Paling suka dengan font "1957" tu.



Kalau korang berminat dengan Freedom Fighter Parka in Flag Colours ni, boleh klik link website dibawah, boleh pilih size dan terus beli je. Hehehe



Dan koleksi yang ketiga adalah August Jumper in Black ni, harga hanya RM99. Simple je tapi sebab warna hitam so, Iday tetap suka. Iday tengok Vivy Yusuf pon cantik. Hahaha


Lawa wei baju ni. Hahaha Nak beli tiga-tiga boleh tak? Over tak? Hahaha

Kalau korang berminat dengan baju yang Vivy Yusuf pakai ni, boleh klik link website dibawah, boleh pilih size dan terus beli je. Hehehe




Ada banyak lagi design lain, selain baju dan parka, ada juga jersey, t-shirt dan seluar. Korang boleh check dekat website Fashion Valet atau link ni : JOE FLIZZOW X FASHIONVALET


So, antara ketiga-tiga outfit ni, mana satu paling korang suka?








Pengalaman Ke Food Tasting & Open Day Hanana Group Sdn Bhd - Pakej Perkahwinan Lengkap 2018

Thursday, August 16, 2018
Hi Korang! 

Sebelum ini Iday ada kongsikan satu event yang berlaku di Putrajaya iaitu Food Tasting & Open Day Hanana Group Sdn Bhd khas untuk mereka yang sedang mencari pakej perkahwinan yang berbaloi. Dan untunglah pada mereka yang datang kerana selain diskaun sehingg RM5000, makanan yang disediakan untuk "food tasting" pon sangat sedap.

Iday sampai pagi dalam lebih kurang pukul 10 lebih pon dah ramai orang, mesti mereka ni dikalangan bakal-bakal pengantin yang ingin mencari pakej perkahwinan dari Hanana Group. Memang bijak pilihan diorang sebab Iday sendiri yang dah kahwin pon rasa macam nak bersanding sekali lagi. Hahaha


Pakej Perkahwinan Lengkap

Apa yang menarik, suasana event pada hari tersebut seperti dalam majlis perkahwinan, siap ada pelamin, kerusi yang tersusun cantik dan makanan-makanan yang sedap. 




Pakej perkahwinan yang ditawarkan disini lengkap termasuklah :

- Dekorasi dewan : Pelamin, Walkway Aisle, Karpet Merah, Dekorasi Pintu Masuk, Dekorasi Meja Utama, Dekorasi Meja VIP, Dekorasi Meja Tetamu Dan Poster.

- Persalinan Baju Pengantin dan eksesori

- 1 Sesi Makeup

- Keperluan Dewan : Meja Makan, Kerusi, Buffet Line, Meja Untuk Hadiah Perkahwinan

- Katering dengan pelbagai jenis lauk pauk untuk tetamu dan juga pengantin dan VIP. 

- PA System dan pengacara majlis

- Lain-lain : Staff dan barang-barang katering


Iday sendiri tengok suasana dewan yang digunakan untuk majlis perkahwinan, lengkap dengan penghawa dingin, lampu yang cantik dan keluasan yang boleh menampung ramai tetamu yang hadir. 




Selain dari lokasi yang selesa dan banyak tempat parkir kereta untuk tetamu.


Pilihan Makanan Yang Banyak Dan Sedap

Katering untuk pakej RM35000 adalah untuk 1000 pax dengan pelbagai jenis lauk pauk. Pilihan nasi juga antara nasi minyak, nasi briyani, nasi hujan panas. 


Antara lauk pauk yang disajikan bersama pakej tersebut adalah :

- Ayam Masak Merah / Ayam Goreng Berempah
- Daging Masak Hitam / Daging Briyani
- Sambal Sotong
- Dalca Sayur
- Acar Buah
- Papadom
- Air Kordial Fruit Punch
- Air Mineral
- Buah Tembikai + Oren Sunkist










Menu untuk meja pengantin pula adalah (10 pax) Ikan Siakap, Udang Seri Pengantin, Ayam Golek, Sotong, Buah-Buahan dan Dessert.


Iday sendiri pon dah rasa lauk-pauk ini ketika event lepas dan memang terbukti semua sedap. Memang puas hati. Bagi Iday, makanan yang dihidangkan ketika majlis adalah sangat penting. 

Tempah Pakej Perkahwinan Sekarang!

Walaupon event "Food Tasting Day & Open Day" oleh Hanan Group Sdn Bhd di Ambassador Putrajaya dah berlalu, korang masih boleh melihat pakej-pakej yang ada dengan menghubungi mereka sendiri. 

Kerana sambutan yang amat menggalakkan ketika event yang lepas, mungkin mereka masih menawarkan promosi yang hebat untuk bakal pengantin. 







Memang ramai, malah bukan pengantin sahaja yang datang, keluarga bakal pengantin juga datang dan berminat dengan pakej-pakej yang ditawarkan.


Sebelum ini Iday ada sebut dalam artikel sebelum ini yang Hanana Group ada memperkenalkan dua pakej untuk dua event space terbaru iaitu Lugar De La Boda Garden Wedding @ Puchong dan Dewan Tan Sri Yusuf Hashim, Mardi.

Korang boleh hubungi mereka untuk pakej-pakej seperti diatas, mesti takkan rasa menyesal. Untunglah pada mereka yang menggunakan khidmat Hanana Group Sdn Bhd kerana mendapat semua kelebihan dan tidak pening dalam merancang majlis perkahwinan. Semua ditanggung beres oleh pihak Hanana Group. 

Jangan lepaskan peluang ini dan hubungi pihak Hanana Group untuk pakej perkahwinan lengkap yang berbaloi di Putrajaya, Puchong, Kuala Lumpur dan sekitarnya. 

Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrjaya, sila hubungi :

Farah - 016 6700 457
Hanis - 016 6700 752
Rezza - 016 6700 473
Liana - 026 4328 434


Alamat : Ambassador Putrajaya, Hanana Group Sdn Bhd, 92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik Persint 15, 62050, Putrajaya.










Pendaftaran Skim i-Suri KWSP Bermula Hari Ini (15 Ogos 2018) !

Wednesday, August 15, 2018
Hi Korang!

Berita baik buat suri rumah, balu dan ibu tunggal kerana KWSP telah mengumumkan bahawa mulai hari ini, pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh di buat dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh Malaysia.



Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah juga turut kongsikan berita ini di instagram beliau. Menurut beliau, inisiatif ini demi membela nasib suri rumah sepenuh masa disamping menggalakkan rakyat Malaysia menabung.



Mereka yang didaftarkan di eKasih boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 sebulan dalam akau persaraan mereka bagi melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi) Dato’ Mohd Naim Daruwish berkata, 


“Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60, Bantuan Hilang Upaya, dan Bantuan Kematian. Ini adalah sebagai tambahan kepada insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan.”

Menurut statistik eKasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu, dan 28,116 ibu tunggal dari segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif Kerajaan tersebut setelah mendaftar untuk i-Suri.
Iday memang sokong usaha kerajaan untuk membantu suri rumah, balu dan ibu tunggal di Malaysia. Ini baru janji ditepati. 

Golongan yang layak untuk berdaftar dalam skim i-Suri adalah yang berdaftar dalam sistem e-kasih dan juga mereka yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

- Isteri kepada Ketua Isi Rumah
- Balu
- Bercerai atau bujang
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun

Untuk mereka yang kurang jelas tentang apa itu i-Suri, boleh check infografik di bawah :



Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000, dan untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.









Music Video Dan Lirik Lagu Qiemilio - Haqiem Rusli

Tuesday, August 14, 2018
Hi Korang!

Siapa peminat Haqiem Rusli? Korang dah dengar ke lagu baru Haqiem Rusli yang khas dicipta untuk peminat Haqiem iaitu Qiemilio. 


Iday bukan la peminat kipas mati Haqiem Rusli tapi Iday akui yang lagi Haqiem sebelum ini seperti Tergantung Sepi memang best. So, Iday just support penyanyi-penyanyi yang ada bakat. Hehehe

Menariknya tentang Haqiem ni, walaupon banyak kali dikecam dan jadi bahan kutukan di social media, tetap sabar dan terus teguh dalam industri seni ni. Ini semua kerana sokongan padu peminat Haqiem sendiri. 

Iday ada share MV Qiemilio dan lirik lagu dibawah :


Musik Video Lagu Qiemilio - Haqiem Rusli




Lirik Lagu Qiemilio - Haqiem Rusli

Never thought that I'd be here 
Cause you're always by my side 
Never thought that I'd be here 

Those we love don't go away
Walk beside me everyday 
Even more than words can say 

Qiemilio 
Thanks for the love
Thanks for the memories

Qiemilio
I promise with all my heart

Qiemilio
Qiemilio

I'm trying to be the best for you
I will
Yeah

Every song that I have made
I just wanna make you smile
I just wanna see you smile 

Qiemilio
Thanks for the love
Thanks for the memories 

Qiemilio
I promise with all my heart 

Qiemilio
Qiemilio

You're the best that i can asked
And there is nothing else for me

Yeah
Yeah

Qiemilio
Qiemilio

I'm trying to be the best for you
I will I will (I will) I will

Rise and fall
Never let you go
High and low yeahh
Together here we go 

All the smiles
I appreciate
All the vibes
That I felt and Held
Standing high with love


Qiemilio
Qiemilio

You're the best that i can asked
And there is nothing else for me

Qiemilio
Qiemilio

I'm trying to be the best for you
I will


-------

Okay tak? Terharu tak peminat Haqiem? Hehe MV lagu ini baru sahaja dimuatnaik di Youtube.  So, peminat Haqiem boleh la tengok video tersebut. Mana tahu boleh trending dan tontonan mencecah 1 juta. Hehe



Tadi dah dengar, ternyanyi sekali pulak especially sebut "Qiemilio" tu. Hahaha







Lalamove - Perkhidmatan Penghantaran Lebih Pantas (Kurang 1 Jam) Kini Di Malaysia

Friday, August 10, 2018
Lalamove secara rasmimya di Malaysia! Makin mudah dan cekap sistem perkhidmatan penghantaran di Malaysia lepas ni.




Sekarang ni semua benda nak beli online, even kalau nak makan pon order online. Tapi perasan tak sebelum ni jenis kena order sehari sebelum. Macam tak best kan. So, dengan adanya Lalamove ni, sistem penghantaran dia lebih cepat. Less than 1 hour dah dapat barang tu. 


Lalamove?

Pada mereka yang belum tahu tentang Lalamove ni, sebenarnya Lalamove adalah pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan global. Sebelum ni perkhidmatan penghantaran Lalamove dah ada di China (lebih 100 bandar), Singapore, Hong Kong, Thailand, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Indonesia. 


Sekarang baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan bakal meluaskan perkhidmatan mereka ke Johor dan Pulau Pinang.


Menurut Yong Sik Hoe (Country Director) ketika hari pelancaran Lalamove, 


"Malaysia mempunyai ekonomi yang sedang berkembang pesat dengan kadar penggunaan teknologi yang tinggi. 

Dengan adanya Lalamove, beliau yakin akan dapat membantu rakyat Malaysia,  terutamanya golongan usahawan dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan belian yang lebih cekap. "

Tambah beliau, aplikasi Lalamove ini bakal meningkatkan bukan sahaja keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia malah juga seluruh ekosistem penghantaran di Kuala Lumpur dan seluruh negara.



Apa yang lebih menarik, penghantaran barang belian kini diukur berdasarkan minit dan bukan lagi hari. Dengan menghubungkan para peniaga dengan pemilik kenderaan, aplikasi Lalamove membolehkan keperluan penghantaran para peniaga dengan lebih pilihan jenis kenderaan. Samaada motosikal atau kenderaan, bergantung pada jenis dan kuantiti barang hantaran.

Akan datang, mereka bakal menawarkan pilihan kenderaan yang lebih besar seperti van dan trak.

Proses Pengujian Lalamove Di Malaysia

Kalau korang nak tahu, sebelum pelancaran Lalamove ni memang ada proses pengujian selama sebulan di bandaraya Kuala Lumpur dan keputusan memang memberangsangkan. 

Perkhidmatan ini berjaya merekodkan tempoh penghantaran kurang 36 minit untuk jarak sehingga 5km manakala jarak sehingga 10km pula Lalamove merekodkan tempoh purata 50 minit. Cepat kan?

Perkhidmatan 24-Jam Dan Tujuh Hari Seminggu

Applikasi Lalamove direka dengan pemantauan GPS masa nyata (real-time), perkhidmatan 24-jam, tujuh hari seminghu malah mempunyai sistem penilaian pemandu. So, pengguna sentiasa mendapat gambaran berkenaan penghantaran mereka. 

So, kalau malam-malam korang lapar dan malas nak keluar makan. Boleh la guna perkhidmatan Lalamove ni. Hehe


Caj Perkhidmatan Lalamove Bermula Dari RM5

Caj perkhidmatan penghantaran Lalamove bermula dari RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukan berdasarkan berat pakej. So, berbeza la dari sistem penghantaran yang biasa. 


Ini Komen Pengguna Lalamove

Semasa majlis pelancaran Lalamove, ada ucapan dan komen dari pengguna Lalamove. Menurut beliau yang merupakan seorang peniaga, perkidmatan Lalamove banyak membantu beliau dengan menjimatkan kos penghataran dan lebih teratur dari sebelum ini


Menurut Sik (Country Director), perkhidmatan Lalamove membantu para peniaga menjimatkan lebih 70% dari segi kos penghantaran dan operasi di samping memberikan lebih kawalan dari segi keperluan penghantaran harian mereka.



Sebenarnya, pada masa yang sama, Lalamove mencipta lebih peluang ekonomi kepada para pemandu dan penunggang motosikal. Mereka boleh mendapatkan pendapatan sampingan dengan Lalamove. 


Bagi Iday, memang bagus dengan adanya perkhidmatan penghantaran barang seperti Lalamove ni. Memang memudahkan lagi-lagi untuk peniaga dan juga manusia yang malas bergerak macam Iday ni. Hehehe

Korang boleh guna Lalamove untuk penghantaran pelbagai jenis barangan seperti makana, perabot, haiwan belaan, barang untuk pembeli dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, korang boleh layari website Lalamove di link ini : http://lalamove.com








Beli Bantal Ala Hotel Jenama Leyna - Memang Selesa

Friday, August 10, 2018
Hi Korang!

Macam mana tidur malam tadi? Okay tak? Selesa?

Yes, tidur selesa penting ye sebab ia akan menentukan mood korang sepanjang hari tu. Kalau tidur tak selesa, sakit leher atau penat badan, mesti akan beri kesan pada perjalanan hidup korang pada hari tu. 



Sebab tu, jangan sesekali kedekut untuk keluarkan duit dan beli tilam dan bantal tidur yang selesa dan sesuai. Itu yang Iday buat untuk dapatkan waktu tidur yang berkualiti untuk Iday dan Islam(suami). Lagi-lagi Islam sebab dia memang cepat sakit leher kalau salah tidur. 

So, hari tu Islam nak beli bantal baru sebab bantal yang lama tu dah macam lusuh sangat. Bantal tu dah ada since kitorang belum kahwin. Memang bantal dari zaman Iday bujang. So, memang lama sangat la.

 Kitorang nak cari bantal ala-ala hotel tapi dengan harga berpatutan. Hehehe 

Bila Iday tanya kawan, ada yang suggest beli bantal Leyna. Dengan kuasa semua di hujung jari ni, Iday google dan baca review bantal ni. Memang semua bagi feedback positif.

So, kitorang beli dua biji bantal Leyna. Harga satu biji bantal adalah RM39. Iday contact dan beli terus dari facebook rasmi Leyna : https://www.facebook.com/FleNazHQ/



Masa dapat bantal tu, memang penyek. Ingatkan dah salah beli. Rupanya bila dah buka plastik, dia akan mengembang. Hehehe Iday ada buat video unboxing bantal ni. Boleh check video di bawah. 

Iday nak share kelebihan dan keistimewaan bantal Leyna ni. Ini memang apa yang dinyatakan dari info syarikat Leyna sendiri. Tapi Iday akan komen juga berdasarkan pengalaman Iday sendiri bila guna bantal Leyna ni. Okay? Hehehe

Ringan dan mudah dibawa kemana-mana

Bantal ni memang ringan, mungkin sebab diisi dengan polyester. Kalau nak pindah rumah ke, or nak kemas bilik memang mudah la. 



Size bantal ni adalah 19x19 inci. Memang jadi penyelamat bila tengok filem seram hehe



Hygiene, tidak berdebu dan anti alergik

Islam memang ada masalah resdung. Sepanjang dia pakai bantal ni, dia memang suka sebab tak berdebu. Masa beli hari tu pon, bantal ni dalam plastik dan tertutup rapat. So, memang bersin walaupon dari kilang. Iday kan ada masalah jerawat. Since pakai bantal ni, takde pula jerawat baru naik. Hehe


Corak pada bantal 

Yang bestnya sebab tak perlu pakai sarung bantal. Corak dia dah cantik. Then bila pakai memang best, tak panas dan sangat lembut. Kualiti kain dia memang terbaik la.



Kelakar sebab hari tu share dekat IG, ramai yang puji sarung bantal cantik. Haha



Jahitan kemas

Jahitan memang kemas siap ada piping lagi. Sebab tu tak perlu pakai sarung bantal.




Zip

Mempunyai zip di tepi bantal bertujuan untuk laraskan kegebuan bantal. Zip tersorok so tak mencacatkan rupa bantal tu. 



Then korang boleh keluarkan isian polyster tu kalau rasa bantal tu besar sangat. Macam Iday hari tu, kitorang buang sikit sebab Iday tak suka bantal tinggi-tinggi.




Mudah untuk dicuci & cepat kering

Tak pakai sarung bantal tapi bersih ke? Ye, bersih sebab nanti korang boleh cuci bantal tu guna mesin basuh dan cepat kering. Boleh la basuh dua minggu sekali. 




Memang best kan. Yang penting korang kena beli bantal Leyna yang original, baru la dapat kualiti yang terbaik. Pastikan ada label/tag Leyna.



Tapi jangan risau sebab bantal ini hanya dijual oleh ejen yang berdaftar sahaja. Tidak dijual dimana-mana hypermarket atau kedai.

Overall, memang puas hati dan tak menyesal beli bantal Leyna ni. Sangat selesa dan bantal ala-ala bantal hotel yang best. Lepas ni kalau masuk hotel, dah tak kisah dah bantal diorang. "I pon ada!" Hahahaha

Islam sekarang memang suka guna bantal tu. Buat tidur, buat peluk dan buat main game sekali. Biasanya perumpamaan, tidur disorongkan bantal. Tapi versi Islam, main game disorongkan bantal. Asyik "Victory" la. Haha




Paling Menyesal Bila Beli Bantal Leyna! 

Tapi paling menyesal sebab beli dua je. Hahaha Patut beli 4 sebab ada promosi best. Harga satu biji RM39. Kalau korang beli 4, RM150 je. Oh harga ni tak termasuk postage. 

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut atau nak beli, boleh check link di bawah ye :














Blog Archive