Lalamove - Perkhidmatan Penghantaran Lebih Pantas (Kurang 1 Jam) Kini Di Malaysia

0

Lalamove secara rasmimya di Malaysia! Makin mudah dan cekap sistem perkhidmatan penghantaran di Malaysia lepas ni.





Sekarang ni semua benda nak beli online, even kalau nak makan pon order online. Tapi perasan tak sebelum ni jenis kena order sehari sebelum. Macam tak best kan. So, dengan adanya Lalamove ni, sistem penghantaran dia lebih cepat. Less than 1 hour dah dapat barang tu. 


Lalamove?

Pada mereka yang belum tahu tentang Lalamove ni, sebenarnya Lalamove adalah pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan global. Sebelum ni perkhidmatan penghantaran Lalamove dah ada di China (lebih 100 bandar), Singapore, Hong Kong, Thailand, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Indonesia. 


Sekarang baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan bakal meluaskan perkhidmatan mereka ke Johor dan Pulau Pinang.



Menurut Yong Sik Hoe (Country Director) ketika hari pelancaran Lalamove, 


"Malaysia mempunyai ekonomi yang sedang berkembang pesat dengan kadar penggunaan teknologi yang tinggi. 

Dengan adanya Lalamove, beliau yakin akan dapat membantu rakyat Malaysia,  terutamanya golongan usahawan dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan belian yang lebih cekap. "

Tambah beliau, aplikasi Lalamove ini bakal meningkatkan bukan sahaja keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia malah juga seluruh ekosistem penghantaran di Kuala Lumpur dan seluruh negara.



Apa yang lebih menarik, penghantaran barang belian kini diukur berdasarkan minit dan bukan lagi hari. Dengan menghubungkan para peniaga dengan pemilik kenderaan, aplikasi Lalamove membolehkan keperluan penghantaran para peniaga dengan lebih pilihan jenis kenderaan. Samaada motosikal atau kenderaan, bergantung pada jenis dan kuantiti barang hantaran.

Akan datang, mereka bakal menawarkan pilihan kenderaan yang lebih besar seperti van dan trak.

Proses Pengujian Lalamove Di Malaysia

Kalau korang nak tahu, sebelum pelancaran Lalamove ni memang ada proses pengujian selama sebulan di bandaraya Kuala Lumpur dan keputusan memang memberangsangkan. 

Perkhidmatan ini berjaya merekodkan tempoh penghantaran kurang 36 minit untuk jarak sehingga 5km manakala jarak sehingga 10km pula Lalamove merekodkan tempoh purata 50 minit. Cepat kan?

Perkhidmatan 24-Jam Dan Tujuh Hari Seminggu

Applikasi Lalamove direka dengan pemantauan GPS masa nyata (real-time), perkhidmatan 24-jam, tujuh hari seminghu malah mempunyai sistem penilaian pemandu. So, pengguna sentiasa mendapat gambaran berkenaan penghantaran mereka. 

So, kalau malam-malam korang lapar dan malas nak keluar makan. Boleh la guna perkhidmatan Lalamove ni. Hehe


Caj Perkhidmatan Lalamove Bermula Dari RM5

Caj perkhidmatan penghantaran Lalamove bermula dari RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukan berdasarkan berat pakej. So, berbeza la dari sistem penghantaran yang biasa. 


Ini Komen Pengguna Lalamove


Semasa majlis pelancaran Lalamove, ada ucapan dan komen dari pengguna Lalamove. Menurut beliau yang merupakan seorang peniaga, perkidmatan Lalamove banyak membantu beliau dengan menjimatkan kos penghataran dan lebih teratur dari sebelum ini



Menurut Sik (Country Director), perkhidmatan Lalamove membantu para peniaga menjimatkan lebih 70% dari segi kos penghantaran dan operasi di samping memberikan lebih kawalan dari segi keperluan penghantaran harian mereka.



Sebenarnya, pada masa yang sama, Lalamove mencipta lebih peluang ekonomi kepada para pemandu dan penunggang motosikal. Mereka boleh mendapatkan pendapatan sampingan dengan Lalamove. 


Bagi Iday, memang bagus dengan adanya perkhidmatan penghantaran barang seperti Lalamove ni. Memang memudahkan lagi-lagi untuk peniaga dan juga manusia yang malas bergerak macam Iday ni. Hehehe

Korang boleh guna Lalamove untuk penghantaran pelbagai jenis barangan seperti makana, perabot, haiwan belaan, barang untuk pembeli dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, korang boleh layari website Lalamove di link ini : http://lalamove.com

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)