Sekarang Motor Pon Boleh Kena Clamp - Caj RM30 Dikenakan




Kalau dulu kereta yang selalu kena clamp, sekarang motor pon berdepan dengan tindakan yang sama. 

Tindakan ini akan dikenakan pada mereka yang meletakkan motor di petak parkir OKU, kaki lima, petak parkir kereta, petak khas dan petak pili bomba.


Alat kunci ini sendiri idea dari Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan tindakan ini ditumpukan di kawasan yang banyak aduan dan kritikal, terutama di kawasan komersial sekitar Subang Jaya dan Bandar Sunway.



Pemilik motosikal yang didapati melanggar peraturan ditetapkan akan dikenakan tindakan bawahPerintah Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPSJ 2007 (Pindaan 2015) di mana kapit motosikal (clamping) dan tindakan Notis Tawaran Kompaun akan dikenakan kepada pesalah. 

Caj sebanyak RM30 meliputi kos kapit (RM5), Notis Tawaran Kompaun (RM20) serta caj perkhidmatan (RM5) dikenakan



Info ini memang penting untung penunggang motosikal especially suami Iday sendiri, dulu pon kalau datang area subang, memang ada motor yang parking merata. Mungkin sebab kawasan parking dah penuh. So, kadang-kadang suami pon ikut parking merata jugak. Haha

So, bila dah tahu ada tindakan "clamp" macam ni, kena elakkan dari meletakkan motor di tempat larangan motor. 



Oh, kalau korang nak buat pandai, cabut or rosakkan "clamp" tu, boleh dikenakan tindakan di bawah kesalahan vandalisme dan kena bayar denda RM1000. So, jangan pandai-pandai ye.

Setakat ini mungkin hanya di sekitar Subang Jaya, mana tahu akan datang di seluruh Malaysia. 

Tapi, harap-harap dengan adanya tindakan "clamp" ni, banyakkan lah tempat parking motor ye. 



Apa komen korang?



Kredit : https://twitter.com/ashrfothmnn/status/1026671021481320448





Others Post




2 comments:

  1. Kena sediakan petak parking dulu ikut keperluan/permintaan sesuatu tempat baru boleh kuatkuasakan undang2

    ReplyDelete

Blog Archive