Pengalaman Ke Food Tasting & Open Day Hanana Group Sdn Bhd - Pakej Perkahwinan Lengkap 2018


Hi Korang! 

Sebelum ini Iday ada kongsikan satu event yang berlaku di Putrajaya iaitu Food Tasting & Open Day Hanana Group Sdn Bhd khas untuk mereka yang sedang mencari pakej perkahwinan yang berbaloi. Dan untunglah pada mereka yang datang kerana selain diskaun sehingg RM5000, makanan yang disediakan untuk "food tasting" pon sangat sedap.

Iday sampai pagi dalam lebih kurang pukul 10 lebih pon dah ramai orang, mesti mereka ni dikalangan bakal-bakal pengantin yang ingin mencari pakej perkahwinan dari Hanana Group. Memang bijak pilihan diorang sebab Iday sendiri yang dah kahwin pon rasa macam nak bersanding sekali lagi. Hahaha


Pakej Perkahwinan Lengkap

Apa yang menarik, suasana event pada hari tersebut seperti dalam majlis perkahwinan, siap ada pelamin, kerusi yang tersusun cantik dan makanan-makanan yang sedap. 




Pakej perkahwinan yang ditawarkan disini lengkap termasuklah :

- Dekorasi dewan : Pelamin, Walkway Aisle, Karpet Merah, Dekorasi Pintu Masuk, Dekorasi Meja Utama, Dekorasi Meja VIP, Dekorasi Meja Tetamu Dan Poster.

- Persalinan Baju Pengantin dan eksesori

- 1 Sesi Makeup

- Keperluan Dewan : Meja Makan, Kerusi, Buffet Line, Meja Untuk Hadiah Perkahwinan

- Katering dengan pelbagai jenis lauk pauk untuk tetamu dan juga pengantin dan VIP. 

- PA System dan pengacara majlis

- Lain-lain : Staff dan barang-barang katering


Iday sendiri tengok suasana dewan yang digunakan untuk majlis perkahwinan, lengkap dengan penghawa dingin, lampu yang cantik dan keluasan yang boleh menampung ramai tetamu yang hadir. 




Selain dari lokasi yang selesa dan banyak tempat parkir kereta untuk tetamu.


Pilihan Makanan Yang Banyak Dan Sedap

Katering untuk pakej RM35000 adalah untuk 1000 pax dengan pelbagai jenis lauk pauk. Pilihan nasi juga antara nasi minyak, nasi briyani, nasi hujan panas. 


Antara lauk pauk yang disajikan bersama pakej tersebut adalah :

- Ayam Masak Merah / Ayam Goreng Berempah
- Daging Masak Hitam / Daging Briyani
- Sambal Sotong
- Dalca Sayur
- Acar Buah
- Papadom
- Air Kordial Fruit Punch
- Air Mineral
- Buah Tembikai + Oren Sunkist










Menu untuk meja pengantin pula adalah (10 pax) Ikan Siakap, Udang Seri Pengantin, Ayam Golek, Sotong, Buah-Buahan dan Dessert.


Iday sendiri pon dah rasa lauk-pauk ini ketika event lepas dan memang terbukti semua sedap. Memang puas hati. Bagi Iday, makanan yang dihidangkan ketika majlis adalah sangat penting. 

Tempah Pakej Perkahwinan Sekarang!

Walaupon event "Food Tasting Day & Open Day" oleh Hanan Group Sdn Bhd di Ambassador Putrajaya dah berlalu, korang masih boleh melihat pakej-pakej yang ada dengan menghubungi mereka sendiri. 

Kerana sambutan yang amat menggalakkan ketika event yang lepas, mungkin mereka masih menawarkan promosi yang hebat untuk bakal pengantin. 







Memang ramai, malah bukan pengantin sahaja yang datang, keluarga bakal pengantin juga datang dan berminat dengan pakej-pakej yang ditawarkan.


Sebelum ini Iday ada sebut dalam artikel sebelum ini yang Hanana Group ada memperkenalkan dua pakej untuk dua event space terbaru iaitu Lugar De La Boda Garden Wedding @ Puchong dan Dewan Tan Sri Yusuf Hashim, Mardi.

Korang boleh hubungi mereka untuk pakej-pakej seperti diatas, mesti takkan rasa menyesal. Untunglah pada mereka yang menggunakan khidmat Hanana Group Sdn Bhd kerana mendapat semua kelebihan dan tidak pening dalam merancang majlis perkahwinan. Semua ditanggung beres oleh pihak Hanana Group. 

Jangan lepaskan peluang ini dan hubungi pihak Hanana Group untuk pakej perkahwinan lengkap yang berbaloi di Putrajaya, Puchong, Kuala Lumpur dan sekitarnya. 

Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrjaya, sila hubungi :

Farah - 016 6700 457
Hanis - 016 6700 752
Rezza - 016 6700 473
Liana - 026 4328 434


Alamat : Ambassador Putrajaya, Hanana Group Sdn Bhd, 92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik Persint 15, 62050, Putrajaya.



0 Comments:

Post a Comment