Pendaftaran Skim i-Suri KWSP Bermula Hari Ini (15 Ogos 2018) !


Hi Korang!

Berita baik buat suri rumah, balu dan ibu tunggal kerana KWSP telah mengumumkan bahawa mulai hari ini, pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh di buat dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh Malaysia.



Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah juga turut kongsikan berita ini di instagram beliau. Menurut beliau, inisiatif ini demi membela nasib suri rumah sepenuh masa disamping menggalakkan rakyat Malaysia menabung.



Mereka yang didaftarkan di eKasih boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 sebulan dalam akau persaraan mereka bagi melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi) Dato’ Mohd Naim Daruwish berkata, 


“Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60, Bantuan Hilang Upaya, dan Bantuan Kematian. Ini adalah sebagai tambahan kepada insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan.”

Menurut statistik eKasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu, dan 28,116 ibu tunggal dari segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif Kerajaan tersebut setelah mendaftar untuk i-Suri.
Iday memang sokong usaha kerajaan untuk membantu suri rumah, balu dan ibu tunggal di Malaysia. Ini baru janji ditepati. 

Golongan yang layak untuk berdaftar dalam skim i-Suri adalah yang berdaftar dalam sistem e-kasih dan juga mereka yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

- Isteri kepada Ketua Isi Rumah
- Balu
- Bercerai atau bujang
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun

Untuk mereka yang kurang jelas tentang apa itu i-Suri, boleh check infografik di bawah :



Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000, dan untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.


0 Comments:

Post a Comment