Keadaan Palu, Sulawesi Tengah Selepas Gempa Bumi Dan Tsunami (Video)

2


Baru je lepas tengok video keadaan Palu selepas tsunami yang berlaku 28 September lepas. Runtuhan dekat Masjid Baiturrahman masih boleh dilihat dan belum dibersihkan oleh pihak berkuasa. 

Boleh tengok video dibawah :


Iday ada baca kenyataan dari berita online yang jumlah mayat paling ramai dijumpai di sekitar masjid iaitu sekitar 300 orang.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, dah keluarkan kenyataan yang jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunami meningkat sehingga lebih 1,400 orang. 

Masa tengok video gempa bumi dan tsunami hari tu pon dah takut sangat. Lagi-lagi bila ingat dekat family dekat kampung Terengganu yang memang duduk dekat pantai. 

Ini gambar-gambar keadaan sekitar Masjid Baiturrahman selepas gempa bumi dan tsunami. Sumber gambar dari website www.liputan6.com.







Bila tengok kawasan kampung pon banyak terjejas. Tak tahu macam mana nasib diorang sekarang. Bayangkan tempat korang membesar, musnah dalam sekelip mata. 







Kapal pon boleh hanyut sampai dekat kawasan kediaman. 





Sekarang ni mangsa-mangsa yang terlibat perlukan sumbangan dari korang. Antara keperluan segera seperti :

• Makanan siap makan (halal certified) 
• WASH
• Ubat-ubatan
• Primary health care
• Sokongan psiko-sosial
• Nutrisi
• Kit kebersihan wanita
• Non food item (khemah dll)

Korang boleh salurkan sumbangan korang melalui instagram @gpmmalaysia :



Sama-sama kita bantu sedaya boleh. 



Tags

Post a Comment

2Comments
  1. sedih sgt bila tgk keadaan Paluni.. dengan tak cukup bekalan makanan dan air bersih lagi..semoga mereka diberikan bantuan secepat mungkin

    ReplyDelete
Post a Comment