13 Peserta I Can See Your Voice Malaysia Paling WOW!

0

Hi Korang!

Iday rasa semua orang tahu tentang satu program iaitu I Can See Your Voice yang memang popular di Korea. Sekarang pon memang dah ada versi Malaysia dan ditayangkan setiap hari Sabtu. Paling best, siap ada LIVE di Youtube NTV7. Hehehe






So, artikel kali ini Iday nak senaraikan peserta-peserta I Can See Your Voice Malaysia paling WOW! bagi Iday. Meraka ni adalah peserta yang paling yang orang tak sangka adalah penyanyi sebenar dan punya suara yang sangat best. Iday harap sangat diorang ni akan berjaya dalam bidang nyanyian di Malaysia. Hehehe


Iday senaraikan secara random ye, bukan mengikut ranking WOW. Dan ini senarai pilihan Iday, kalau korang tak suka terpulang tetapi boleh komen di bawah Hehehe 



Fara Dolhadi




Lagu Ara ni bukan senang nak nyanyi tapi dia bawak sedap je lagi-lagi part tinggi. Iday memang expect dia penyanyi sebenar tapi tak sangka sesedap ni suaranya. Hehehe



Jack Dzull




Kalau dekat Malaysia, memang rare la suara macam ni. Sebenarnya pakcik Jack Dzull ni pernah masuk Kilauan Emas Musim 5.  





Asyiqin K




Suara dia best, sangat merdu. Boleh pergi jauh ni. Tapi tak jumpa pula instagram dia. Nak tengok dia cover lagu lain jugak. Hehehe

Masa ni confident je Mark Adam dan Jihan cakap dia penyamar. Hahaha



 

Badruzzaman Ghani




Yang ni memang Iday dah agak suara dia best. Then dia berjaya muncul pemenang I Can See Your Voice Malaysia Minggu 2 dan berduet dengan Ayda Jebat.  




Muhammad Harith (@
m.harith_aizat)




Ini antara peserta kegemaran Iday. Tone suara dia sangat best, sangat merdu. Dahla menyanyi lagu Faizal Tahir. Boleh pergi jauh ni, rupa ada dan suara pon best. Hehehe




Muhiri Siwas




Dia nyanyi lagu Anuar Zain kot! Mula-mula memang tak sangka suara dia best. Tapi bila dia nyanyi lagu Sedetik Lebih siap ada koir, memang terbaik la.Hahaha Faizal Tahir pon menyesal singkirkan dia Hehehe




Alyssa Rosli (@
alyssarosli)


Suara dia power! Sumpah suara dia sedap sangat! Hehehe




Ajib Anarchy




Vokal dia mantap! Iday memang dah agak suara dia best. Then tak suka dengan komen panel cakap badan dia besar dan macam penat, tak sesuai jadi penyanyi. 

Sekali kau, dia menyanyi. Hahaha Terkejut semua orang dekat situ Hehehe




Muhammad Shakir (@sharknvsbl)




Setakat ini, ini peserta no 1 pilihan Iday sebab suka gile dengan suara dia. Ada macam suara Adam Levigne. Unik la sebab tak ramai penyanyi Malaysia ada suara macam ni. Hehehe




Hasha (@hasharoslan)




Suka gila tengok dia menyanyi. Suara dia pon best, ada vibe Sam Bunkface Hehehe Tak sangka yang dia pandai menyanyi Hahahaha





Aerif Peter


Mula-mula ingat dia penyamar tapi bila tengok style macam ada gaya rapper. Bila berduet dengan Altimet, memang best. Pandai Altimet pilih yang kena dengan genre dia. Hehe



Dean Eiman



Ini peserta yang cukup pakej la bagi Iday. Ada rupa dan ada suara. Ini kalau start popular, mesti ramai peminat perempuan Hehehehe Tadi ada check IG dia, ada cover lagu Mr. Ragaman (lagu Faizal Tahir), boleh tahan best jugak hehehe





Nisha (@nishahaquee)




Cantik orangnya, suara pon best. Tadi baca komen netizen, ramai yang compare dengan Nabila Razali. Cakap suara Nisha ni jauh lagi sedap dan patut dia yang popular. Hahaha Macam-macam korang ni.





So, ini antara peserta-peserta pilihan. Paling Iday suka adalah Shark sebab suara dia unik dan tone dia sedap. Hehehe




Iday akan update senarai ni jika ada peserta yang memberi kejutan wow pada episod I Can See Your Voice Malaysia akan datang. So, akan lebih dari 13 la hehehe

Mana satu peserta kegemaran korang? Boleh komen di bawah ye! Hehehe

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)