Pakej Perkahwinan Lengkap 'Garden Wedding' Lugar De La Boda Puchong

0

Pakej Perkahwinan Lengkap "Garden Wedding" Lugar De La Boda Puchong | Iday rasa baru lagi ke Majlis Pelancaran Dewan Ambassador Putrajaya (link) tahun lepas, Hanana Group Sdn Bhd sekarang dah lancarkan satu lagi dewan perkahwinan iaitu Lugar De La Boda - Garden Wedding Puchong.


Memang terbaik la!

Tapi tak hairan la kalau dengan servis terbaik, pakej perkahwinan lengkap yang memuaskan dan harga berpatutan, Hanana Group Sdn Bhd mungkin akan buka lebih banyak dewan perkahwinan dengan pelbagai jenis tema dan konsep.


Majlis Perasmian Dan Food Tasting Lugar De La Boda Puchong Seakan-akan Majlis Perkahwinan Sebenar!

Lugar De La Boda Puchong ni berkonsepkan "Garden Wedding" dan ini yang pertama di Puchong. Iday memang ada pergi ke Majlis Perasmian dan Food Tasting Lugar De La Boda Puchong pada 5 Januari yang lepas sebab nak tengok sendiri macam mana rupa dewan  Lugar De La Boda ni.





Sampai-sampai, Iday memang terpukau sebab dari luar, dewan tu memang cantik. Ini kali pertama Iday tengok dewan jenis open air dengan lampu-lampu cantik dan tema serba putih.



Lokasi pon senang nak cari di Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista Puchong, guna waze sahaja dan jumpa. Kawasan yang tak terlalu sibuk dan parking juga senang. Takde la stress dalam kereta masa nak pergi wedding nanti. Hehehe


Kalau korang nak tahu, Iday memang suka dengan konsep Majlis Perasmian dan Food Tasting dari Hanana Group ni kerana dari majlis tersebut dah bagi gambaran jelas macam mana keadaan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung nanti.



Pelamin yang sangat cantik, hiasan pada meja dan dewan perkahwinan juga sangat memukau bagi pandangan Iday.







Kombinasi hijau putih tu memang sesuai sangat. Lantai pon seperti seakan-akan rumput hijau. Memang detail hiasan dalaman dalam dewan tersebut.

Yang penting, dewan ini boleh memuatkan sehingga 500 orang jemputan dalam satu masa. Memang luas dan selesa. Dewan ini juga dilengkapi dengan surau dan tandas.





Tidak lupa juga pelbagai jenis hidangan seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Hitam dan banyak lagi hidangan lain untuk tetamu yang hadir pada malam tersebut.







Iday paling suka dengan gerai tambahan di tepi dewan tersebut. Ada gerai Kambing Grill, Ayam Gunting, Apam Balik, Cendol, Kuih-Muih, Buah-buahan, Laksa, Bihun Sup dan banyak lagi.

Bakal pengantin boleh berbincang dengan pihak Hanana Group untuk pemilihan gerai tambahan ini. Kalau ada budget lebih, boleh letak semua jenis gerai makanan. InsyaAllah nanti Iday datang tanpa dijemput hehehe























Pakej Perkahwinan Lengkap 2019 Lugar De La Boda Puchong - Diskaun sehingga RM5000

Sempena pembukaan Lugar De La Boda Puchong, harga Pakej Perkahwinan Lengkap 2019 juga ditawarkan dengan potongan harga sehingga RM5,000! Hanya RM23,000 sahaja selepas diskaun!

Kenapa korang patut pilih Pakej Perkahwinan Lengkap "Garden Wedding" Lugar De La Boda Puchong?

✔ Dewan Baru Yang Serba Lengkap
✔ Perkahwinan Seolah olah Di Dalam TAMAN
✔ Menggunakan Kerusi Chavalry Gold Semua
✔ Pelamin Yang Mengikut Citarasa Anda
✔ Makanan Yang Sedap,Berkualiti Dan Halal
✔ Sepasang Busana Sanding Lelaki + Perempuan
✔ P.A Sistem dan Emcee Yang Berpengalaman
✔ Parking Yang Luas Dan Persekitaran Yang Menarik
✔ Staff Yang Berdedikasi Dan Terlatih

Pakej Perkahwinan Lengkap "Garden Wedding" Lugar De La Boda Puchong dengan harga RM23,000 adalah termasuk :

✔ Grand Hall : Lugar De La Boda @ Puchong
✔ Event Manager - Atucara Majlis Yang Lengkap
✔ Kelengkapan Dewan - Red Carpet , Walk Way & Pintu Gerbang
✔ Santapan Utama Untuk Tetamu
✔ Santapan Meja Beradap Untuk Pengantin
✔ Meja Santapan Beradap & Dekorasi
✔ Buffet Station - 2 ( Bergantung Kepada Jumlah Tetamu)
✔ 4 Meja VIP (with dome and server)
✔ Make up Untuk Sanding
✔ Busana Lelaki + Perempuan Serta Aksessori
✔ Pelamin & Dekorasi
✔ Meja Tetamu & Kerusi Chiavari
✔ 12 Orang Pramusaji
✔ Basic PA System
✔ Hand Bouquet (*fresh flower)
✔ Welcome Poster
✔ Kek Mempelai
✔ Emcee
✔ Kompang/Selawat ( P.A Sistem)
✔ Stall Untuk Tea Coner & Cendol




Korang boleh hubungi mereka untuk pakej seperti diatas, mesti takkan rasa menyesal.

Untunglah pada mereka yang menggunakan khidmat Hanana Group Sdn Bhd kerana mendapat semua kelebihan dan tidak pening dalam merancang majlis perkahwinan. Semua ditanggung beres oleh pihak Hanana Group.

Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Hanana Group Sdn Bhd, sila hubungi :

Fazlin - 0172345297 
Farah - 0166700457 
Liana - 0164318434 
Hanis - 0166700752 
Office - 0166700471
Office - 0166700473

Bakal pengantin yang berminat juga boleh datang terus ke office yang dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Lugar De La Boda

Alamat :
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor

Boleh layari website, Facebook page dan Instagram mereka untuk info lanjut :

Website : http://www.hananagroup.com/ 
Facebook : https://www.facebook.com/pakejlengkapperkahwinan/
Instagram : https://www.instagram.com/lugardelaboda/


Jangan lepaskan peluang ini dan hubungi pihak Hanana Group untuk pakej perkahwinan lengkap di Lugar De La Boda!


p/s : kalau kitorang tak kahwin lagi, dah lama sambar pakej perkahwinan lengkap dari Lugar De La Boda ni hehehe




Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)