Resepi Tauhu Bergedil Mudah Dan Sedap



Tauhu bergedil pernah jadi viral sebelum ini dan ramai yang mencuba membuat sendiri kerana resepinya sangat mudah. Kali ini Iday nak share resepi cara mudah membuat tauhu bergedil dan yang penting sedap. Hehe

Iday guna daging lembu, kalau korang nak guna daging ayam pon boleh. Resepi tetap sama sahaja tapi yang penting kena ada kentang. Hehe

Bahan-bahan yang diperlukan

• 1 bungkus besar tauhu kering
• 300g daging dihiris nipis
• 3 biji kentang dihiris
• 1/2 cawan bawang goreng
• 1/2 sudu lada sulah
• garam secukup rasa
• daun sup dan cili padi

• 1 biji telur



Cara-cara membuat Tauhu Bergedil

Cara sangat mudah, boleh rujuk video atau resepi bertulis di bawah :



1. Goreng daging tanpa minyak sehingga air daging kering. Angkat dan tuskan.

2. Goreng kentang sehingga warna keperangan. Angkat dan tuskan.

3. Kisar kentang goreng sehingga lumat terlebih dahulu. Kemudian masukkan daging, bawang goreng, daun sup, cili padi, lada sulah dan garam secukup rasa. 

Nota : Kalau korang suka inti bergedil yang halus, boleh kisar lama sikit. Kalau nak rasa daging tu berketul2, kisar sekejap je. Sebab tu Iday sarankan untuk kisar kentang dahulu.

4. Gunting bahagian tauhu kering di bahagian atas (bentuk + ). Keluarkan isi tauhu kering, kalau suka boleh campur dengan bahagian kisar tadi. Tapi Iday lagi suka asingkan dan goreng rangup. 



5. Sumbatkan inti tadi ke dalam tauhu kering tadi

6. Pecahkan telur dan kocak bersama garam. 

7. Celupkan tauhu yang disumbat dengan inti tadi dan goreng sehingga kekuningan.

8. Siap! Boleh cicah dengan cili kicap. Hehe



Senang je kan resepi tauhu bergedil ni. Korang pon boleh cuba buat sendiri di rumah. Paling best kalau buat sendiri ni, boleh letak extra daging atau kentang kalau suka. Hehehe

Selamat mencuba!






Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓

4 comments: