Cara Kenalpasti Panggilan Dari Nombor Tidak Dikenali Guna Aplikasi TrueCaller (0374917001, 0327702508)


Hi



Siapa yang selalu dapat call dari nombor yang tak dikenali? Bila angkat, ingat kan panggilan penting tapi rupanya scam or spam call? Maybank la, CIMB la, dapat ganjaran besar la and macam-macam lagi. 

Update 27 Mei 2019 :  Baru-baru ni kecoh, katanya syarikat Truecaller jual data dekat darkweb. TrueCaller dah buat kenyataan dan hasil siasatan mengatakan dakwaan tersebut tidak benar : https://truecaller.blog/security-notification-0519/




So, Iday nak share cara untuk korang elak dari mendapat gangguan panggilan spam atau scam.

Nota : korang juga boleh check nombor (0327702508 & 0327702508) tersebut, boleh check result tentang no tersebut di penghujung artikel ini 

Ceritanya, Iday selalu dapat call dari Maybank Credit Card, tapi bukan real Maybank Credit Card, ni spamming punya call. Seminggu dekat 2 3 kali juga diorang call. And kadang-kadang no yang berlainan. Semua dengan cara approach yang sama, yang peliknya diorang boleh tahu details tantang Iday. 

Stress. Hahahaha

So, ada 1 hari Iday sembang dengan Ammar, Ammar la yang suggest untuk Iday download 1 applikasi ni. Jangan risau, applikasi ni tak berbayar. 


Nampak tak applikasi Truecaller? Hehe

Applikasi TrueCaller ni akan automatik check no yang buat panggilan masuk ke phone kita. Walaupon no tu tiada dalam phonebook kita. Then kalau ada spamming call, akan ada alert yang tu no spam berpandukan kepada ramai mana yang dah report no tu spam. 

Contohnya no ni, Iday tak sempat nak screenshot masa call. Tapi bila kita check balik no tu, ni details. Nama tu adalah nama yang diregister. Then perasan tak "30 people reported this as spam" . Maksudnya, seramai 30 pengguna Truecaller block no ni. 



Kalau nak block, cuma klik "Block & Report"





Lepas klik, akan ada status dekar bawah no tu "You marked this as spam". So kalau pengguna Truecaller lain dapat panggilan no phone ni, diorang akan tahu yang no ni adalah spam and jangan angkat, atau terus block nombor ni. 







Senang cerita, ada 2 fuction penting Truecaller iaitu :


1. Check panggilan yang tak dikenali, yang kita tak save. Siap tunjuk tempat lagi. 




2. Kita boleh block and report no spam. Kemudian kita sendiri akan alert yang no tu spam bila dapat panggilan no yang tidak dikenali. 



Setakat ni Iday memang puas hati guna applikasi Truecaller ni. Korang boleh la search app ni di Google Play ye. 


Kalau korang taknak download applikasi, korang boleh juga check no tu dekat website : https://www.truecaller.com/

Contohnya Iday ada periksa dua no ni :

0327702508



- 0374917001



atau korang ada cara lain untuk track atau block spam caller? atau track identiti no yang tak dikenali? Boleh share :)






p/s: bukan semua no ada dalam data Truecaller :)

Tags